Patutlah bateri dipasang terbalik, bukan saja-saja rupanya, ini sebab ramai tak tahu

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Kita sering bergantung kepada peralatan elektrik atau elektronik dalam kehidupan seharian.

Sesetengah peralatan memerlukan bekalan elektrik terus dari sumber, seperti periuk nasi elektrik dan ketuhar gelombang mikro.

Terdapat juga peralatan yang menggunakan bateri untuk kuasa, seperti alat kawalan jauh, jam dinding, dan permainan.

Patutlah bateri dipasang terbalik, bukan saja-saja rupanya, ini sebab ramai tak tahu

Bateri datang dalam pelbagai saiz seperti AA, AAA, C, D, 9V, dan 6V.

Mengapa bateri disusun secara berlawanan?

Pertanyaan ini sebenarnya ada jawapannya. Mari kita fahami.

Pengertian bateri

Bateri adalah alat yang menghasilkan elektrik untuk bekalan kuasa kepada peranti elektronik lain.

Secara ringkasnya, bateri adalah koleksi sel elektrokimia yang boleh menyediakan kuasa kepada peranti elektronik.

Apabila bateri digunakan, terminal positif dipanggil katod dan terminal negatif dipanggil anod. Elektron mengalir dari luar litar menuju anod dan bergerak ke katod. Ini melibatkan tindak balas redoks yang menukar tenaga tinggi kepada tenaga rendah, yang boleh digunakan oleh peranti sebagai tenaga elektrik.

Mengapa bateri perlu disusun secara berlawanan?

Apabila lebih dari satu bateri disusun bersiri, terminal positif dan negatif di hujung yang berbeza perlu bersambung untuk membolehkan arus mengalir dan litar menjadi lengkap.

Cara paling efisien untuk menyusun bateri adalah secara berselang-seli. Dalam susunan ini, bateri pertama mempunyai terminal positif di atas, diikuti oleh bateri kedua dengan terminal negatif pada arah yang sama, dan seterusnya secara berselang-seli.

Ini membolehkan sambungan langsung antara bateri-bateri tanpa memerlukan wayar tambahan. Sebaliknya, jika slot bateri hanya boleh menerima bateri dalam satu arah, perlu ada wayar tambahan untuk menghubungkan terminal. Ini boleh menambah kos dan membuatkan rekaan produk lebih kompleks.

Dengan susunan berlawanan, hanya diperlukan satu panel besi pada hujung slot bateri untuk membolehkan terminal bateri bersambung.

BACA: “Akibat panas baran ayah kejar kereta sampai kami semua hampir hilang nyawa, lepas pada kejadian tu, mak terus berubah”