Sejak kebelakangan ini, banyak food festival dianjurkan di beberapa tempat yang mana ramai peniaga mencari rezeki dengan menjual makanan viral dan sukar dijumpai.
Pun begitu, harga makanan di festival tersebut telah menjadi isu kerana dijual dengan harga yang mahal.
Satu hantaran di X memaparkan seorang individu memberi pandangannya mengenai harga makanan dijual di festival seperti itu.
Individu itu berkata dia telah pergi ke sebuah festival dan mengeluh harga makanan yang dijual bermula RM15 sehingga RM55. Sedangkan makanan di situ sama seperti yang dijual di pasar malam malah harganya juga lagi mahal.
Tak, sekarang ni siapa yang tetapkan harga makanan dekat karnival makanan kena dalam range RM15 to RM55 ni we seriously need to talk. Padahal karnival makanan ni dah macam pasar malam je taw tapi kenapa harga lagi mahal dari dalam mall?
Selain itu, dia telah membeli lapan jenis makanan yang berharga bermula RM5 (donat gebu) sehinggalah RM25 (kunafa). Dia juga ternampak lamb shank dijual dengan harga RM55.
Imagine ayah ayah yang kene bawak anak 3 ke 4 orang pergi karnival makanan macam ni. RM200 paling kurang akan habis. Buatnya anak kau nak pulak cromboloni atau makanan viral, meninggal dik. To all the dads out there who keep the family steadfast, you are all superheroes!
Walau bagaimanapun, dia tidak menafikan makanan di situ sedap dan festival tersebut diuruskan dengan baik oleh pihak penganjur. Tempat parkir juga mudah dicari cuma harga makanan yang dijual agak mahal.
Makanan semua yang beli alhamdulillah sedap. Orang memang ramai, good event, flow cantik. Pergi last day malam so senang sikit dapat parking. Harga makanan je terkejut, faham sebab harga tapak tapi still rasa macam wow mahalnya.
Di ruangan balas, ramai netizen bersetuju dengan harga mahal yang dicaj di food festival. Ada yang memberitahu faktor makanan dijual mahal adalah disebabkan sewa tapak yang mahal dikenakan oleh pihak penganjur.
Food 1 Food 2
Tak, sekarang ni siapa yang tetapkan harga makanan dekat karnival makanan kene dalam range RM15 to RM55 ni we seriously need to talk.
Padahal karnival makanan ni dah macam pasar malam je taw tapi kenapa harga lagi mahal dari dalam Mall?