‘Dimalukan, balik rumah terus marah mak minta baju baharu’ Murid miskin tak boleh lupa jadi bahan ketawa cikgu

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Kenangan pahit semasa berada di bangku sekolah rendah masih terkukuh dalam ingatan seorang wanita.

Dikenali sebagai Fiesya, wanita berusia 29 tahun ini menceritakan kembali pengalaman malunya

Ketika ditertawakan oleh guru-guru kerana hasil jahitan pada uniform sekolahnya yang lusuh.

'Dimalukan, balik rumah terus marah mak minta baju baharu' Murid miskin tak boleh lupa jadi bahan ketawa cikgu

“Baju sekolah saya hanya satu pasang dari darjah 1. Setiap hari saya basuh, jadi baju itu agak lusuh sehingga poketnya boleh terkoyak,” kata Fiesya.

Dia memutuskan untuk menjahit sendiri namun hanya mempunyai benang hitam dan jarum.

“Lagi teruk, saya jahit dari luar poket. Saya cuba untuk pandai tetapi jahitan itu pun senget,” ujarnya.

Fiesya kemudian pergi ke sekolah dengan poket yang sudah dijahit. Namun, satu cikgu menyedari jahitan tersebut dan memperolokkannya di hadapan cikgu lain.

“Tapi disebabkan rasa malu di sekolah, saya marah ibu saya dan meminta baju sekolah baru,” kata Fiesya yang memiliki enam orang adik beradik.

Meskipun mengalami kesusahan, Fiesya menganggap pengalaman itu sebagai penguat semangatnya.

“Ketika saya berada di sekolah menengah, saya sudah boleh mencari duit sendiri. Saya juga dapat bergaul dengan lebih ramai orang dan mempunyai lebih banyak kawan,” katanya.

Fiesya kini menjalankan perniagaan sendiri dan mempunyai harapan untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada dirinya dan ibunya.

BACA: “Aku nak hancurkan suami, sebab aku ‘siapkan’ dia bagi nampak segak di mata calon bini kedua tu, suami lupa kot, kalau dulu calon kedua tu pandang ke”