Pada pertengahan Julai 2021, seluruh keluarga diser4ng batuk. Bermula dengan suami, dia mula batuk-batuk dan demam malam.
Aku dan anak-anak pula diser4ng batuk seminggu kemudian.Pada mulanya kami fikir disebab makan durian dan rambutan yang berlebihan.
Maklum lah, masa itu PKP sudah berakhir dan rentas daerah telah dibenarkan. Memang banyak durian dan rambutan dijual di KL.
Masuk minggu kedua, kami semua kehilangan deria rasa. Demam sentiasa on-off. Suami pula masih batuk dan sukar bernafas, tetapi berselera hendak makan macam-macam, semua teringin. Namun jamahnya hanya sedikit. Anak-anak pula hanya makan bila disuruh.
Dipendekkan cerita, kami semua disahkan positif Cvid. Suami dimasukkan ke hspital dan meningg4l 3 hari selepas itu.
Aku menyusul ke hspital sehari selepas kem4tiannya. Anak-anak ditinggalkan berdua di rumah. Walaupun positif namun mereka stabil dan bertindak positif dengan panadol.
Di hspital, aku dikategorikan sebagai pes4kit tahap 3. Ada jangkitan paru-paru tetapi tidak kritikal. Seluruh badan s4kit dan lemah.
Semua aktiviti fizikal dilakukan dengan begitu perlahan. Berjalan ke bilik air yang hanya beberapa langkah pun memakan masa sangat lama.
Gambaran pergerakan sama seperti seekor sloth. Jalan bertunduk-tunduk, setiap langkah sangat perlahan dan perlu atur nafas dengan baik.
Setiap kali melangkah, berhenti, bernafas, sambung langkah dan berhenti untuk bernafas. Begitu lah keadaannya. Ketika membayangkan situasi itu pun masih terasa ng3ri dan bermohon agar tidak diser4ng Cvid lagi.
Perkara paling menakutkan ialah BATUK. Batuk Cvid bukan seperti batuk biasa yang boleh ditahan-tahan.
Bila batuk, satu tangan aku tekan di perut, dan satu tangan lagi tekan bahagian leher supaya rapat di kerongkong. Dalam keadaan mengerekot di lantai, bertinggung dan sujud, aku batuk sebatuk-batuknya.
Masa ini, otak off terus, fokus batuk. Badan bergoncang terhenjut-henjut dan batuk dengan teruk.
Paling perit ialah batuk itu langsung tidak hilaangkan rasa gatal malah menambahkan penat, hilaang nafas, termengah-mengah dan kejang di perut.
Batuk akan berterusan selama 20 minit hingga badan menjadi lemah dan akhirnya terjelepuk di lantai. Tercungap-cungap mencari nafas.
Keluar air mata menahan rasa perit yang tidak dapat digambarkan. Kadang-kadang sampai terkencing dalam seluar akibat tekanan melampau di perut.
Pes4kit lain hanya memandang ksian tidak mampu menolong sebab mereka pun dalam keadaan yang lemah.
Antara ramai-ramai pes4kit, ada 2-3 orang yang alami batuk teruk sama macam k3s aku. Selalunya kami lah yang memeriahkan suasana malam dengan ser4ngan batuk yang dasyat.
Sepanjang proses pemulihan di hspital, fikiran terlalu lemah untuk risaukan keadaan anak-anak di rumah atau kehidupan tanpa suami. Semuanya diserahkan kepada Allah. Aku tidak berdaya.
Aku lalok dengan ubat batuk yang dibekalkan hspital. Satu sudu kecil boleh buatkan tidur nyenyak dari 7 malam sampai subuh esoknya.
Mujur lah ketika itu uzur syar’ie, memang dapat tidur nyenyak. 5 hari kemudian aku dibenarkan pulang. Sampai di rumah, anak-anak telah sihat sepenuhnya.
Syukur sangat-sangat. Selama aku di hspital, cikgu sekolah dan jiran-jiran yang prihatin belikan makanan untuk mereka berdua. Kawan-kawan dan keluarga pun ada kirimkan barang keperluan harian. Itu antara dorongan untuk aku sihat dan kuat semula. Rasa disayangi.
Dua minggu pertama setelah bergelar balu, perkara pertama aku buat adalah dapatkan moratorium bank, potong langganan Astro dan Coway. Hanya kekalkan Internet untuk kegunaan persekolahan anak-anak.
Dengan pendapatan suami 8k sebulan, sekelip mata hilaang, tiba-tiba bergantung kepada duit simpanan. Mujur simpanan semuanya dalam akaun sendiri jadi urusan kewangan menjadi sangat mudah.
Penerima faraid yang lain pun sebulat suara menyedekahkan bahagian masing-masing kepada kami.
Dalam keadaan pernafasan masih termengah-mengah dan menghadapi masalah lemah daya ingatan, aku cuba dapatkan pekerjaan. Doaku biarlah gaji yang diterima cukup untuk menampung kehidupan kami.
Alhamdulillah, tamat sahaja tempoh eddah, aku diterima bekerja dengan gaji bersih minima. Urusan belanjawan rumah aku bentang dan terangkan pada anak-anak, minta mereka faham kekangan perbelanjaan dan perlu berjimat-cermat.
Tapi, berkat bela anak yatim, rezeki kami mencurah-curah. Makanan sentiasa cukup malah berlebih-lebih pula.
Pada masa yang sama, aku berpeluang menjadi pekerja part time menerusi Selangor Freelance dan Kerjaya Perk3so, dan diterima menjadi penulis blog pelancongan dengan bayaran mengikut penulisan artikel.
Aku juga dalam proses memohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebagai ibu tunggal selain cuba menjadi ejen menjual pis4u dari Turki.
Kalau rajin sila lah mencuci mata di kedai online aku (senyum sikit). Pendek kata, apa sahaja peluang aku cuba dapatkan.
Kini, kehidupan pasca Cvid sangat berbeza. Rutin harian bermula jam 5 pagi dan berakhir 10.30 malam. Allah atur kehidupan aku, dapat solat sunat setiap hari, baca quran setiap malam, solat awal waktu, dan perlahan-lahan menyediakan diri untuk kembali kepada-Nya.
Mula-mula memang terasa sedih dan rindu pada suami, air mata merambu-rambu membayangkan dia masih ada. Tetapi aku tahan supaya tidak menjejaskan semangat anak. Selalunya waktu menangis adalah ketika solat tahajjud.
Itu lah pengubat jiwa, hati rasa damai, tenang dan bahagia. Syukur sangat-sangat dilahirkan sebagai Islam, apa sahaja masalah ceritakan saja pada Allah. Dari Dia semua ujian ini datang, dan kepada Dia juga lah tempat kita mengadu.
Keadaan fizikal banyak merosot. Rambut makin menipis dan gugur, kuku mudah rapuh, parut susah hilaang, dan kehilaangan berat badan antara yang sedang berlaku pada diri. Masalah lemah daya ingatan suatu perkara yang menakutkan.
Dari seorang pemandu yang cekap dan berpengalaman, menjadi seorang yang mudah keliru dan lupa walaupun memandu di jalan yang sering dikunjungi. Kepala rasa kebas dan gayat jika dipaksa berfikir atau mengingati sesuatu perkara.
Aku kemukakan masalah ini pada seorang kakak, dan dia kongsikan beberapa zikir.
Aku mula amalkan zikir ini dan berhajat mohon Allah beri perlindungan dan kekuatan untuk teruskan hidup dengan penuh bermakna.
6 bulan berlalu, sehingga ini aku masih mampu menjalani kehidupan sehari-sehari sebagai pejuang pes4kit Cvid, dengan penuh semangat.
Aku tidak pasti sejauh mana aku dapat bertahan. Harapanku hanya satu, biarlah ujian ini meningkatkan keimanan dan ketakwaanku kepada Allah. Dan semoga bila m4ti nanti dapat bertemu lagi dengan semua yang pernah aku sayangi di dunia ini. Aamiin.
Ini antara reaksi netizen untuk kisah ini.
Suhaila. Saya masih berjuang melawan perasaan menahan emosi walau 4 bulan berlalu tpi.masih berteman air mata s4kitnya pergi kerana cvid x dapat pelvk ciuum tatap jen4zah kali terakhir .hidup perlu diteruskan tanpa arw4h ank2 perlukn saya.
doakan saya kuat seperti sis yg mengalami ja tahu macam mana kami berjuang melawan cvid saya nekad x pergi hspital walau oksigen drop sesak nafas pengalaman arw4h dihspital buat saya rasa takut saya pergi x kembali seperti dia
Niesa. Cvid is real guys..dulu aku berjuang sungguh2 nk educate public ttg bah4ya cvid ni tapi anti vaxxers ni mcm “urticarial rash” /kelopak garam plak..makin byk garu,makin byk yg naik ruamnya
..degil yg amat..dlm masa yg sama,berhempas pulas rawat pes4kit cvid di icu..realiti depan mata sendiri pes4kit aku satu persatu meningg4l/m4ti/debilit4ted..
bila ditakdirkan sendiri dapat cvid while pregnant dan alhamdullilah sembuh sepenuhnya(completed 2 doses + booster),aku dh mcm “ikut korg la anti vaxxers”..
klu korg dapat,then korg akan dpt tau realiti the hard way yourselves..xdpt cvid alhamdullilah,masih diberi peluang di dunia utk hidup selesa.
Hazwani.Takziah dan semoga dimudahkan urusan puan ..
Mak saya balu anak 9, tak dapat pekerjaan, tiada bantuan drpd mana2 pihak… Anak semuanya kecil waktu tu.. Ke amanah raya sblm akhirnya penerima faraid melepaskan bahagian mereka..
Alhamdulillah kami semua berjaya menjadi graduan universiti.. Berbekal rm800 pencen arw4h ayah waktu tu, kalau ikut logik mmg tak cukup tapi tulah semua kerja Allah yg mencukupkan,
sekarang semuanya dah bekerja.. Mak pun dah senang, merata2 dia jalan sampai ke luar negara..
InsyaAllah anak2 yatim ni Allah pelihara puan.. Kalau sy sedih dulu sy akan nyanyi nasyid raihan nabi anak yatim… Dan fikir nasib orang yg lagi malang dr kami…
May. Nak menitik air mata bila tt kata dia merindui suami dia. Suami aku juga perjuang cvid.. stage 5, dan dia berjaya mengharungi. Dua minggu dia di hspital, membuat kan aku galang sangat.
Sehinggakan aku berjanji, jika dia balik, jika diberikan lebih masa untuk dia menemani aku, sesungguhnya aku akan menjadi lebih baik dr sebelumnya.
Sebelum marah marah (kerana hal kecil) aku pejamkan mata, mengingatkan diri sendiri bahawa aku hampir kehilaangan dia.
Anak aku yg paling kecil baru setahun 2 bulan. Masa kejadian, anak tu baru berusia 11bulan. Aku perbaiki diri, takut aku x berksempatan untuk menghargai masa bersama. Semoga TT terus kuat