Siapa sangka minat buat biskut raya sejak kecil, akhirnya Fatiana buka kedai sendiri

Oleh DAHLIA MARZUKI

Menjelang sambutan Aidilfitri, suri rumah Fatiana Hanifa, 30, tidak menang tangan untuk menyiapkan lebih 5,000 bekas

Tempahan pelbagai jenis biskut raya seperti tart nanas, almond London dan samperit bunga pada tahun ini.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata beliau tidak menyangka minatnya membuat biskut raya sejak di bangku sekolah menengah

Siapa sangka minat buat biskut raya sejak kecil, akhirnya Fatiana buka kedai sendiri

telah menjadi kenyataan sehingga berjaya membuka kedai biskut raya sendiri berikutan sambutan yang sangat luar biasa daripada orang ramai.

“Niat saya pada awal hanyalah ingin ringankan beban suami Mohd Amir Akram Che Awin, 35, yang bekerja sebagai kerani untuk menambah pendapatan kerana pada waktu itu 2019 negara mula dilanda pandemik COVID-19.

“Justeru, alang-alang dah minat buat biskut raya sejak kecil lagi, saya fikir lebih baik diteruskan sebagai perniagaan sampingan untuk bantu keluarga,” katanya ketika ditemui Bernama di kedai miliknya dekat Kampung Belimbing, di sini hari ini.

Bercerita lanjut, Fatiana berkata ketika memulakan perniagaan itu beliau hanya melakukannya secara kecil-kecilan dan hanya menerima tempahan di sekitar kawasan Tanah Merah melalui dalam talian sahaja.

“Saya tidak sangka permintaan pada waktu itu sangat memberangsangkan sehingga saya terpaksa melipatgandakan hasil jualan dan mencari pekerja untuk membantu.

“Setakat ini, saya mampu menghasilkan 200 hingga 400 balang pelbagai jenis biskut raya dalam sehari dengan dibantu oleh 13 pekerja,” katanya yang turut mempelajari resepi biskut raya di media sosial seperti Youtube dan Facebook.

“Saya akan mula membuat biskut raya bersama pekerja bermula 8 pagi hingga 6 petang dan saya akan pastikan semua bahan yang diperlukan mencukupi seperti marjerin, telur, tepung gandum dan sebagainya.

“Walaupun harga bahan mentah semakin meningkat, saya tetap menjual pelbagai biskut raya ini dengan harga yang berpatutan iaitu sekitar RM12 hingga RM19 sebalang,” katanya yang menambah ramuan sendiri untuk menghasilkan biskut raya yang gebu dan sedap.

Baca juga: Pelik bil elektrik tiap bulan RM1500, rupanya tolong bayar bil jiran selama 5 tahun!