“Berderau hati saya rupanya selama ini dalam kebaikan saya isteri punyai lelaki lain patutlah kekadang tak elok perangai dia”

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Assalamualaikum min harap dapat hide kan profil saya ye.. Saya kahwin dah 6tahun dan mempunyai 3 orang cahaya mata hasil perkongsian kasih sayang saya dengan isteri saya.

semenjak kahwin dengan isteri saya sebelum sebelum ok tidak ada lah masalah yang ketara walaupun dalam masa yang sama

saya perasan ada rahsia yang dia simpan sembunyikan pada saya tapi saya tidak menganggap perkara itu akan berlanjutan.

"Berderau hati saya rupanya selama ini dalam kebaikan saya isteri punyai lelaki lain patutlah kekadang tak elok perangai dia"

pada permulaan isteri saya kerap main fon sampai lupa akan tanggungjawab dia sebagai isteri dan terlalu asik dengan fon nya. ibarat kalau tak ada fon disisi tak senang duduk. satu hari waktu balik kerja macam biasa dalam keadaan letih dan penat terasa sangat.

bila buka pintu rumah bagi salam tak menyahut. Saya pandang isteri saya leka dengan fon nya. saya pun panggil dia dengan panggilan manja “sayang” Abang baru balik ni”. tapi tidak diindahkan nya. tak apalah saya pun rehat main sambil main dengan anak saya..

Kisahnya waktu malam saya masa nak tidur kebetulan fon berada ditangan isteri lalu pelahan2 saya tarik dari tangan isteri saya dan cuba membelek satu persatu whatsap dan fb.

Alangkah bederau hati saya rupa2 nya selama ini dalam kebaikan saya isteri saya mempunyai lelaki lain patutlah kekadang elok dan kekadang tak elok perangai isteri saya.. mula dari situ setiap kali isteri saya asik dengan fon saya bertanya beberapa soalan.

hati saya amat kecewa bila isteri saya menjawab soalan yang saya ajukan. hati saya remuk sedih kecewa.Macam2 yang saya pikir ketika itu. Tapi saya tahan semua itu dan bersabar demi tidak berlaku perkara yang tidak diingini berlaku. Setiap hari.

setiap minggu isteri saya tidak mengindahkan apa teguran yang saya bagi. Jawapanya “entah lah” yang selalu keluar bila saya bagi nasihat. Sekarang kami tidak serumah bukan saya yang mahu isteri saya pergi tinggalkan saya tanpa memberi tahu saya.

Akhirnya saya tahu juga yang dia tinggal dengan keluarga nya. mungkin senang untuk dia berhubung dengan lelaki. memang betul2 menguji kesabaran saya..Sampai sekarang dia tak nak balik puas saya pujuk berdo’a supaya hati dia boleh menerima saya seperti dulu.

Isteri saya ni tak boleh ditegur kalau ditegur macam mana pun ada je jawapan dan alasan. lepas tu buat merajuk tak sudah2 dan suka bagi saya marah..dengan cara apa sekali pun dia akan cuba buat saya marah pada dia. pada mulanya saya sabar. Tapi kesabaran saya ada batasnya..

itu yang dia suka sebenarnya. utk dijadikan sebagai alasan supaya menampakkan saya yg bersalah dlm semua hal.. sekarang saya cuma berteman sepi seorang diri. entah bila dia nk balik ke rumah pun tak tahu..?

BACA: “Awalnya kami ditatang bagai minyak yang penuh tapi nenek mula tunjuk belang, semua jadi bila nenek tak boleh tukar nama wasiat arwah mama”