Beliau telah menjalankan pekerjaan ini selama 12 tahun dan telah mencetuskan perdebatan di kalangan orang ramai.
Seorang penghibur dikenali sebagai pengemis terkaya kerana mampu menjana pendapatan sehingga RM46,069 sebulan
Dengan berlakon sebagai pengemis, seperti yang dilaporkan oleh laman berita Oddity Central.
Lu Jingang telah menarik perhatian ramai kerana beliau berlakon sebagai pengemis secara profesional di sekitar kawasan tumpuan pelancong, Qinming Shanghe Garden, wilayah Henan.
Beliau telah menjalankan pekerjaan ini selama 12 tahun dan telah mencetuskan perdebatan di kalangan orang ramai yang menuduhnya sebagai seorang penyamar.
Namun, Jingang memberitahu bahawa beliau sekadar berlakon sebagai pengemis kerana beliau menyukai bidang kerja tersebut. Ini memberikan peluang kepada beliau untuk menjadi seorang penghibur tanpa perlu menghadiri sesi uji bakat.
Dengan wajah yang penuh dengan kotoran, mata yang sedih, dan pakaian yang serba compang-camping, Jingang memainkan watak seorang pengemis untuk menarik perhatian pelancong yang murah hati memberikan sumbangan wang kepada beliau.
“Saya ingin berhenti bekerja dan menjadi seorang pengemis,” kata seorang pengguna media sosial.
BACa: “Duk bersayang dengan ‘bos’, temberang ayah pecah dengan nenek..Tahu apa alasan ayah aku?”