“Akibat panas baran ayah kejar kereta sampai kami semua hampir hilang nyawa, lepas pada kejadian tu, mak terus berubah”

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Salam semua. Cerita ni dah lama sangat dan aku harap ramai sana yang bila terbaca ubah sikap marah mereka.

Ayah dari aku kecik sampai membesar dia ada satu benda yang bagi aku paling teruk anger issue dia. Selalu dekat rumah melenting, menjerit.

Mak aku selalu pesan dekat ayah, “bang sabar jangan marah bawa mengucap”. Ibu aku ni orang dia memang jenis lemah lembut cakap

"Akibat panas baran ayah kejar kereta sampai kami semua hampir hilang nyawa, lepas pada kejadian tu, mak terus berubah"

dengan ayah dan setiap kali nasihat memang penuh lemah dan lembutnya. Paling teruk masalah baran ayah aku ni waktu memandu, dekat situ anger issue dia memang paling tinggi. Jenis bawa laju mem4ki segala macam.

Kalau tak puas hati dia pergi pecut kereta kejar orang dekat jalan raya. Mak aku banyak kali pesan dekat ayah jangan bawa laju bah4ya. Aku dengan adik aku pun selalu cakap, “ayah lajunya takut” tapi ayah aku selalu cakap “korang diam si4l”

Aku waktu kecik sejujurnya tak ada lah tahap benci dekat ayah aku cuma aku tak suka per4ngai dia senang naik tangan senang mencarut dan m4ki. Sampai lah satu hari, waktu ni aku baru tahun pertama belajar dekat universiti adik perempuan aku tengah sibuk study spm dan adik aku lagi sorang darjah 6 tahun depannya nak masuk tingkatan 1.

Waktu cuti semester aku pun balik, jadi ayah aku ni ajak lah satu keluarga pergi rumah kawan dia ada buat makan – makan. Kami semua pun ikut. Macam biasa mulut ayah aku waktu memandu tak pernah elok “b*bi, b*doh, si*l, pukim*k” itu semua dah jadi makanan ruji dia dalam kereta.

Aku ingat lagi satu memori ni yang tetap jelas sampai sekarang tak akan aku lupakan. Ada kereta ni hon ayah aku dari belakang, salah ayah aku dia masuk tak bagi signal dan main masuk laju. Kereta tu pun p0tong dan bawa laju depan kereta kami.

Ayah aku ni apa lagi dia cakap “pukim*k punya kereta kau tunggu” jadi ayah aku pecut laju seratus lebih meter. Aku, adik dan mak terk3jut. Mak apa lagi cakap, “Ya Allah bang jangan laju sangat bahaya ni ada anak – anak malam ni bang, sabar..”

Adik bongsu aku pun cakap, “ayah adik takut” malam dalam pukuI 11 lepastu hujan gerimis. Reaksi ayah aku. “Diam si*l”.. Mak aku suruh ayah istighfar banyak kali. Akhirnya ayah aku terIanggar belakang kereta tersebut dan kami satu keluarga terbabas.

Aku tak ingat apa langsung. Yang aku ingat bila bangun kaki patah, muka ced3ra kena kaca bila aku bangun tu nampak nenek aku. Aku tanya dia mak dengan adik macam mana. Mak aku ced3ra teruk, adik perempuan aku pun sama dan adik bongsu aku ced3ra juga.

Yang paling teruk ced3ra aku dengan mak. Ayah aku dia cuma ced3ra Iuka sikit dengan kaki itu pun bukan patah cuma terseliuh kena pedal. Adik aku yang perempuan ced3ra tak teruk. Tapi aku paling kesian dekat dia sebab sampai sekarang kesan eksiden tu ada parut dekat muka dia sebeIah kiri.

Sampai sekarang adik aku insecure giIa dengan parut tu. Adik aku yang bongsu dia bangun asyik cakap s4kit tak selesa. Budak baru umur 12 tahun tangan patah nak belajar payah dah lah dia tahun tu UPSR. Bila aku dah boleh bangun gerak pakai kerusi roda bila tengok mak dan adik – adik aku ced3ra teruk macamtu. Aku rasa marah dan benci dekat ayah aku.

Boleh pula waktu eksiden tu dia sembang dengan ahli keluarga sebab jalan licin hujan malam jadi dia tak perasan. Padahal punca dia sebab dia yang menonong bawa kereta sambil mencarut sebab nak kejar kereta tu.

Kereta tu tak ada dia pun dah blah dari situ tapi aku satu keluarga ced3ra. Ayah aku setakat seminggu dah sihat pulih. Tapi aku mak dan adik yang lain berbulan makan masa. Sejak kemaIangan tu. Yang paling ketara berubah mak aku.

Walaupun sampai sekarang ayah dan mak aku masih lagi kahwin tak ada bercerai berai tapi mak aku berubah. Aku ingat lagi waktu tu ayah aku minta maaf tapi mak aku menangis cakap, “Kalau saya dan anak – anak m4ti macam mana bang? Itu yang awak nak? Kenapa awak tak pernah dengar cakap saya bang kenapa?”

Sejak haritu aku mak dengan adik kalau boleh memang elak naik kereta dengan ayah. Mak aku yang selama ni tak suka memandu pun dia pergi ambil lesen. Sejak haritu kalau nak ke mana mak aku yang drive. Memang jarang kami naik dengan ayah. Kalau naik pun semua diam.

Ayah aku pun dia punya short tempered dia tu m4kin lama m4kin pudar. Mak aku pula kalau dulu rajin tegur ayah aku itu ini berbual itu ini, sekarang dah tak lagi. Jujur cakap lepas kemaIangan tu hubungan aku adik dan mak okay je macam biasa dan lebih rapat kot sebab naik kereta ke mana dengan mak.

Tapi mak dengan ayah ada macam ada jurang sampai sekarang. Tapi mak aku masih jalankan tugas dia sebagai seorang isteri. Tapi kalau tengok macam mana mak aku sebelum kemaIangan tu dan selepas kemaIangan tu memang lain.

Aku pun pernah berbual dengan ayah. Ayah cakap dia menyesal. Pernah lah sekali ayah aku cakap kalau boleh nak undur masa supaya elak kemaIangan. Adik perempuan aku. Dia membesar jadi intr0vert. Kalau dulu dari dia kecik ke sekolah menengah jenis yang pada aku dia ni extr0vert. Tapi sebab parut muka dia sebeIah.

Dia jadi intr0vert dan memang tak suka pergi dekat public dia cakap malu. Sebab kalau lalu je nanti orang nampak muka dia nanti mesti semua terk3jut pandang lama. Jadi dia memang elak interaksi dengan orang. Kawan pun setakat sorang dua.

Aku of course rasa kesian dekat ayah aku. Tapi bila fikir balik kami satu langkah dari m4ut. Mak aku siap ceritakan waktu kereta terbabas tu dia takut aku dengan adik – adik meninggaI. Mak aku cerita waktu tu dia sempat berdoa tolong jangan ambil nyawa anak – anak dia.

Sebelum pengsan tu dia memang nampak aku dengan adik – adik habis muka tangan kaki berd4rah. Sejak kemaIangan tu mak aku cakap dia selalu mimpi benda sama kereta terbabas cermin pecah berderai lepastu nampak aku dengan adik berd4rah sana sini.

Sebenarnya, selama ni mak aku tak pernah cerita benda ni. Aku dengan adik aku pertama kali dengar cerita ni awal tahun 2023 ni baru ibu bercerita apa yang jadi sewaktu dan selepas kemaIangan tu. Jadi pesan aku bak iklan lama TV3 “Berhati – hati ketika memandu”. – Zai (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Hana Kang : Ada orang cakap laki – laki ni biar dia buat silap dan belajar sendiri dari kesilapan dia, jangan tegur atau nasihat sebab eg0nya m4kin tinggi, tapi kadang – kadang harga yang isteri anak – anak kena bayar untuk tunggu dia belajar dari kesilapan tu terlalu mahal.

Fazidah Abdul Kadir : Kesian keluarga tt. Memang ada orang macam tu kan, tak ingat keluarga masa bawak kereta apa yang rasuk dia pun tak tahu. Dah jadi macam tu baru nak menyesal. Kalau boleh buat apa benda pun, fikir dulu. Jangan sampai menyebabkan penyesalan kemudian hari.

BACA: “Dulu aku kemurungan sebab suami terus kahwin lain sebaik sahaja kami sah bercerai, aku balas dendam kahwin dengan bapa mertua suami, rasakan!”