Seorang kru penggambaran yang ingin dikenali sebagai Mr Z telah mendedahkan hubungan Aliff Aziz dan Ruhainies di lokasi penggambaran drama Terjerat.
Menurut kru tersebut, hubungan Aliff dan Ruhainies terlihat mesra untuk mencipta keserasian dalam lakonan,
namun dia tidak menyangka hubungan itu juga terbawa ke luar dari lokasi penggambaran.
Tambahnya lagi, pasangan pelakon itu juga didakwa memanggil satu sama lain dengan sebutan ‘baby’ dan kelihatan lebih mesra berbanding dengan pelakon lain.
Kita selalu melihat pelakon terutama pasangan protagonis memiliki cara mereka sendiri untuk mencipta keserasian watak seperti berbincang dan berlatih bersama.
“Malah ada juga yang tak perlu berbuat demikian tapi masih mampu memberikan hasil yang bagus. Tapi dalam kes mereka ini saya nampak lain macam,” katanya.
Katanya lagi, dia sudah memberi nasihat kepada Aliff agar tidak terlalu rapat dengan Ruhainies disebabkan kes terdahulunya, tapi Aliff didakwa memberi alasan perlu berbuat demikian bagi membina keserasian dengan Ruhainies.
Disebabkan itu, memang terlihat kemesraan di antara mereka. Kadang-kadang mereka duduk dalam kereta bersama, termasuk panggilan ‘baby’,” kata Mr Z lagi.
Datang bersama ke lokasi penggambaran walaupun waktu panggilan berbeza
Menurutnya, pasangan itu juga pernah beberapa kali datang ke lokasi penggambaran bersama walaupun waktu panggilan mereka berbeza.
Saya menganggap mereka profesional, tapi selepas apa yang berlaku, baru saya sedar beberapa kejadian antaranya mereka pernah datang bersama ke lokasi. Ruhainies juga pernah datang bersama Aliff walaupun waktu panggilan Ruhainies lebih awal.
“Ini buat saya terkejut kerana hubungan Ruhainies dan Bella di lokasi atau di luar juga baik. Jadi saya memang tak terfikir tentang hubungan itu,” katanya.
Tindakan Bella menarik diri daripada drama itu menurutnya adalah satu keputusan yang bijak kerana dalam drama tersebut, Bella melakonkan watak yang berlawanan dengan Ruhainies.
Katanya lagi, dalam penggambaran seterusnya, terdapat babak di mana Bella meminta maaf kepada Ruhainies dan situasi ini agak tidak sesuai jika diteruskan pada masa sekarang.
“Sama-sama kita doakan Bella tabah menghadapi dugaan ini jika apa yang diperkatakan itu benar,” katanya.