‘Semua hutang akan diselesaikan sebelum 30 Jun 2024’, terjawab punca Elewsmart bakal ditutup

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Semasa pembukaan awal pasaran raya yang diasaskan oleh Ebit Lew, Elews Mart, ramai yang sangat bersemangat untuk membeli-belah di sana.

Pada hari pertama pembukaan cawangan pasaran raya tersebut, dilaporkan bahawa banyak yang datang melawat sehingga sanggup beratur panjang.

Ebit Lew sebelum ini telah menyatakan bahawa pasaran raya itu dibuka untuk memberi peluang pekerjaan serta membantu golongan yang memerlukan.

'Semua hutang akan diselesaikan sebelum 30 Jun 2024', terjawab punca Elewsmart bakal ditutup

Difahami bahawa sebanyak 22 cawangan Elews Mart telah dibuka di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sejak pembukaan cawangan pertamanya pada tahun 2020.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini banyak yang mendakwa bahawa beberapa cawangan Elews Mart tidak mempunyai pelanggan dan stok barang semakin berkurangan.

Ada juga yang melihat beberapa cawangan pasaran raya ini sudah ditutup tetapi masih menjadi tanda tanya sama ada ia benar-benar ditutup untuk selama-lamanya.

Yang terbaru, laman Facebook SCRUT memaparkan notis yang mengumumkan bahawa Elews Mart akan ditutup secara berperingkat bermula 15 Januari 2024.

Rangkaian pasaran raya itu mengumumkan penutupan semua cawangan kepada semua pembekal.

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang kerjasama dijalankan untuk memastikan operasi cawangan kami berjalan lancar.

Segala hutang tertunggak akan dilangsaikan selewat-lewatnya 30 Jun 2024,” tulis notis tersebut.

Mari kita doakan yang terbaik untuk semua pihak yang terlibat.

BACA: Wanita ini berjaya raih RM 15 ribu sebulan dengan hanya jual gambar, ini rahsia kejayaannya