Aku selalu terima surat cinta dari pelajar tapi aku tak pernah layan. Ada sorang pelajar ni buat aku terus rasa sesuatu tak kena

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Assalamualaikum. Ini first time saya menulis di sini & saya tak berapa pandai menulis. Minta maaf kalau ada kesalahan tatabahasa & sebagainya.

Sebelum saya bercerita tentang kisah murid saya, saya ingin bercerita tentang peribadi saya dulu. Boleh panggil saya Na. Saya berumur 27 tahun.

Saya kemaatian ayah ketika kecil lagi & sejak itu, saya struggle untuk capai pencapaian terbaik supaya saya dapat provide untuk family saya.

Aku selalu terima surat cinta dari pelajar tapi aku tak pernah layan. Ada sorang pelajar ni buat aku terus rasa sesuatu tak kena

Saya top student baik di sekolah mahupun Universiti. Saya pelajar yang menerima scholarship.

& setelah tamat belajar & menggenggam ijazah kelas pertama di salah sebuah universiti awam pada umur 22, saya sambung Master di salah sebuah universiti awam juga dan grad dengan pointer hampir 3.9.

Pada tahun terakhir saya master, iaitu pada umur 24 tahun, saya apply bekerja di salah sebuah sekolah swasta & dapat bekerja di sana.

Pada waktu tersebut juga, saya juga mengambil kesempatan untuk membuat Diploma Pendidikan.

Saya sudah pun mengajar di sekolah menengah selama 3 tahun. Dan tahun ini, saya ditugaskan untuk mengajar murid Tingkatan 4 & 5.

Tahun sebelum ini, saya hanya mengajar Tingkatan 1 & 2, tetapi disebabkan guru tingkatan 4 & 5 sudah berpindah, maka saya ditugaskan untuk mengajar kedua-dua tingkatan tersebut.

Setelah seminggu dua saya bekerja, saya dapati beberapa hadiah di atas meja guru saya.

Dan ada beberapa buku yang saya tanda, saya dapati ada love dan nama saya di dalam love tersebut.

Untuk pengetahuan semua, saya seorang yang sangat berhati kering. Ketika di sekolah & universiti pun ada beberapa orang yang suka pada saya.

Tetapi disebabkan saya memikirkan keluarga saya, & saya ingin membahagiakan mereka, maka semua yang confess, saya reject.

Waktu saya menerima surat² cinta dari student, saya anggap itu crush biasa je. Kalau tak dilayan, mereka akan move on juga.

Tetapi, ada seorang murid Tingkatan 5, yang membuatkan saya agak curious.

Dia merupakan best student di sekolah. Dia tidak seperti yang lain, yang menconteng bukan-bukan dalam buku latihan dan menghantar surat² cinta.

Dia meletakkan satu hadiah sehari atas meja saya. Tidaklah terlalu mahal hadiahnya. Harga RM1 – RM2 sahaja.

Macam hari ini saya dapat 1 sachet Nescafe. Hari semalam 1 Kitkat. Hari sebelumnya biskut. Sebelumnya, sekuntum bunga.

Kawan-kawannya mengatakan dia sukakan saya tetapi saya sendiri tak pernah dengar dia cakap apa-apa.

Jadi, saya nak tolak cinta dia pun, macam pelik sebab dia tak pernah confess. Saya pernah melarang dia untuk memberi hadiah.

Tetapi dia kata, ini tanda penghargaan dia dan hadiah-hadiah itu murah-murah sahaja. Tanpa henti, setiap hari, ada sahaja yang diletakkannya di atas meja.

Pada mulanya saya biasa sahaja, tetapi sekarang, I’m always looking forward untuk datang ke sekolah & lihat apa yang ada di atas meja.

Before, I thought I have a heart made of steel, but I guess, at the end, I’m just a normal girl whose heart flutters at the thought of someone liking her.

I feel happy but at the same time, I’m upset for looking forward to these things. Saya sangat suka mengajar.

It has been my lifelong ambition since I was small. Dan saya tahu etika seorang guru tidak membenarkan saya jtuh hati pada murid. Lebih-lebih lagi perbezaan umur kami 10 tahun.

But, this fluttering heart of mine is stubborn.

Saya memang tak nak pursue apa-apa relationship sekarang, and I’ll rethink about it again once he confesses and he’s at an eligible age.

I’m only disappointed at my heart for having this kind of feeling towards a student.

Saya nak tanya pada semua, is it normal to feel this way?

And kalau saya ignore perasaan ni dan layan dia sebagai guru sepertimana yang saya memang buat sekarang dan sebelum2 ni, adakah saya masih lagi bersalah sebab ada perasaan macam ni?

Ini antara reaksi netizen.

Shery. rasanya confessor cuma lonely dan suka the attention. ye la, hari2 dpt gift, walaupun murah tp konsisten. i doubt confessor benar-benar suka as in jtuh cinta kat budak tu, sebaliknya cuma suka the feeling of having someone showing his appreciation/admiration.

anggap je pelajar tu mcm adik sendiri. pada masa yg sama, silalah cari calon suami.

mmg la usia ni cuma nombor, tp tak ke rasa geli geleman nk bercinta dgn budak sekolah? kalau dia dah habis study/bekerja, logik juga nk bercinta sbb pemikirannya pun dah dlm dunia dewasa.

Arfa. Kata hati kering…hehe…tu baru budak form 5 yg layankan perasaan awak… agaknya kalau jumpa mana mana lelaki yg layan mcm tu..awak terbuai dengan perasaan jugak kot. Itulah fitrah perempuan..mudah perasan dan perangai lelaki..suka melayan perasaan perempuan..hehe

Aishah. Cara anak murid hargai guru mmg dgn memberi hadiah. Tp tiap2 hari bg wlwpun tanpa meluahkn.. Gigih benor usaha nya pun.

Sbg pmpn mmg lama2 pasti akan terbuai dgn perasaan. Sbb rasa seronok & di hargai

Masing2 x confess pun so bkn la bercinta pun nama nya.

Cikgu tggu la dia hba SPM dpt byk A.
Then futher study. Kira bg dia bina masa hadapan dahulu..

Da grad nnt cikgu jmp dan tny lah semula. Suatu ketika dulu selalu bg hadiah atas sbb apa. Suka ke masa tu?
Kalau mmg jodoh cikgu kira mmg x ke mna lah…

Hati manusia ni Allah yg pegang. Maka minta la pada Allah. Cuma utk umur pelajar cikgu tu dlm keadaan masa skrg mmg salah la dr segi etika sbg pendidik…dan skrg ni pun spenda dia pun mak ayah dia belikan termasuk kitkat yg dia bg tu

Zelda.Sabar jer teacher, setahun lg.. tunggu dia 18 thn. President France, Emmanuel Macron jtuh hati dgn cikgu dia Brigitte masa umur 15 thn, Brigitte 39 thn.

Beza umur 24 thn. Dorang start couple masa umur 18 thn. Setahun lepas Brigitte berceraai 1st marriage, dorang pun kawen masa umur Macron 30 thn, happy till now.

Mana tau student teacher esok jadi PM, teacherlah 1st lady nya… bon courage, c’est la vie

BACA: “Inilah kali pertama aku jumpa manusia seberani dia, mana taknya, dia selamba je datang pejabat ayah aku sebab nak pinjam duit”