Tolong jangan ajar anak meminta duit raya!, kita tak tahu kewangan orang

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Pada tahun 2023 ini, ramai berpandangan bahawa anak-anak perlu dididik supaya tidak meminta-minta duit raya ketika berkunjung ke rumah orang.

Ia turut disokong seorang pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat yang menurutnya, kita tidak tahu status kewangan seseorang apatah lagi dengan keadaan ekonomi meleset.

“Saya setuju cadangan mendidik anak supaya tidak meminta-minta duit raya sebab tahun ni ramai orang terkesan dengan ekonomi.

Tolong jangan ajar anak meminta duit raya!, kita tak tahu kewangan orang
“Ajar anak kalau orang bagi ucap terima kasih dan doakan pemberi sampul. Jika tak bagi tak payah cakap apa,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook baru-baru ini.

Sementara itu, kami kongsikan kisah seorang individu bergelar isteri yang pernah melihat sendiri bagaimana ada ibu bapa menyuruh anak-anak mereka meminta duit dari pakcik dan makcik. Perkongsian ini pernah dimuat naik dalam laman IIUM Confessions pada tahun 2017;

Straight to the point. Tahun lalu, tahun pertama saya beraya sebagai isteri orang. Sepanjang raya tahun lalu, kerap sangat saya mendengar ibu bapa yang ada anak-anak kecil ini beritahu anak-anak mereka:

Pergi salam makcik tu minta duit raya” atau “Cakap kat pakcik nak duit merah. Tak nak duit hijau,” atau “Tanya makcik tu duit raya mana?”

Tidak kurang juga ada budak datang pada suami dan kata, “Pakcik, ayah kata kalau pakcik baik hati, pakcik bagi lagi duit raya.” Padahal sehari sebelum itu suami dah bagi duit raya pada kanak-kanak berkenaan dengan semua adik beradiknya.

Anda pernah mengalami apa yang saya alami? Agak mengejutkan sebenarnya.

Jom semak sama ada anda terdiri dalam golongan yang mengajar anak untuk meminta duit raya atau mangsa keadaan. Di sini saya kongsikan beberapa hujah pandangan peribadi saya.

1)Jaga adab. Saya yakin dan percaya tiada sesiapa antara kita yang sudah dewasa ini dididik oleh ibu bapa kita untuk meminta duit raya dengan orang lain. Kenapa? Sebab agak tidak beradab untuk meminta sesuatu yang belum tentu akan menjadi hak kita. Dan sekarang kita mendidik anak kita untuk tidak menjaga adab

2)Sebagai ibu bapa, jangan sesekali mengajar anak untuk meminta duit raya dengan sesiapa. Kita tidak tahu macam mana keadaan kewangan seseorang. Mungkin dia mencatu makanan dan belanja beliau untuk perkara yang lebih penting. Sekali jumpa anak-anak yang dididik sebegini, mungkin akan merunsingkan mereka.

3)Jangan samakan kedudukan kewangan anda dengan orang lain. Anda mungkin kerja bagus, gaji tinggi, peruntukan duit raya pun banyak. Tetapi bukan semua orang bertuah dan murah rezeki seperti anda. Tidak semua antara kita yang diberikan rezeki dari sudut kewangan seperti kita. Mungkin rezeki mereka dari sudut yang lain.

4)Jangan ingat semua orang bekerja itu banyak duit ataupun kalau orang itu kerja gaji mahal sikit, anda boleh suruh anak anda minta duit raya. Gaji mahal tak bermakna banyak duit. Mungki ntanggungan atau liabiliti mereka banyak. Jangan senang menilai kewangan orang bila anda tidak tahu.

Baca juga: “Keluarga mertua persoal tentang warna anak kami tapi doktor kata itu normal sebab tak cukup bulan, keluarga mertua ragui status anak kami”