Nama Ben tapi saya Muslim. Ben itu cuma nama gIamour la katakan. Saya dah lama menetap di Sabah sejak tahun 2009.
Dah macam orang sini rupanya tapi slang Tanah Melayu itu masih lekatlah. Hehe!
Saya rasa kau boleh agak apa kerja saya, kan? Posting sana sini. Beruniform. Ya, saya Abang Polis.
Dipendekkan cerita, saya telah ceraikan bekas isteri saya iaitu dia seorang Mualaf. Saya ceraikan dia masa bulan Mei 2018.
Saya ceraikan dia sebab dia kena diagnos oleh doktor pakar s4kit mentaI dengan MDD (Maj0r Depr3ssive Dis0rder) and AD (Anx1ety Dis0rder). Dia sentiasa pergi rawatan susulan di HospitaI Mesra Bukit Padang.
Masa mula – mula kenal, dia tak nampak langsung macam ada masalah macam ini sehinggalah pada suatu hari, selepas 2 tahun kami berkahwin, dia berubah banyak sangat. Kami dah usahakan untuk kaunseIing, doktor pakar juga ada buat family c0nference tapi hati saya dah tertutup untuknya. Selamanya.
Dia macam ‘M4yat Hidup’. Saya jadi tawar hati bila dia mula abaikan saya, abaikan apa yang saya nak. Saya ke tempat kerja tanpa diurus. Saya hidup jadi bujang balik sebab ada isteri, tapi isteri ‘S4kit Otak’ dan saya juga mula ‘s4kit’ batin menahan diri.
Saya ni lelaki. Ya, saya perIukan isteri untuk layan nafsu batin Tapi isteri saya selalu tolak. Bukan sekali, tapi setiap kali. Saya dah pujuk, jaga makan minum, saya dah macam orang hilang akal. Dia terus abaikan saya hingga satu malam saya marah, saya pukuI dia.
Dia menangis. Dua hari selepas kejadian, saya terima panggiIan dari hospitaI mengatakan isteri saya masuk wad kerana ada cubaan membvnvh diri. Dia cuba keIar tangan dan leher. Masa itu, saya rasa marah sangat – sangat.
Orang luar nampak saya sebagai seorang suami yang gagal. Suami yang tak mampu jaga isteri. Saya hubungi ibubapa dia, saya nak isteri balik kampung untuk tenangkan fikiran hingga semuanya lega. Tapi saya lupa.
Lupa bagaimana peritnya kami mahu berkahwin dulu. Ibubapa isteri rej3cted call saya. Oh d4mn. Isteri saya pun merupakan pegawai kerajaan tapi lain sektor. Dia diberi cuti tanpa gaji untuk berehat panjang. Jadi, dia harapkan gaji saya sajalah untuk makan minum semua.
Saya terbeban. Semuanya berubah 360°. Masa sesi kaunseIing pun isteri sata tak bagi banyak respon. Sampai doktor kata, saya tak nampak ini masalah rumah tangga. Saya pun tak tahu apa masalah sebenarnya. Dari pihak saya, memang tak ada masalah, isteri saya yang bermasalah.
Tapi saya ini mudah benar lupa. Dan sekarang, saya menyesal dan saya mahukan dia kembali. Inilah yang terjadi bila kau dah terbiasa ‘main luar’ kau rasa seakan kau tak salah apa – apa pun. Yup, sebab saya tak dapat bersama dengan isteri, lagipun kami tak pernah ada masalah tentang ‘curang’.
Sebab tu saya tahu my ‘game’ akan selalu selamat. Semuanya terb0ngkar bila hari saya jatuhkan taIak, dia menangis depan saya. Itulah pertama kali saya nampak dia betul – betul menangis dan macam orang nak putvs nafas.
Untuk pengetahuan semua, malamnya saya lagi menangis. B0doh, kan? Dan sekarang, mesti orang akan kata, padan muka kau. Dalam sedu dia luahkan semua dan saya tak akan lupa sampailah sekarang.
“Saya tahu hari ni pasti akan datang. Hari yang awak akan lepaskan saya. Hari yang saya akan jadi bekas isteri awak. Saya dah penat berju4ng. Saya keguguran 4 kali masa kita kahwin. Saya 0peration cyst 5 kali, 5 kali itu juga saya dibius penuh.
Saya dah kehilangan kedua – dua belah tiub dan ovari belah kiri. Dan sekarang saya disahkan ada k4nser serviks stage 3. Tambah lagi dengan depr3ssion dan anx1ety. Dan sekarang awak pun nak tinggalkan saya.
Keluarga saya sendiri dah buang saya sejak kita kahwin. Saya masuk Muslim, awak tak pernah ajar saya macam mana nak solat, macam mana mengaji. Saya belajar sendiri dan itu pun bila saya ajak solat sama, awak lebih pilh untuk tidur dan biarkan solat subuh berlalu.
Mak awak tak pernah suka saya. Dia lebih sukakan bekas tunang awak. Dia ser4ng saya, dia suruh saya jauhkan diri dari awak. Dia kata saya bawa siaI. Dah kahwin tapi tak mengandung lagi. Ab0rtion memanjang. Cyst memanjang.
Akhirnya, apa saja yang tinggal dalam rahim hanya untuk buat awak lepaskan nafsu je. Saya tanya Allah, kenapa semua ini jadi, kenapa?! Suami saya cakap Islam itu indah tapi kenapa dia tak pernah bimbing saya?
Saya lost dan terima kasih dekat bekas tunang awak, dia yang bantu carikan rakannya seorang ustazah untuk bantu saya. Hari ini bila awak lepaskan saya, ingat, jangan tangisi saya. Awak panggil saya m4yat hidup depan bekas tunang awak.
Dia cantik, kerja lawyer lagi. Saya tahu awak ada contact dia. Saya tahu awak ada balik KL dan jumpa, makan dengan family awak. She’s an angel. Tapi you silap, Ben. Kami ini wanita. Kami tak menjatuhkan sesama sendiri.
Kau lupa dia berpelajaran. Dia sendiri datang ke Sabah dan cari saya. Dia menangis dan minta maaf. Dia yang bayar itu pembedahan saya masa di Gleneagles. Dia bayar semuanya sebagai tanda maaf. Dia kata, dia tak tahu saya s4kit dan sengs4ra.
Dia cuma tahu kisah saya gagal jadi isteri yang baik. Hinggalah satu hari dia siasat tentang saya. Allah maha besar. My boss, cousin dia. Dia melutut depan saya minta maaf, dia menangis minta diampunkan, dia civm kaki saya, peIuk kaki saya.
Dia pulangkan semula cincin yang awak bagi, cincin yang you beli harga ribu ringgit masa di KL. Dia kata kamu berdua merancang untuk bercuti ke New Zealand, bersama dengan mak awak. Dia bagi tiket tu pada saya, dan tukar nama dekat tiket tersebut.
Dan sekarang saya bagi balik tiket ni. PergiIah. Saya tak layak untuk benda ini. Saya tahu kau dah susah payah nak lepas ke luar negara. Kau turun naik sana sini untuk pelepasan anggota ke luar negara. Sedangkan masa kita kahwin, saya nak bawa kau ke London, kau cipta macam – macam alasan.
PergiIah and have fun there. Tapi, jangan rindu saya pula. Saya bukan sesiapa. Kereta yang selama ini saya bayarkan dan motor besar awak, it’s okay, saya dah settIe kan semua. kalau awak nak bayar balik, terpulang. Segala apa saya habiskan untuk kau, saya halalkan.
I wish you all the best, Ben. Agama saya sebelum ini ajar saya, sayangi musvh kamu, maafkan sesiapa yang meny4kiti diri. Dan kerana cinta, saya tinggalkan segalanya yang saya ada. Saya ikut awak tapi saya sedih bila kau tak pernah nak bimbing saya.
Saya gagal tunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam dan gagal jadi isteri yang baik. Saya minta maaf, Ben.” Dia pun berlalu pergi dan langsung tak pandang belakang. Saya tangisi benda ini sejak May 2018 hingga sekarang.
Saya cuba hubungi dia tapi tak dapat. Saya ke tempat kerja dia, dia tak ada. Boss dia kata dia dah urus untuk bersara awal. Saya jadi macam orang hilang akal. Saya pernah tunggu dia di HospitaI Likas sebab kawan bagitahu sanalah tempat pes4kit k4nser akan kem0terapi tapi tetap tak jumpa.
Saya cari di Gleneagles juga tiada. Mana – mana hospitaI swasta pun tiada. Saya cuba hubungi ahli keluarga dia, macam biasa, tak berjawab. Satu hari, saya nampak poster dia dekat sebuah hotel. Saya terk3jut, dia bertudung.
Saya tengok pada nama, ya, memang dia! Saya hubungi nombor dekat poster tu, rupanya ia adalah seminar, macam talk untuk wanita. Saya beli tiket dan datang masa majlis tu sebab nak jumpa dia saja. Seminar itu khusus untuk pasangan suami isteri.
Tapi ada juga yang datang sebagai ibubapa tunggal. Sepanjang seminar itu, saya mencari mana dia. Hingga MC panggil nama dia sebagai salah seorang speaker pada hari tu. Allahuakbar. Dia berjalan dari belakang untuk ke depan stage.
Dia dah tak macam dulu. Dia pakai baju jubah putih dengan shawl dengan senyuman di bibir. Dia pakai makeup nipis tapi wajah original Kelabit yang memang cantik tak akan pernah tenggelam. Dia tunduk and ambil microphone dari MC.
“Assalamualaikum, bersyukur ke hadrat Ilahi, kita bertemu hari ini. Alhamdullilah, segala puji bagi Allah.” Saya menangis. Kenapa kali ini cara dia sebut Allah betul – betul buat saya tersentuh. Nasib masa itu tempat duduk saya agak jauh ke belakang dan tepi dari stage. dan saya pakai hoodie.
Saya fokus habis masa sesi dia. Dia cakap tentang kehidupan dia. Saya tunduk. Tapi satu pun dia tak keluarkan tentang apa saya lakukan padanya. Allahuakbar. Dia cuma kata; “Saya tahu hari itu akan tiba, hari suami saya akan berasa letih dengan saya.
Hari yang saya menjadi umpama m4yat hidup baginya. Saya takut mahu bercerai. Siapa tak takut. Kawan baik kata pada saya, jangan biarkan dia ceraikan kau. Tapi saya nak dia bahagia. Saya nak dia mempunyai zuriat sendiri.
Dan hari itu telah tiba. “Aku ceraikan kau dengan taIak 3”. Saya kumpul keberanian untuk kata, semoga berbahagia tanpa saya. Saya sempat buat lawak kata nanti jangan rindu saya. Dia suami yang baik dan dia layak mendapat orang lain yang lebih bagus.
Saya selalu berdoa untuk dia sehingga ke saat ini pun, saya selalu berdoa untuknya. “Dia seorang anggota polis, tinggi dan gagah. Lelaik paling baik yang pernah saya jumpa”. Dan semua peserta tepuk tangan. Ada lelaki duduk sebeIah saya kata sambil tepuk tangan dia berbual dengan kawan dia,
“Sekarang mesti laki tu menyesal kasi cerai dia. TaIak 3 lagi tu. Nah, kot0h! Kalau perempuan lain dikasi buruk sudah kau di FB, mana mau jumpa malaik4t macam ni. Baik, cantik lagi, sudah tu mualaf lagi. Sudah kau taIak dia, masih dia puji kau.
GiIa taIak la laki dia ni kalau nampak dia sekarang. Ada kau nampak gambar dia before after tadi tu, giIa! Sejuta kali berubah.” Saya terdiam. Benar, saya menyesal. “Dan kawan baik saya, kita jumpa atas kehendak Allah. Allah pertemukan kita.
Saya anggap kaulah malaik4t yang Allah turunkan untuk bimbing saya sehingga ke hari ini. Saya menjadi speaker untuk pertubuhan wanita, NGO, colleague dan banyak lagi. Dari seorang muaIaf yang sesat, dia bimbing saya ke arah hidup yang lebih sempurna.
Dialah orang pertama yang belikan shawl pertama saya. Jenama Duck pula tu. Dia yang pakaikan. Dia yang selalu ajar saya mengaji. “Please babe, mari ke depan. Saya perIukan awak untuk berada bersama di sini. Kawan baik saya, merangkap manager saya.”
Sekali lagi dia dapat tepukan gemuruh dan waktu tu memang saya terk3jut. Bekas tunang saya adalah rakan baik yang dia maksudkan. Saya percaya kuasa wanita bila bergabung, tiada apa yang boleh mengubahnya.
Dan saya tak tahu nak kata apa lagi. Saya tangisi semuanya sejak hari itu. Habis seminar itu, saya cepat – cepat keluar. Saya malu kalau dia nampak saya. Tapi saya salah, dia memang tahu saya datang. Dia panggil saya masa seminar dah habis.
Saya terk3jut. Dia kata dia dapat tahu saya ada datang hanya selepas talk habis. Bekas tunang yang beritahu dia selepas mereka susun nama peserta untuk pengagihan kit. Dia minta maaf sebab sebut pasal saya dalam ceramahnya.
Saya tak mampu kata apa – apa. Saya tahan airmata saya tengok dia depan saya. Umpama bid4dari, sangat – sangat cantik. Saya rasa macam nak peIuk, civm dia. Tapi saya tahu, dia bukan milik saya lagi. Saya hulur tangan mahu bersalam, dia hanya tunduk.
Allahuakar. Dia jaga tertibnya dengan amat baik sekali. Peserta lelaki yang lain juga dia lakukan begitu. Hanya tunduk dan tersenyum. “Apa khabar sekarang?” Soalan pertama saya selepas lama tak jumpa. “Alhamdullilah, Allah sentiasa ada dengan saya. Masih ongoing chem0. Botak dah ni. Kalau buka shawl ni, macam alien kot rupa.” dia ketawa.
Ya Allah. Memang cantik kurniaan-Mu. Setiap sisi wajahnya saya tatap. Mahu saja saya beIai dia kembali. Kami sempat berbual tentang kerja. Itu sahaja. Dia sibuk sebab ramai peserta mahu bergambar dengannya.
Dia minta undur diri dari saya. Saya angguk. Dia berlalu pergi untuk kali kedua tapi kali ini dia menoleh. “All the best, Ben. Awak tahu saya akan selalu doakan awak. F1ghting!” Dia angkat tangan tanda F1ghting pada saya.
Saya tersenyum. Saya berlalu pergi dengan tangisan. Saya menangis sambil drive. Saya drive tanpa hala tuju. Saya tak tahu nak ke mana. Hanya wajahnya bermain dalam akal saya. Rindu. Dan mungkin inilah yang dik4takan jatuh cinta kali kedua dengan isteri sendiri tapi… dia bukan saya punya lagi.
Saya ikuti perkembangan dia. Dan tanggal 16 Februari 2019, dia tinggalkan saya selamanya. Pergi namun tak mungkin saya akan lupakan. Saya sempat jenguk dia sejak dia terIantar pada December 2018. Hari – hari saya datang.
Dia masih senyum, masih sambut saya dengan baik. Masih mahu berbual dengan saya. Dia sempat tunaikan permintaan saya. Saya mahu dengar dia mengaji. Menitis airmata saya. Dan tinggallah saya, merinduinya setiap masa.
Penyesalan yang tak akan pernah ada penghujungnya. Saya tahu, bila kalian baca kisah ini, kalian sendiri tahu apa pengajarannya. Buat para suami, jika hari ini isterimu jeIek, dandanlah dia. Jagalah dia sebaiknya. Jangan jadi seperti saya.
Merindui tanpa penghujung. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi, arw4h tak pernah buka a1b saya. She’s an angel. Saya utamakan kehendak saya sahaja tanpa melihat kesengs4raan dia. Ya Allah, ampunilah segala d0saku.
Al-Fatihah, my angel, my muchi, my sweet pie and my wife. Yes, you’re my wife, forever. Aku akan setia mencintaimu. Bimbing aku jadi sepertimu. Kita jumpa nanti that time, izinkan aku lamar dirimu sekali lagi dan biar aku jaga dirimu selamanya. – Natalia Aivy Dibit
Komen Warganet :
Achmad Noorafzam : Kalau bekas isteri dia sudah memaafkan bekas lakinya, cukup untuk mereka. Selesai. masing – masing sudah kembali mengingatiNya. Kita saja yang menilai guna mata seorang manusia seolah apa yang mereka buat itu membazir hidup dan penuh dosa. Wahai manusia, cukuplah baca ambil pengajaran.
Bukan menghukvm seolah kita sudah confirm ada nama di syurga. Semoga mereka berdua, Allahyarhamah exwife dan ben diberi rahmatNya.
Nurul Syamimi Sidy Hamat : Tiada orang yang tak pernah buat salah, hidayah tu datang dengan pelbagai cara. Kenapa kita tak lihat apa yang dilalui ben itu sebagai jalan untuk dia berubah jadi lebih baik sekarang. Kerana wanita itu dia berubah dan menyesal. Ben bukan nak minta simpati, tapi dia bagi peringatan pada kita sekarang.
Norzahidah Mohd Nawi : Allahuakbar so touching. Lelaki bila kau ada isteri. Belajar la seIami isterimu. Hargai selama mana dia masih ada. Supaya kau tak kecundang bila mana isterimu telah berlalu dari isi hati hidupmu
HE Nazim : Hai ben. Saya seorang suami yang ada mentaI iIIness kerana child abvse. Dan isteri saya pes4kit sle, dapat sle keran 0ver str3ss dengan suami yang ada mentaI iIIness. Setakat nak bvnvh diri tu berkali – kali dah.
Saat isteri tengah tenat pon saya akan cari pasal. Seronok tau. Tapi ben (nama sama macam kucing saya yang baru m4ti baru ni), berkali saya lari tinggalkan dia masih dia di sisi. Masih dia yan mahu menerima.
Masih dia y anmahu mencari jalan untuk kami sama – sama sihat. Untuk pengetahuan awak Ben, my wife tak kerja pon 100% tanggungan pada saya. Senak. Yes memang struggIe. Kecewa dengan lelaki seperti awak Ben.
Bezanya suami dan isteri, saat susah sang suami isterilah setia di sisi. Tapi bila isteri susah, isteri dah tak cantik, suami cari lain. Kan ben? Sekarang ko move on suda. Tak guna lagi ko ratapi. Al fatihah untuk wanita solehah itu. Di syurga ramai bidad4ra menantinya.
Jennelyn Jk’sah Mohamad : Allahu Akbar. Al fatihah. Sesungguhnya arw4h bid4dari yang diutuskan kepada saud4ra Ben untuk menyedarkan saud4ra Ben dari terus alpa dan laIai. Jika semua penceraian itu tidak berlaku pasti Ben terus h4nyut dalam kelaIaian hidupnya.
Sesungguhnya semua sudah tertulis dalam luhmafuz sejak azali lagi. Be strong saud4ra Ben. Sedekah al fatihah buatnya selalu. Inn shaa Allah dia bid4darimu di syurga nanti bersama anak – anak kalian. Aamiin