Penyanyi Baby Shima sekali lagi menjadi mangsa gangguan seksual dengan menerima mesej berunsur lucah di media sosial, bukan kali pertama beliau menghadapi situasi ini.
Baru-baru ini, Baby Shima telah mendedahkan tangkapan skrin mesej langsung daripada seorang pengikut lelaki yang mengajaknya melakukan perbuatan tidak senonoh
Lebih menyedihkan, lelaki tersebut yang dipercayai memakai kopiah turut terlibat dalam perbualan yang lucah.
Melalui hantaran yang dikongsikannya, penyanyi yang dikenali dengan lagu ‘Kena Kecam Pun Tak Kisah’ ini turut memaparkan nama akaun serta gambar wajah lelaki tersebut.
Dalam mesej yang dihantar, lelaki tersebut memuji kecantikan Baby Shima dan mengajaknya untuk berkahwin dengan alasan agar lebih mudah untuk melakukan perbuatan ‘lucah’.
Sementara itu, Nor Ashima Ramli, pemilik nama sebenar Baby Shima, memberitahu bahawa beliau sudah berjumpa dengan ramai individu yang memiliki perangai serupa.
“Dagelan yang munafik bertopengkan kopiah. Ramai saja yang pernah berjumpa dengan orang-orang seperti ini,” ujarnya.
BACA: ‘Patutlah, ini rupanya’ Individu dedah siapa sebenarnya ‘funder’ Bulan Bintang ramai tak tahu