Pemilik kucing lega haiwan belaannya dijumpai lepas 3 hari, nota dileher dedah apa dia buat belakang pemiliknya

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sangat popular kerana tingkah laku comel dan menghiburkan, serta mudah jinak.

Bagi pemilik kucing, kehilangan haiwan kesayangan mereka tanpa berita merupakan pengalaman yang menyedihkan.

Oleh itu, jika mereka berjaya menemui kucing mereka semula, pasti mereka akan berasa sangat bersyukur.

Pemilik kucing lega haiwan belaannya dijumpai lepas 3 hari, nota dileher dedah apa dia buat belakang pemiliknya

Tetapi, kisah seekor kucing di Thailand mempunyai twist yang menarik.

Kucing berwarna kelabu hitam tersebut hilang selama 3 hari sebelum akhirnya kembali ke rumah pemiliknya. Pemiliknya gembira dengan kepulangan kucing itu, tetapi terkejut apabila mendapati kucing itu membawa nota bertulis.

Nota tersebut memberitahu pemilik tentang pengalaman kucing mereka selama 3 hari hilang. Isi nota itu menyatakan, “Kucing anda terus memerhatikan ikan tenggiri di gerai saya, jadi saya memberinya tiga ekor. Aunty May di lorong no.2”.

Rupa-rupanya, kucing itu tidak hilang tetapi bersama dengan Aunty May, penjual ikan tenggiri, dan dibelanjakan 3 ekor ikan olehnya. Pemilik kucing terhibur dengan kejadian ini dan berkongsi kisah tersebut di Facebook, yang kemudiannya menjadi viral.

Netizen turut terhibur dengan kisah lucu ini, dan mereka juga berterima kasih kepada Aunty May kerana menjaga kucing tersebut sepanjang ‘kehilangannya’.

BACA: “Keluarga aku langsung mak mertua tak pandang pakej kena hina depan orang masa kenduri hanya kerana anak dia kahwin dengan orang kaya”