‘Pak guard’ tak layak pegang, hanya 5 pegawai yang diberi kuasa pegang kad pengenalan kita

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Masalah orang lain memegang dan menyimpan kad pengenalan kita telah berlaku dalam masyarakat Malaysia untuk masa yang cukup lama.

Sesetengah bangunan sering kali meminta pelawat menyerahkan kad pengenalan di kaunter keselamatan sebelum memasuki premis.

Mungkin atas alasan keselamatan, apartmen atau kondominium sering meminta pelawat meninggalkan kad pengenalan di kaunter dan mengambil semula sebelum pulang.

'Pak guard' tak layak pegang, hanya 5 pegawai yang diberi kuasa pegang kad pengenalan kita

Namun, meninggalkan kad pengenalan di tangan orang lain membawa risiko tertentu.

Kad pengenalan adalah dokumen yang sangat penting dan boleh dieksploitasi untuk tujuan jenayah. Terdapat sindiket yang menjual kad pengenalan palsu dengan nilai serendah RM200.

Selain itu, terdapat juga kes warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan yang membeli kad pengenalan palsu dengan hanya bermodalkan RM200.

Hanya lima kategori individu yang dibenarkan memegang dan menyimpan kad pengenalan orang lain.

Ini selaras dengan Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, yang menyatakan bahawa memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah suatu kesalahan, kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjelaskan melalui hantaran di Facebook bahawa terdapat lima kategori individu yang dibenarkan untuk memegang dan menyimpan kad pengenalan orang lain:

-Pegawai polis
-Pegawai pendaftaran
-Pegawai kastam
-Mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa oleh ketua pengarah
A-nggota tentera yang bertugas menjaga dan mengawasi

Individu lain tidak diberi hak untuk memegang atau menyimpan kad pengenalan kita yang sepatutnya merupakan dokumen sulit.

PDRM menyatakan bahawa sesiapa yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya

BACA: “Aku pernah membesar dekat rumah maksiat, kenapa aku cakap camtu? Mak aku bawa aku dan adik aku pindah duduk serumah dengan geng janda dia”