Betul ke duit hilang lepas daftar PADU? Ini cerita sebenarnya

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Kejadian dakwaan kehilangan duit selepas pendaftaran dalam PADU dilaporkan berlaku kepada guru sekolah di Terengganu dan telah tersebar melalui platform media sosial.

Kementerian Ekonomi telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan yang beredar secara viral mengenai kehilangan duit dari akaun bank

selepas pendaftaran dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), menyatakan bahawa kenyataan tersebut adalah palsu.

Betul ke duit hilang lepas daftar PADU? Ini cerita sebenarnya

“Jika anda menerima mesej mengenai PADU seperti yang dipaparkan dalam gambar, maklumat tersebut adalah palsu.

Setelah disiasat, tiada laporan polis berkaitan dengan isu ini di Terengganu,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan pada Khamis.

Tambahnya lagi, tiada aduan berkaitan dengan isu tersebut juga ditemui dalam sistem aduan kerajaan (SISPAA).

Kementerian Ekonomi telah merujuk perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

“Isu ini telah dirujuk kepada SKMM untuk tindakan lanjut. Kami menasihatkan semua untuk berhati-hati dan memeriksa dengan saluran rasmi kerajaan sebelum menyebarkan sebarang maklumat daripada sumber tidak rasmi,” ujarnya.

BACa: Betul ke cepat bisu bila bercakap masa azan? Akhirnya ada juga ustaz beri jawapan