Ini senarai produk madu yang boleh jadi racun

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Kementerian Kesihatan (KKM) telah menemui bahawa 45 daripada 769 sampel produk madu pelbagai jenama tidak mematuhi standard yang ditetapkan

Di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985. Tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap syarikat dan produk yang terlibat.

PKKM, yang merupakan program di bawah KKM yang bertujuan untuk memantau keselamatan dan kualiti makanan,

Ini senarai produk madu yang boleh jadi racun

sentiasa melakukan pemantauan terhadap produk madu di pasaran. Sampel-sampel produk madu pelbagai jenama tersebut telah dikumpulkan dari tahun 2016 hingga kini.

KKM menjelaskan bahawa produk madu perlu mematuhi standard yang ditetapkan menurut Peraturan 130, Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Ini senarai 45 produk madu yang boleh jadi racun

Standard-standard ini termasuk kandungan gula penurunan tidak kurang daripada 60 peratus, kandungan sukrosa tidak melebihi 10 peratus, dan kandungan hydroxymethylfurfural tidak lebih daripada 80 mg/kg.

Kenyataan tersebut turut menggariskan bahawa Seksyen 13(2)(e) melarang seseorang daripada menyediakan atau menjual makanan yang diadukkan jika tidak mematuhi standard atau spesifikasi yang ditetapkan dalam mana-mana peraturan di bawah akta berkaitan.

Individu yang melanggar peruntukan ini boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Kementerian juga mengumumkan bahawa KKM sedang bekerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia dan Jabatan Pertanian untuk menentukan ketulenan madu menggunakan teknik isotop mengikut standard makanan antarabangsa Codex.

Selain itu, KKM telah memperkenalkan Skim Pensijilan Makanan Autentik yang bertujuan untuk memberikan pengiktirafan terhadap produk makanan yang disahkan autentik dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Produk-produk yang termasuk dalam skim pensijilan ini termasuklah madu, daging, kopi, dan sarang burung walit. Sehingga kini, tujuh syarikat telah memperoleh pensijilan autentik bagi produk madu daripada KKM.

Baca Juga :Patutlah lipas tak mati-mati! Rupanya fungsi sebenar ubat gegat bukan untuk halau lipas