Patutlah lipas tak mati-mati! Rupanya fungsi sebenar ubat gegat bukan untuk halau lipas

Oleh DAHLIA MARZUKI

Kita selalu menganggap penggunaan ubat gegat di rumah adalah untuk menghalau lipas, betul? Tetapi, anggapan tersebut sebenarnya salah!

Ubat gegat yang dikatakan dapat mengusir lipas hanyalah mitos semata-mata.

Mari kita ikuti perkongsian mengenai ubat gegat oleh Naim AJ Pest.

Patutlah lipas tak mati-mati! Rupanya fungsi sebenar ubat gegat bukan untuk halau lipas

Fungsi ubat gegat

Sebenarnya, ubat gegat adalah racun bagi serangga yang dikenali sebagai Gegat atau Silverfish. Biasanya, masyarakat mengenalinya sebagai ulat buku dan sering disalah anggap sebagai anak lipan.

Serangga ini termasuk dalam kategori serangga perosak yang bergerak merangkak. Walaupun tidak berbisa, ia mampu merosakkan banyak barang dan perabot di dalam rumah. Gegat ini biasanya bergerak dengan cepat dan suka di tempat yang lembap dan sejuk.

Kerana gerakannya yang pantas dan sukar disembur dengan aerosol, ubat gegat digunakan untuk mengawal mereka. Biasanya, ubat gegat terdiri daripada bahan seperti Dklorobenzina atau Naftalena (Naphtalene).

Bahan racun

Bau yang dihasilkan oleh ubat gegat menghasilkan gas yang menguap di udara dan berkesan terhadap serangga Silverfish walaupun mereka tersembunyi di lipatan pakaian. Ubat gegat juga boleh mengusir serangga lain seperti Moth Ball dan Kamitetep.

Namun, penggunaan ubat gegat secara berlebihan boleh membahayakan kesihatan. Oleh itu, elakkan meletakkan racun ini berdekatan dengan makanan.

BACA: “Berderau hati saya rupanya selama ini dalam kebaikan saya isteri punyai lelaki lain patutlah kekadang tak elok perangai dia”