Walaupun telah mencuba pelbagai cara untuk menjimatkan bil elektrik, namun Eve Lim masih menghadapi masalah dengan bil yang tetap tinggi setiap hujung bulan.
Setelah menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB), segala persoalan yang mengganggunya telah terjawab.
Selama lima tahun ini, bil elektrik bulanannya sentiasa berada dalam julat RM 700 hingga RM 800.
Lim telah melakukan pelbagai langkah untuk menjimatkan elektrik, termasuklah mematikan semua suis di rumah dan sanggup tidur di rumah kawan hanya untuk mengurangkan penggunaan elektrik.
Beliau juga sebelum ini telah memanggil juruelektrik untuk memeriksa sama ada ada jiran yang mencuri bekalan elektrik dari rumahnya.
“Dia memberitahu saya samada saya perlu mengganti pemanas air saya atau TNB akan membantu saya menukar meter saya. Dan saya telah menghabiskan banyak wang untuk menggantikan alat ganti, tapi kesudahannya sama sahaja – pada akhir bulan , bil saya akan tetap tinggi.”
Kesabaran Eve Lim dicabar hingga ke had maksimum apabila pada bulan Julai yang lepas, bil elektriknya melonjak tiba-tiba sehingga mencapai jumlah yang mengejutkan, iaitu RM1,500.
“Saya jadi bengang dan saya nak ajak semua penduduk di kawasan ini untuk adakan protes dekat TNB bersama saya, tapi ramai yang macam tak ambil kisah. Jadi, saya hubungi juruelektrik lagi untuk pastikan samada peti sejuk rumah dia ada masalah ataupun tidak.”
Namun, juruelektrik itu menasihati Lim untuk menghubungi TNB sekali lagi dan meminta pemutusan bekalan elektrik rumahnya untuk memeriksa sama ada meter elektrik terus beroperasi atau tidak.
Misteri tersebut akhirnya terungkai setelah TNB mematuhi permintaan Lim.
Kejadian yang aneh berlaku; walaupun dia memutuskan semua bekalan elektrik, lampu dan kipas masih berfungsi dengan normal!”
Dia bertanya kepada kakitangan TNB, dan mereka hanya tersenyum, tetapi tiba-tiba kedengaran seorang pembantu rumah jiran mengetuk pintu dan bertanya…
“Kenapa tak ada api?”
Ternyata meter elektrik di rumahnya dipasang dengan salah oleh pihak pembangun, dan TNB telah menghitung bayaran yang tidak betul selama bertahun-tahun.
Walau bagaimanapun, Lim menegaskan bahawa jirannya tidak terlibat dalam perkara ini dan tidak ada sebarang curian elektrik berlaku.
Isu ini telah diselesaikan, dan TNB telah berjanji untuk memberikan bayaran balik kepada Lim sehingga RM15,000 atas bayaran bil yang salah selama 5 tahun dari rumah yang tidak betul.
Lim merasa lega dan mengucapkannya menerusi Facebook kerana masalah yang dihadapinya telah selesai, dan dia masih tidak percaya bahawa selama ini dia telah membayar bil elektrik untuk jiran selama 5 tahun.
“Ada sekali saya sampai terfikir tak pakai hot shower sebab nak jimat duit. Rupa-rupanya saya bayar bil eletrik diaorang. Dari tua ke muda, mereka dah ada 3 generasi dalam keluarga mereka tinggal kat rumah tu”
BACA: Petua masak cempedak goreng cara kampung, paling penting ramai salah buat