Bermula dengan hobi, siapa sangka wanita raih RM10000 sebulan hanya dengan main Facebook

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Siapa sangka bahawa aktiviti bermain permainan video, yang bermula sebagai hobi untuk mengisi masa lapang, boleh menjadi sumber pendapatan yang menguntungkan?

Kisah seorang gadis berusia 19 tahun, Asnur Atiqah Mohd. Saiful Annuar, yang lebih dikenali dengan gelaran Charlie,

Dia menunjukkan betapa potensi dalam bidang penstriman permainan video di platform sosial seperti Facebook Gaming.

Bermula dengan hobi, siapa sangka wanita raih RM10000 sebulan hanya dengan main Facebook

Charlie telah diberikan kontrak oleh Facebook Gaming, yang membolehkannya menjana pendapatan melalui sokongan peminat, bintang (stars), dan iklan semasa melakukan penstriman permainan video.

Baginya, pencapaian ini bukan perkara mudah dan memerlukan usaha yang gigih serta sokongan dari keluarga.

Asnur Atiqah menekankan bahawa dorongan daripada keluarga, terutama ibu bapa, adalah penting bagi kejayaannya. Tanpa sokongan mereka,

dia mungkin tidak akan berjaya dalam dunia penstriman permainan video seperti sekarang. Ayahnya sendiri memberikan dorongan dan menyokong minat Charlie dalam permainan video sejak sekolah rendah.

Streamer berusia 19 tahun jana pendapatan lumayan - Kosmo Digital

Charlie mula berjinak-jinak dalam bidang penstriman dengan permainan seperti Mobile Legends, Grand Theft Auto (GTA), dan Free Fire. Dia gembira dapat membantu keluarganya dengan pendapatan purata RM10,000 sebulan yang diperolehnya melalui penstriman.

Bagi Asnur Atiqah, dia berharap agar golongan remaja, terutamanya wanita, berani mengejar minat mereka dalam bidang e-Sukan.

E-Sukan kini dianggap sebagai satu kerjaya yang berpotensi, dan dia ingin menyampaikan pesanan agar mereka berani mengambil peluang dan berusaha keras untuk mencapai matlamat mereka.

Walaupun berjaya meraih pendapatan yang tinggi pada usia muda, Charlie tidak melupakan tanggungjawabnya. Dia menggunakan wang tersebut untuk memberi keselesaan kepada ibu bapanya dan merancang untuk melanjutkan pelajarannya

BACA: Bank Negara umum opr kekal 3% tapi kumpulan ini bengang tiada modal main sentimen politik