Hi semua, Ingat lagi part 1 mak mertua dari Neraka itu Syurga Suamiku? Lama aku ambil masa nak sambung part 2.
Mak mertua aku memang psiko teruk dan menyakitkan hati. Aku dah banyak kali bergaduh dengan suami aku sampai tahap minta cerai
sebab aku tak nak dia jadi anak derhaka, aku nak jaga mental aku dan anak-anak.
Baik suami aku duduk je celah ketiak mak dia yang selalu kata aku ambil anak dia sedangkan kami tak abaikan mak mertua.
Setiap kali bergaduh je mesti berpunca daripada mak mertua yang suka berdrama air mata, maki hamun dan buat ayat psiko menyiksa mental anak menantu,
Melabel anak derhaka, syurga di telapak kakinya selain hebat berlakon melaga-lagakan anak menantu. Paling aku tak boleh terima dan terkesan di hati aku, mak mertua menyakiti anak-anak aku semasa ketiadaan suami aku tapi berlakon baik bila depan suami.
Mak mertua duduk di kerusi, dia sepak anak aku yang tengah tengok tv dekat dengan kerusi, saja-saja kaki tu nak menjalar kacau anak aku. Gurau kasar nampak? Lepas tu suka maki dan mencarut. Anak-anak kecil cepat sangat menyerap.
Korang rasa aku tahap nak cilikan mulut anak aku ke nak cilikan je mak mertua aku tu. Tu pun aku sabar lagi. Hadap dengan tabah kononnya. Lepas tu mak mertua buat hal lagi. Banyak. Tapi kali ni aku highlight 3 je.
Nak loan kereta guna nama anak tanpa bincang. Aku dalam pantang. Dia ajak laki aku ke kIinik, sebab tak sihat. Tiba-tiba ajak singgah kedai kereta. Nak loan kereta atas nama laki aku. Tak bincang, tak apa-apa, tiba-tiba decide terus. GiIa kan?
Alasan? Nanti ibu mati, ambil la kereta tu kat kau, kau sambung bayar. Macam laki aku tu kaya. Bila laki aku tak turut, dia merajuk cakap laki aku anak derhaka. Berminggu merajuk. Memang makan sumpah seranah. Dengan aku-aku yang dalam pantang kena hadap.
Nak beli gelang emas sebab malu kat menantu. Aku beli emas selepas keluarkan kwsp. Dalam 10k. mak mertua mengamuk sebab laki aku beli untuk aku je. Weiiii. Duit kwsp aku. Bukan laki aku. Mentua aku drama kat adik beradik laki aku minta collect duit beli emas.
Kat ipar-ipar lain dia cakap laki aku nak sponsor 3k, kat laki aku dia cakap la kakak-kakak nak sponsor beberapa ribu sorang. So, dia nak sekian-sekian dari setiap anak. Padahal, dia create je. Tapi adik beradik ni lagi cerdik, checking satu sama lain. Kantoi! No emas! Hahaha.
Mak mertua kaki skem anak-anak Suka call tengah-tengah malam menangis-nangis tak sihat tak ada siapa nak bawa ke hospitaI bagai. Setiap anak pernah kena. Laki aku pernah tinggalkan aku yang terlantar dan tak boleh berjalan (masalah otot masa mengandung) seorang diri dan drive sejauh 30km ke rumah mentua sebab nak bawa ke hospitaI dah dia cakap anak lain tak jawab call.
Masa sampai, mak mertua tercegat depan pagar ajak lepak mamak. Laki aku bawa, tapi laki aku tak makan sebab bengang kena skem. Bila dia cerita kat adik beradik dia, diorang gelakkan je sebab diorang pun pernah kena dengan mak diorang yang lapar perhatian tu.
Laki aku kategori sabar dan hormat mak dia. Dia tak maki. Dia tak cakap apa-apa. Lepas melayan mak dia makan, dia balik. Kalau itu yang dapat puaskan hati mak dia, dia terima. Tapi, kali tu je la. Next trick mestilah dah tak percaya.
Okay. Kali ni aku stop sampai point no 3 ni je la. Point no 3 ni memang memberi kesan kepada semua anak. Semua pernah kena skem cara yang sama. Call nangis-nangis sakit tengah-tengah malam, pernah juga ada anak yang call ambulans sebab lambat nak sampai rumah mak diorang, ambulans sampai depan rumah, dia halau dan maki ambulans.
Ada juga masa yang mak mertua cerita tengah-tengah malam, dia pergi sendiri ke kecemasan hospitaI sebab anak tak peduli, lepas tu doktor nak admit wad sebab darah tinggi, tapi dia lari balik. Aku pun tak taulah betul ke tak.
Kerap dia cerita macam tu untuk minta perhatian dan belas kasihan anak-anak supaya risaukan keadaannya, sedangkan selang 2-3 hari mesti ke rumah dia. Dia mesti cakap dah 5 hari tak makan sebab tak lalu, padahal dua hari lepas kami makan sama-sama.
Bukanlah anak-anak abaikan dia atau apa-apa. Dia pun normal dan tak nyanyuk. Cuma suka buat teruk nak bagi orang risau tapi menipu yang kantoi sebab tak pandai cover. Lagi satu, logik ke selang 3-a hari tiap malam ke kecemasan, doktor entertain darah naik sampai 200 lebih lepas tu ada branula tapi boleh lari balik?
Takkan kalau sebulan sampai berkali-kali tak jadi isu? So, susah nak percaya kan? Dan. Nak dijadikan cerita. Suatu malam, jam 2 pagi, dia call laki aku. Suruh datang sekarang juga sebab dia sakit badan. Sedangkan di rumah mak mertua ada je laki dia (ayah mertua hahaha).
Suami aku baru sampai rumah jam 11 malam dari kursus. Disebabkan baru je tertidur, suami jadi mamai. Kebetulan, aku kat kampung mak aku dengan anak-anak. Jam 2.30 pagi, mak mertua telefon lagi suami aku. Dia maki sebab suami aku tak sampai lagi. Dia paksa suruh datang jugak.
Macam biasa, dasar anak tak guna, suka tengok aku mampus sorang-sorang. Dan kata makian dah sebati di bibirnya tanpa henti. Tak cukup dengan itu, dia call aku marah-marah macam aku punca suami tak datang. Padahal dia dah tahu kami kat tempat lain-lain.
Korang rasa apa perasaan mamai-mamai jawab call terus kena maki? Aku tidur je tanpa matikan talian. Letak tepi telefon. Tapi tak boleh tidur pun, hati bernanah-nanah. Cerita pasal ayah mertua aku, sejenis tenang, seolah sudah terbiasa dengan karenah mak mertua yang over acting dan suka berpura-pura takkan masuk campur urusan drama mak mertua, melainkan ayah mertua akan terpalit kena maki sekali.
Bukan dia takut bini, cuma bini yang tak takut dengan dia. Hahaha. Aku respect ayah mertua aku, sangat penyabar dan selalu pekakkan telinga melayan karenah drama mak mertua dan menghadap segala makian saban hari.
Suami aku tr1gger. Jadi str3ss dengan mak dia. Dia wassap panjang-panjang dalam group adik beradik kata dia otw dan cerita segalanya. Apakan daya. Semua orang sedang tidur. Aku jela yang baca dah terjaga dek telinga yang kena panah petir tadi.
Baru aku faham cerita. Tadi macam tak faham kenapa kena marah. Suami aku gagahkan diri bangun, drive ke rumah mak dia. 30km. Jam 3.30pagi. mak mertua aku macam biasa. Duk menangis marah sebab dia lambat. Suami aku lapor dalam group, mak mertua macam normal je tak ada yang serius.
Tapi sebab dia mengadu sakit badan dan tak boleh bangun (suami duk ingat macam selalu, tak boleh bangun bila depan orang, bila orang balik dia boleh bangun jenguk kat tingkap nampak kelibat dia yang tak boleh bangun tu).
Dia ajak mak mertua bersiap ke kecemasan hospitaI untuk puaskan hati mak mertua. Mak mertua masih dengan drama makiannya (dalam duk sakit tu boleh marah semua anak terpaling tak guna termasuk laki aku sebab lembab dan lambat sampai).
Ayah mertua dan suami dah ready nak papah mak mertua masuk kereta. Belum sempat nak papah, tiba-tiba mak mertua seolah-olah tarik, kaki tangannya kejang lalu meninggaI dunia beberapa minit selepas itu. Tak jadi pergi hospitaI. Telefon ambulans datang ke rumah untuk sahkan kematian.
Berakhirlah riwayat syurga suamiku. Bukanlah aku tak sedih. Sedih. Tapi, dari satu sudut yang mentalIy t0rtured dengan mak mertua, aku lega, aku bersyukur Allah lebih menyayanginya dan tentukan yang terbaik untuknya.
Aku selalu doa. Mak mertua aku selalu sakit-sakit, sembuhkanlah jika benar kesakitan itu dan jika itu yang terbaik atau matikanlah jika itu yang terbaik dengan apa sahaja drama yang jadi. Semoga beliau di tempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Nota: Terima kasih atas nasihat, idea dan kecaman dari part I (semasa masih hidup) dan part II (sudah meninggaI). Bukan aku tak move on, cuma aku memang terkesan. Sape cakap take it easy, korang kena try duk tempat aku. Moga korang jadikan pengajaran dan tauladan untuk kehidupan masing-masing. – Menantu Perempuan Tunggal (Bukan nama sebenar)
Part 1 untuk yang belum baca. Mak mertua menganggap aku perampas anaknya. Dia kerap cakap macam tu dari awal kami kahwin. Suami aku ni satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Beberapa karenah mak mertua yang terkesan di hati aku dari dulu dan pastinya sampai bila-bila:
Depan suami baik, belakang suami dia maki aku. Pernah dia call aku tanpa salam dan terus maki aku. “Wei, betina. Hang memang nak tunggu aku mampus baru nak ajak anak aku mai rumah aku?” Hanya sebab dia call suami aku tak berjawab sebab suami aku dalam meeting. Walhal, baru 2 malam lepas kami ke rumahnya.
Aku bersalin anak pertama. Hari pertama di hospitaI, suami datang masa melawat dan tolong uruskan aku dan anak. Tukarkan pampers, basuhkan cawan dan pinggan, kemaskan almari. Waktu melawat tengah hari 2 jam dan petang 2 jam. Suami akan datang awal dan balik paling lewat.
Hari ke3, mentua ikut. Suami aku tak ubah macam pelawat lain. Datang 30 minit sebelum tamat waktu melawat. Baru duduk 5 minit, mak mertua ajak balik sebab nak ke bank dan nak beli handbag baru, asyik tengok jam sebab suami aku berlengah sebab sedang kelam kabut uruskan aku macam selalu.
Mak mertua dah buat muka dan hempas barang. Aku tahu suami aku lewat kerana mentua. Tapi, aku tetap terasa hati sebab suami aku lewat dan tak banyak yang boleh tolong. Em0si lepas bersalin memang tak stabil. Aku bersalin czer dan banyak limitation untuk bergerak.
Memang mudah mentalIy br0ken sampai aku rasa, takda suami pun takpa sebab tak membantu. Buat anak sama-sama, tapi tolong urus isteri pun culas. Macam-macam alasan.
Masa lepas pantang, suami bawa tidur rumah mentua sebab mentua buat kenduri. Suami keluar beli ais tiub. Ada tetamu datang. Anak aku tengah menangis lapar susu. Aku masuk bilik susukan anak. Mak mertua sindir aku pada tetamu yang datang cakap aku curi tuIang. Menantu malas. Buat-buat sibuk dengan anak.
Mentua datang ambil anak aku yang belum kenyang menyusu. Anak aku terkapai-kapai terk3jut sebab macam kena rentap. Lepas tu, mak mertua suruh aku cedok lauk kat periuk besar di belakang rumah (tempat suami aku masak). Konon dia nak jaga anak aku.
Masa aku baru ambil periuk kecil untuk isi lauk, aku dengar anak aku menangis kuat. Mak mertua aku membebel, perangai anak macam mak, asyik menangis saja, manja tak bertempat. Walhal baby lapar, baru 2 bulan. Mak mertua tak sabar nak suruh hidang cepat-cepat.
Boleh je tunggu suami aku balik kedai, tapi dia tak nak. Aku tak tahan dengar anak aku menangis. Aku ke ruang tamu rupanya mak mertua hanya biarkan anak aku terbaring atas sofa. Tinggal tak jatuh tergolek je. Aku cepat-cepat ambil anak aku.
Mentua aku marah sebab aku masih tak cedok lauk di luar. Aku bawa anak aku dan periuk lauk, pergi cedok lauk di luar di tengah panas. Lauk tu panas tau. Anak aku pulak menangis tak henti-henti lagi. Sekali aku menangis sebab sakit hati dengan karenah mak mertua.
Kebetulan suami aku balik. Mak mertua cakap aku degil nak jugak cedok lauk walhal boleh tunggu suami aku balik. Lepas tu, bila anak nangis str3ss sorang-sorang dan nangis sekali. Sakitnya hati aku. Suami aku terus suruh aku masuk bilik dan rehat. Mungkin ingat aku str3ss bila anak meragam.
Mak mertua call mak aku masa aku kat hospitaI cakap tak perlu bawa makan tengah hari. Mak mertua dah masakkan dan akan ke hospitaI dengan suami aku untuk hantarkan. Mak aku akur. Macam biasa, sampai lewat dah. Lagi 15 minit nak habis waktu melawat.
Tahu bawa apa? Bawa nasi bungkus dan kari ikan tongkol (mak aku pernah pesan, ikan tongkol tu gatal, untuk yang czer kena jaga betul-betul dan tak boleh sembarangan makan). Aku tak makan. Aku cakap tak boleh makan lauk ni.
Mak mertua buat muka dan cakap aku mengada. Suami aku tak terkata apa. Suami aku ni tak tahu yang ikan tu tak boleh makan. Mak mertua keluar dulu tunggu di luar sementara suami aku tukarkan pampers anak. Aku tanya suami, kenapa mak mertua cakap nak tolong masak dan call mak aku tak bagi bawa makan then at last beli?
Suami jawab, mak mertua cakap mak aku yang call suruh mak mertua beli makanan sebab mak aku tak sempat hantar. Aku tak dapat tahan em0si. Memang aku menangis dan suruh suami aku buang lauk tu. Lantaklah dia nak cakap aku tak hargai ke apa. Waktu melawat pun tamat.
Suami aku tak sempat nak pujuk aku, dah kena keluar. Suami aku call, aku matikan. Sakitnya hati. Aku call mak aku menangis-nangis. Aku cakap, aku tak da suami pun tak apa. Sebab suami aku pun bukan nak jaga aku, turut sangat cakap mak dia.
Kalau mak dia bagi makan racun kat aku pun, dia ikut je. Mak aku memang pandai pujuk aku untuk bertenang. Aku minta pengawal keselamatan tolong belikan bubur di kantin sebab makanan hospitaI dah pun dipungut tepat pada waktunya.
Mak mertua pernah datang tidur rumah aku. Masa aku nak buka pintu bilik nak ajak mak mertua makan, aku dengar mak mertua bebel, “Anak haram ni kalau tak buas tak sah. Barua betul.” Aku cepat-cepat pulas tombol pintu dan nampak dia tengah tolak kepala anak aku yang tengah selongkar beg dia. Ya memang salah anak aku.
Tapi, dia masih kecil dan mak mertua juga yang ajak dia masuk bilik. Masa tu umurnya 2 tahun. Aku tak tahu kenapa aku buat-buat tak nampak dan hanya ajak anak aku keluar bilik. Masa tu, suami aku kat tempat kerja.
Masa suami kat tempat kerja, mak mertua memang berkurung di bilik sahaja. Aku anggap dia letih dan berehat. Tapi, bila suami aku nak sampai rumah, dia akan duduk di ruang tamu. Rumah kami tiada sofa. Memang kena duduk di lantai berlapik karpet.
Masa suami aku sampai, selalu dia akan datang peIuk aku dan anak. Memang begitu rutinnya. Tiba-tiba, mak mertua mengerang sakit dan menangis cakap sakit badan duduk di lantai dan ajak suami aku keluar beli sofa. Tadi elok je aku tengok, ni sampai kena papah masuk bilik.
Aku merajuk senyap-senyap. Aku suruh suami pergi kedai sofa dengan mak mertua dan aku tak mahu ikut. Mujur suami aku ni masih ingat perbincangan kami dahulu yang kami tak perIukan sofa di rumah sewa dan hanya akan beli sofa lepas masuk rumah baru nanti. Sejuk hati aku bila suami tak setuju dengan cadangan mak mertua. Aku ingatkan dia akan turutkan.
Masa aku bersalin anak kedua, aku trauma dan agak akan ada drama lagi dari mak mertua. Aku dah pesan pada mak aku agar jangan percaya cakap mak mertua kalau dia berjanji nak belikan apa-apa untuk aku. Segalanya baik-baik sahaja hingga hari terakhir aku di hospitaI.
Pagi lagi doktor dah maklumkan yang aku boleh keluar cuma sedang proses dokumen discaj. Aku maklumkan pada suami aku. Mungkin dalam petang dah boleh keluar dan minta suami standby untuk urusan discaj. Tak sabarnya nak balik rumah.
Mak mertua ada juga call tanya betul ke dah boleh keluar hospitaI. Dia suruh singgah rumah dia tetapi aku tolak sebab dengan perut czer nak singgah merata. Aku nak terus balik rumah mak aku. Aku harap dia faham walau ada nada tak puas hati di hujung talian.
Ayat dia, “tunggu mati la baru boleh jumpa cucu.” Jam 3 petang, dapat je surat discaj, aku call suami. Dia jawab, dia bawa mak mertua urut kaki di spa. Baru je sampai dan nak start sesi urut. Dalam 2 jam lagi dia sampai kat aku.
Aku terus matikan call. Dia call balik memang aku tak jawab. Eh, suami aku memang tak da common sense ke eh? Dari pagi aku dah inform. Aku minta mak dan ayah aku datang uruskan discaj. Memang aku menangis teresak-esak sebab sakit hati.
Banyak lagi hari lain. Kenapa hari ni jugak nak sakit kaki dan nak ke spa bagai? Masa mak dan ayah aku sampai pun memang aku menangis lagi. Ayah aku tenangkan aku dan tak bagi aku fikir sangat takut mer0yan. Aku bagi kad debit untuk ayah aku selesaikan urusan discaj.
Suami aku sampai masa mak aku tengah tolak kerusi roda aku dan ayah aku tengah bukakan pintu kereta. Aku? Pastinya aku buat macam suami aku tak wujud. Ayah aku pulak cuba damaikan suasana dan slow talk untuk bawa aku pulang menaiki kereta ayah aku.
Sampai di rumah, suami aku datang tolong apa yang patut. Aku buat tak tahu dengan suami aku. Cakap pun sepatah sepatah je. Sungguh aku terasa hati. Paling aku terasa hati dia bawa mak dia naik kereta baru mak aku. Kereta suami aku rosak. Mak aku yang bagi pinjam kereta agar senang bergerak dan uruskan aku. Boleh pulak dia bawa mak dia ke sana ke mari. Tak malunya!
Masa aku berpantang di rumah mak aku, mak mertua kerap call tanya hari ke berapa pantang. Dan asyik sebut dan tekan aku, lepas pantang jangan duk rumah mak aku. Cepat-cepat balik rumah sendiri. Ternyata dia dengki anak aku rapat dan manja dengan mak dan ayah aku.
Anak sulung aku pun 1, memang buat tak endah dengan mak mertua. Bukan aku yang ajar. Anak aku tak suka kalau orang suka usik dan bercakap kasar. Contohnya, mak mertua suka cakap “aku sekeh jugak kepala hang ni”, “buas macam beruk”, “mama dah ada adik dah tak sayang kakak dah. Padan muka.”.
Mak mertua umpan anak aku dengan duit tapi anak aku buang je duit. Lepas tu mak mertua cakap anak aku ni degil dan buas macam jantan. Tapi, jauh di sudut hati aku, aku rasa anak aku ni teringat-ingat je orang yang tolak kepala dia dan banyak sakiti dia tapi berpura-pura baik dan berlakon sayang depan orang. Bagi aku, budak-budak ni dia tahu dan ingat je apa yang orang buat. Cuma dia tak reti bagitahu.
Mak mertua call aku masa lepas pantang anak kedua dan masih kat rumah mak dan ayah aku. Bagitau yang dia tak sihat. Demam dan tak lalu makan. Dah kurus dah badan dia. Bagi aku, dia minta simpati. Bukan sekali dia buat cerita macam sakit teruk nak mati, tapi bila pergi melawat elok je baru balik dari berjalan-jalan.
Konon tak boleh berjalan tapi merata dia pergi. Kali ni, ayat last dia, “jangan bawa anak datang melawat sebab takut berjangkit kat anak.” Aku pun iyakan je. Sikit pun aku tak risau. Memang aku takda hati nak melawat dia yang suka berlakon dan berpura-pura.
Nasib dia lah kalau tiba-tiba sakit betul tapi aku anggap dia main-main. Lain pula ceritanya, dia call suami aku yang tengah out station, menangis-nangis cakap tak sihat dan rindu sangat cucu-cucu dia. Suami aku pulak berkias-kias suruh aku bawa anak-anak melawat nenek mereka.
Aku terus tanya suami aku, “Kenapa? Ibu yang suruh abang call suruh bawa cucu dia ke?” “Ibu call bagitau ibu tak sihat dan rindu nak jumpa cucu. Kalau boleh, bawalah jumpa.” Nak je aku tanya, nak mati sangat dah ke? Tapi aku diamkan.
“Ibu baru lepas call cakap jangan datang bawa anak sebab takut berjangkit. Anak-anak kecil lagi antibodi tak kuat. Dia risau.” Suami aku terdiam. Aku tanya, nanti kalau aku bawa, aku ni degil la tak dengar cakap mak mertua dan nanti kalau anak aku sakit, mak mertua akan salahkan aku sebab awal-awal dah cakap. Itu ke yang suami aku nak? Suami aku merungut. mak mertua ni pun 1, cakap tak serupa bikin.
Mak mertua call aku beritahu seminggu tak boleh berjalan. Aku pulak baru lepas tengok kakak ipar aku upload gambar makan kenduri siap ada mak mertua aku lagi bergambar dengan pengantin. Macam mana aku nak percaya?
Mak mertua aku ni attention seeker, penipu, berlakon, suka b0doh-b0dohkan anak, dia je sentiasa betul, suka mencarut, suka maki, suka cakap besar, suka h1na orang lain. Aku tak benci mak mertua aku sebab aku tahu dia syurga suami aku.
Tapi aku cukup benci dan menyampah dengan sikapnya. Doakan aku kuat nak hadap mak mertua yang psiko ni. Kalau korang nak tahu, kerap kali je dia call tanpa salam dan terus maki. Macam ada masalah jiwa. Kejap ok, kejap tak.
Dan sejak beberapa bulan ni, aku memang block mak mertua aku. Aku hanya unblock bila aku berada dengan suami aku kerana yang manis-manis hanya depan suami. Bukan aku tak nak merungut hal mak mertua pada suami.
Suami aku pun dah cukup faham dan masak dengan perangai mak mertua. Cuma, aku tak mahu suami aku rasa macam aku benci mak dia. Banyak lagi aku nak cerita perangai psiko dan giIa mak mertua aku ni. Kalau la orang lain, dah lama aku maki dan ignore je.
Tapi tu lah, dia syurga suami aku. Aku pulak kalau meIetop, memang dah tak boleh nak tengok muka sampai bila-bila. Terpaksalah aku bertahan.
Kadang-kadang aku doakan yang mak mertua aku cepat mati agar tak menyakitkan hati aku lagi dah. – Menantu Perempuan Tunggal (Bukan nama sebenar
BACA: Pecah rekod dunia! Nenek usia 105 tahun tak ‘goyang’ skydiving 13500 kaki di udara