Pelik, krisis ekonomi melanda tapi duit dolar Amerika tetap jadi mata wang dunia, ini sebabnya

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Wang atau mata wang merupakan instrumen yang penting dalam urusan perniagaan mana-mana. Setiap negara memiliki mata wang tersendiri,

Tetapi terdapat juga mata wang tunggal yang diterima secara meluas di seluruh dunia.

Mata wang ini sering dirujuk sebagai mata wang global atau dunia.

Pelik, krisis ekonomi melanda tapi duit dolar Amerika tetap jadi mata wang dunia, ini sebabnya

Mata wang global adalah mata wang yang boleh digunakan atau ditukar dengan bebas dengan mata wang lain di dalam atau di luar negara yang mengeluarannya.

Pada masa ini, mata wang global secara umumnya didominasi oleh Dolar Amerika Syarikat (USD/$).

Dolar AS pertama kali dicetak pada tahun 1914, setahun selepas penubuhan Rizab Persekutuan sebagai bank pusat Amerika Syarikat. Tiga dekad kemudian, Dolar secara rasmi menjadi mata wang rizab dunia.

Penggunaan mata wang kertas di AS bermula pada tahun 1690, dengan penerbitan nota kolonial oleh Massachusetts Bay Colony. Pada peringkat awal, nota ini dikeluarkan untuk membiayai operasi ketenteraan. Pada tahun 1776, institusi yang sama mula mengeluarkan wang kertas bernilai $2. Kemudian pada tahun 1785, AS secara rasmi menggunakan simbol Dolar sebagai mata wang mereka.

Pada tahun 1863, AS menubuhkan Pejabat Pengawal Mata Wang (OCC) dan Biro Mata Wang Negara. Kedua-dua agensi ini bertanggungjawab untuk mengendalikan wang kertas baru. Pada tahun 1869, operasi mencetak mata wang di pusatkan kepada Biro Ukiran dan Percetakan.

Sebelum penubuhan biro tersebut, Dolar dicetak oleh syarikat swasta. Pada tahun 1890, Perbendaharaan AS mengeluarkan legal tender negara, lebih kurang satu dekad sebelum penubuhan Rizab Persekutuan.

AS menubuhkan Rizab Persekutuan sebagai respon terhadap ketidakstabilan sistem mata wang yang sebelumnya berasaskan wang kertas yang dikeluarkan oleh bank-bank individu.

Ekonomi AS juga mula mengatasi ekonomi United Kingdom (UK), dan pada masa yang sama, AS muncul sebagai pemberi pinjaman utama kepada negara-negara luar.

Sebelum Perang Dunia Kedua, AS bertindak sebagai pembekal barangan dan senjata kepada negara-negara sekutu, dan majoriti negara-negara ini membuat pembayaran kepada AS menggunakan emas.

Pada akhir perang, AS muncul sebagai pemilik emas terbesar. Sebagai tindak balas, Perjanjian Bretton Woods ditubuhkan pada tahun 1944 untuk mengukuhkan Dolar sebagai mata wang dunia dan menetapkan sistem pertukaran mata wang tetap.

Melalui perjanjian ini, AS mengukuhkan kedudukan Dolar sebagai mata wang rizab dunia.

BACA: “Aku terdesak, minta bantuan dengan keluarga terdekat tapi enggan bantu aku, malam lepas tengok insta, aku nekad putuskan tali persaudaraan”