Setiap mereka yang sudah berkeluarga pasti ada perancangan kewangan agar tak susah di kemudian hari.
Namun masih ada yang tidak sensitif dan menarik muka apabila seseorang itu tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan atas sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya.
Buat wanita ini Meera (bukan nama sebenar) dia sangat berjimat serta merancang untuk hari tua namun ada ahli keluarga yang tidak berpuas hati dengan sikapnya.
“Saya sudah berkahwin. Mempunyai seorang anak. Bila orang tanya bila nak tambah, saya hanya kata cukuplah seorang. Kewangan saya bukan elok.
Saya tak pandai uruskan duit. Saya paling lemah urus duit. Tapi saya pernah rasa susahnya tiada duit ketika belajar.
Saya bukan jenis meminjam dan bukan juga jenis meminta dengan ibu bapa. Kalau orang pernah bahagi maggi untuk dua kali makan, saya tiada duit untuk hatta beli sebungkus kecil maggi.
Saya hanya makan roti 80 sen bahagi dua untuk tengahari dan malam.
Saya ada ptptn, tapi pada masa tu kad saya diguna pakai secara haram oleh insan tak bertanggungjawab lesap semua duit saya. Tutup cerita zaman belajar.
Ya makanya bila kahwin, saya cukup serius tentang simpanan untuk anak saya. Anak saya baru masuk usia dua tahun. Saya bukakan akaun tabung haji, saya apply simpanan sspn-i.
Gaji saya boleh dikatakan RM3.3k lumayan untuk duduk di bandar kecil selatan tanah air, duduk pun rumah pemberian ibu bapa.
Suami saya gaji kecil tapi masih mampu lepas RM3k jika banyak OT. Tapi orang selalu pelik saya tiada duit.
Ya, belum tengah bulan biasanya saya dah tiada duit. Tiada yang sungguh tiada.
Suami saya bayar segala barang dapur, bayar bil-bil, bayar kereta dia, bayar huyang bengkel masa gearbox (turbo) rosak perlu dibaiki hampir 12k (bayar ansur tiap bulan 1k), bagi pada orang tua lagi.
Saya tak pernah persoalkan gaji suami selagi dia langsaikan tanggungjawab asas dia dan nafkah saya.
Saya ada kereta. Saya perlu bayar yuran taska anak. Bil telefon saya, duit minyak ke pejabat. Bayaran balik ptptn, simpanan hari tua,
Simpanan anak memang saya utamakan sampai hampir RM300 ke RM500 per akaun. Sebab saya risau saya dan suami mati awal. Saya tak nak anak saya susah nak belajar.
Tup tup sebelum 15hb dah tinggal RM100. Jadi bila ada keluarga yang tiba-tiba whatsapp suruh belanja itu ini, saya sungguh ralat.
Ahli keluarga tak memahami
Ahli keluarga tersebut mampu tukar iphone setiap kali keluaran baru. Mampu pulang dari borneo ke semenanjung setiap dua minggu.
Mampu beli ipad untuk semua anaknya. Tapi nak makan di restoran makanan segera whatsapp saya.
Saya tak layan dia spam sampai saya mutekan conversation. Saya ni nak beli ayam goreng pasar malam pun kira bajet.
Belum lagi kawan pejanat yang sibuk ajak kesana kesini.
Saya tak pernah culas untuk bawa bekal ke ofis walaupun sekadar nasi dan telur goreng sebab saya tak nak spend banyak. Sebab saya suka belikan untuk anak je.
Balik kerja, saya belikan jagung, biskut atau sebagainya sebab saya nak anak saya happy.
Macam cuti sekolah tiap kali cuti suka nak paksa ajak berjalan. Tapi cakap last minute. Kami ni setiap kali gaji dah planning duit. Ada duit extra kami utamakan barang rumah.
Kami ni tiga tahun kahwin tapi masih tidur di ruang tamu sebabnya nak beli katil terasa mahal. Kami utamakan benda lain dulu.
Tahun depan hutang bengkel suami langsai. Harap boleh selesa sikit. Boleh nak berjalan, nak membeli itu ini sebab sungguhnya saya ikhlas untuk gunakan duit saya sebagai simpanan. Tapi bila ada external pressure ni buat saya tertekan.
Yang menyebabkan saya menulis ini, minggu depan birthday anak saya. Tahun lepas yang pertama kami sambut di kampung saya sebab mak saya baik hati nak sponsor.
Nak sambut sekali dengan sepupu saya. Anak saya cucu sulung. Saya iyakan je. Saya ingatkan sambut biasa tapi segala macam juadah ada.
Saya bersyukur tapi saya ralat sebab saya tak mampu nak hulur banyak. Mereka taklah meminta tapi sayalah segan. Itu pun suami saya tarik muka kenapa tak jemput keluarga dia.
Saya nak je jerit kita ni tak menghulur, tak membantu pun. Tak segan ke? Saya segan sangat tau. Kek ulang tahun pun kongsi dengan sepupu saya.
Sebabnya ketika tu saya baru balik dari majlis konvo di universiti utara tanah air, duit dah habis guna perjalanan pergi balik, makan dan hotel sekeluarga.
Jadi tahun ni saya pun memang tiada duit. Tandas tersumbat saya perlu bayar hampir 1k untuk repair.
Saya reda saya ikhlas tapi baru ni mak saya sibuk bertanya jadi tak nak sambut birthday anak di kampung. Padahal saya tak ada cakap apa pun.
Kami laki bini sedar kewangan tak mengizinkan. Tapi bila kami cakap tight budget semua macam perlekehkan. Cakap kami kedekut.
Saya kedekut ke? Saya cuma utamakan masa depan anak saya. Tak kisahlah perit macam mana bulan tu, saya akan utamakan untuk saya simpan buat anak saya. Saya paling risau anak saya terbiar.