Tip mudah cuci baju hilangkan kesan degil tanpa luntur warna asal

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Apabila mencuci pakaian dalam mesin basuh, ada kalanya sesetengah baju mengalami luntur warna yang boleh merosakkan kain yang lain, terutamanya jika baju tersebut berwarna putih.

Untuk menyelamatkan baju tersebut daripada keadaan yang tidak diingini, pengguna Facebook Teratai Putih telah berkongsi satu tip mudah.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

Tip mudah cuci baju hilangkan kesan degil tanpa luntur warna asal

Ini tip mudah cuci baju hilangkan kesan degil tanpa luntur warna asal

1. Pertama, masukkan garam ke dalam periuk yang berisi air bersih.

2. Kemudian, isikan air secukupnya ke dalam periuk tersebut.

3. Tambahkan satu sudu sabun cuci ke dalam air yang dimasukkan ke dalam periuk. Pastikan untuk tidak meletakkan terlalu banyak sabun agar tidak berlebihan.

4. Setelah itu, masukkan pakaian yang mengalami luntur warna ke dalam periuk dan biarkan air mendidih.

5. Gaulkan baju di dalam periuk semasa air mendidih untuk memastikan air panas meresap ke seluruh bahagian pakaian.

6. Proses ini akan membantu menanggalkan warna yang luntur pada pakaian putih.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, diharapkan baju yang mengalami masalah luntur warna dapat diselamatkan. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat untuk anda.

Baca Juga :“Masa ulang tahun perkahwinan, aku hadiahkan keizinan untuk suami kahwin lagi, lain pula jadi pada hari pertunangan”