“Baru je 4 bulan suami kahwin dengan ustazah tu, dia tiba-tiba merayu nak balik kepada aku dan anak selepas dia ceraikan”

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Tiada wanita di dunia yang nak pegang status “J” atau lafziyahnya “janda” dalam hidupnya.

Wanita berstatus ini sering dikaitkan dengan kemusn4han rumahtangga orang lain atau orang ketiga. Tapi wujud juga dalam istilah famous sekarang iaitu ‘peny0ndoI’ dari kalangan anak d4ra.

YA!!! anak d4ra tua. Mungkin desp3rate sekali nak bersuami sampai impikan suami wanita lain???!!! Assalamualaikum warga facebook.

"Baru je 4 bulan suami kahwin dengan ustazah tu, dia tiba-tiba merayu nak balik kepada aku dan anak selepas dia ceraikan"

Aku nak kongsi pengalaman pahit hidup aku. Kisahnya bermula begini. Aku dah berkahwin dengan suamiku selama 7 tahun dan diberikan seorang anak.

Aku juga pernah diceraikan gara – gara suami aku nak berkahwin dengan ex gf nya yang merupakan anak d4ra terlajak usia. Alasannya wanita itu sungguh pandai berkomunikasi dan kedua mertua aku pun berkenan dengannya. Jika dibandingkan dengan aku, yang tegas dan garang kerana boleh kata 70% urusan rumah terpikuI atas bahu aku.

Tambah lagi dengan str3ss sebab mertua aku suka cari salah aku walaupun dah terang – terang anak lelakinya salah. Suami aku pernah bagi syarat kepada aku dan aku syak itu adalah cadangan bernas dari keluarga dia! Dia nak berpoIigami dan jika aku tak setuju aku boleh buat haluan sendiri.

Suami aku sanggup buat keputvsan yang pentingkan diri tanpa memikirkan langsung perasaan aku dan anak kami yang masih kecil. Rasanya waktu ini keluarga mertua aku sedang bersorak bertepuk tangan dengan keretakkan rumahtangga kami.

Yaa, Akhirnya kami bercerai. Suami aku pun kahwin dengan ex mer4ngkap anak d4ra tua tu. Semasa aku masih sah menjadi isteri lagi wanita itu dah selalu keluar dengan suami aku. Jadi tempat luahan suami aku tentang per4ngai aku.

Kononnya, dia tidak berhajat nak jadi orang ketiga tapi nak mendamaikan. Dasar peny0ndoI lidah memang bercabang. Ye lah pandai berkomunikasi ustazah la katakan, bertudung labuh tapi keluar berhubung wassap dengan suami orang.

Allah tu maha adil kan? Masa kau melangkah kaki bertemu dengan suami orang tu kau tak fikirkah perasaan isterinya di rumah??? Dan bagaimana jika kau berada di tempatnya??? Setelah 4 bulan pernikahan meraka. Suami aku merayu – rayu ingin kembali kepada aku dan anak.

Dan dia sangat – sangat sedar bahawa jod0h pertama yang Allah beri itu sangat istimewa dan jauh lebih baik walaupun banyak kekurangannya. Suami aku pernah kata keputvsan paling bod0h yang pernah dia buat dalam hidupnya adalah berkahwin dengan wanita itu.

Ya!! wanita yang dia kejar – kejarkan sangat. Ternyata semua itu adalah lakonan dan nafsu yang membohongi manusia. Lantas suami aku menyatakan hasrat kepada wanita tersebut yang sudah jadi isterinya bahawa dia ingin mengahwini aku semula.

REAKSI wanita itu???? Dia menghubungi aku melalui wasap mengatakan dirinya diani4ya oleh AKU dan suami aku. Aku rasa sangat ber4ng!!! Aku baIas wasap tu dengan berkata, ”kau yang mengani4ya hidup kau sendiri. Kalau kau tau jaga diri kau, kau tak berhubung dengan suami orang. Kini Allah uji kau dengan meletakkan kau di tempat aku.”

Aku dituduh lagi oleh wanita itu dan keluarga mertua bahawa aku telah menghantar sih1r pemisah kepada mereka supaya suami aku berasa benci padanya. Hakik4tnya, doa h4mba yang dizaIimi itu tiada hijab. Namun, MAGlC ITULAH YANG MEREKA TAK PERCAYA DAN SEDAR!

Aku sering berdoa dalam sujudku supaya Allah memberi hidayah kepada suamiku kembali pada aku dan anak. Buat wanita itu, kau sendiri yang merelakan diri kau utk membina kebahagiaan atas air mata orang lain. Memang betul kezaIiman ke atas manusia lain tak kan membuatkan hidup seseorang itu aman apatah lagi berumahtangga.

Akhirnya, wanita itu pun telah diceraikan dan dia juga memegang status J sama sepertimana dia telah menyebabkan aku jadi begitu. TEPAT LAH “what goes around come around”. Sekian… – Antapermana

Komen warganet :

Eyza Afyza Iskandar : Bila kes curang ni isteri mesti nak salahkan pihak ke-3 tu, padahal laki pon sama naik miang. Kalau kau kahwin balik memang cari nahas la. Sekali dia curang, berkali – kali lagi dia akan curang. Selamat memakan hati la ye.

Mina Ali : Macam ni lah confessor, orang dah tak suka. Kenapa perlu kau kembali balik (kalau korang bersama semula la). Terang – terangan mak mertua kau tak suka kau, family siap bagi cadangan. Suami kau pula sampai hati suruh kau bawa haluan lain kalau kau tak setuju.

Orang kalau suka dan sayang, tak akan buat macam tu. Mak mertua tak sayang, tapi kau masih nak ada dalam family tu. Mungkin ada sebab juga kenapa mak mertua tak berkenan, itu kau kena cari sendiri atau tanya terus dengan mak mertua tu.

Orang dah tak sayang, orang tak nak, orang buat kau sebagai pilihan kedua, orang nak buang kau. Kenapa masih lagi kau kisah pasal mereka? Walaupun perit, sedih dan berat, angkat kaki, jaga hati dan maru4h sendiri.

Di situ bukan Iubuk kebahagiaan kau. Orang datang balik kat kita, kadang – kadang bukan sebab sayang atau baru sedar. Sebab diorang bandingkan antara kita dan yang baru. Tapi sampai bila kau nak jadi tempat orang banding je?

Kau layak dapat orang yang tak akan tinggalkan kau. Bukannya orang yang dah pergi dan datang balik. Masa nak pergi, nak ceraikan langsung tak fikir panjang. Tiba – tiba dia ceraikan pulak yang nombor dua dan nak balik kat kau.

Kau tak sedar ke confessor?? Lelaki tu sangat mudah nak lepaskan dan sebut taIak. Cari lelaki yang mahal sikit. Yang boleh fikir guna akal, bukan guna nafsu.

Najihah Shaharuddin : Kak kalau tepuk sebeIah tangan tak jadi ape kak. Ni sama – sama naik miang, sama – sama dah merenyam, tak boleh nak salahkan sebeIah pihak sahaja. Bila kita bercerai adalah tempoh untuk kita muhasabah diri, tengok mana kesilapan dan perbaiki. Dan lagi satu kak jangan kata kau nak kahwin balik dengan duda kau. Banyak lagi laki yang baik, insyaAllah. Jangan pula kau ambil laki orang. Tu b4bi namanyaa.

Sofiah Yunus : Awal – awal ayat dah tulis, tiada siapa isteri yang nak status janda. Keadaan dia sama jugak la, tak ada siapa anak d4ra yang nak jadi anak d4ra selamanya. Jadi tolonglah, jangan la duk ulang ayat anak d4ra tua tu berulang kali.

Bagi aku, buang masa je perempuan sama perempuan g4duh sebab jantan tak guna macam suami kau. Kalau suami kau baik, takde la suami kau curang. Semua kau salahkankan, perempuan ke-3 lah, keluarga mentua lah, tapi tak pulak nak salahkan suami yang tak berguna tu.

Senang betul jadi lelaki zaman sekarang, bila suka kahwin, dah tak suka, boleh cerai. Kemudian tak habis – habis salahkan perempuan. Tapi dari penceritaan kau, macam kau takde salah langsung je.

Oh walaupun dia ustazah pun dia manusia biasa, jangan harap atau pandang tinggi pada ustazah sebab ustazah pun manusia kadang – kadang boleh buat silap. Sekurang – kurangnya pakaian ustazah lebih baik dari pakaian kita perempuan biasa ni.

Wann Asmah : Buat confessor, tak usah la kembali kepada orang yang telah membuang kita. Esok lusa pasti dia akan buat lagi dengan wanita lain pula. Binalah hidup baru, dengan azam baru, Allah kan ada. Cinta pada manusia hanya sementara, Allah sahaja cinta sejati kita, wallahualam..

BACA: Peniaga putu buluh terkejut sekelip mata jadi jutawan, menang RM1 juta dan kereta mewah