Penat jadi ejen takaful, wanita berjaya raih pendapatan lumayan dengan hanya tanam terung

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Seorang bekas ejen insurans telah mengubah hobi menanam menjadi sumber pendapatan tambahan

Yang menguntungkan dengan menanam terung, mampu meraih pendapatan sehingga RM3,000 sebulan.

Nur Azia Samad, 38, mula mengusahakan tanaman terung jenis 232 secara fertigasi di tanah seluas 0.8 hektar, dengan 4,000 polibeg.

Penat jadi ejen takaful, wanita berjaya raih pendapatan lumayan dengan hanya tanam terung

Bagi memastikan bekalan mencukupi, dia menggunakan kaedah plot agar terung boleh dituai dua bulan selepas ditanam.

Projek tanaman terung ini bermula pada 2021 ketika Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan, memberinya peluang untuk mengisi masa terluang. Dengan bantuan suami, mereka menyewa tanah selama 10 tahun untuk menjalankan projek ini.

Nur Azia telah mencuba pelbagai jenis tanaman sebelum ini seperti lada cili dan timun, tetapi harga sayuran itu tidak menentu dan kemasukan cili import

telah menyebabkan kerugian kepada petani. Kini, dia melantik ejen di beberapa lokasi di Johor Bahru dan memasarkan sayuran secara dalam talian kepada komuniti setempat serta taman perumahan untuk menjana pendapatan tambahan.

BACA: “Keluarga mertua persoal tentang warna anak kami tapi doktor kata itu normal sebab tak cukup bulan, keluarga mertua ragui status anak kami”