Padahal saya dah bawa shopping, makan sedap-sedap’ ‘Hanya disebabkan lupa basuh cawan, isteri maki saya macam tiada hari esok

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Saya dan isteri berumahtangga selama 4 tahun lebih.

Sepanjang perkahwinan kami, apa je tak pecah barang, terbalik rumah, dilanda badai ribut taufan pasal benda kecil je.

‘Hanya disebabkan lupa basuh cawan, isteri maki saya macam tiada hari esok.

Padahal saya dah bawa shopping, makan sedap-sedap’ ‘Hanya disebabkan lupa basuh cawan, isteri maki saya macam tiada hari esok

Padahal saya dah bawa shopping, makan sedap-sedap’

Sehingga saya jadi ralit dengan ‘zikir zikir’ cerrai isteri saya. Asal gaduh je isteri akan sebut nak bercerrai!

Saya kerja bagus, bawak jentera kren. Gaji lumayan dan selalu bawak isteri makan dekat luar.

Tapi bila balik je keluar confirm gaduh macam orang tak cukup makan.

Pernah suatu ketika, saya bawa isteri saya beli perabot rumah terkenal dan berhabis ribuan ringgit. Segala perabot akan dihantar kerumah dalam masa seminggu waktu bekerja.

Saya dapat rasakan saya suami yang hebat dan syukur bila dapat belanja isteri. Kemah keming berseri muka isteri saya dapat bershopping.

Keesokan harinya saya bekerja, saya kerja hingga malam kerana OT. Setelah habis bekerja, saya berehat dengan kawan kawan saya (melepak), dan sejam kemudian baru saya pulang kerumah.

Isteri saya menanti kepulangan saya dengan penuh amarah dan leteran. Saya dimarah habis habisan kerana lewat sejam.

Saya sangat penat waktu itu. Saya belum sempat duduk untuk berehat, saya hilang sabar dan pkul isteri saya semahunya.

Saya maki dia habis habis. Saya pecahkan barang barang rumah sebab saya sangat stress dan tertekan.

Saya terkilan pada isteri saya padahal saya dah bawa shopping, makan sedap sedap pada hari sebelumnya. Tapi dia marah saya macam tiada hari esok.

Keesokan hari mak bapak mertua saya sampai rumah saya, sebab isteri saya call kerana takut dengan saya.

Terus ambil segala keperluan dan keluar rumah ikut mak bapak dia.

Saya tak halang sebab saya tahu saya dah buat kesalahan besar kerana memukul isteri saya.

Isteri saya cedera, dia benci saya ketika itu. Saya sangat menyesal, terkilan dan sedih.

Saya tahu salah saya pkul isteri saya, tetapi kenapa dia marah saya padahal saya baru pulang kerja.

Saya melepak dengan kawan kawan saya lewat sejam sebab saya terlalu penat tugasan pada hari tersebut.

Dan melepak pun dengan kawan kawan kerja dan bercerita pasal masalah kerja pada hari itu.

Saya melepak sebab nak ambil mood untuk pulang ke rumah yang agak jauh dari tempat kerja.

Disini saya ingin berpesan pada para isteri diluar sana, tolong tolong tolong jangan marah pada suami yang baru pulang dari kerja.

Kerana kami sangat penat dan mental tak stabil, kami sedaya upaya tak nak masalah tempat kerja bawa balik rumah.

Kami para suami ada hati dan perasaan. Cita cita kami sentiasa ingin memberi kemewahan pada isteri dan anak yang tersayang. Biar kami tak makan yang penting anak bini kami kenyang.

Sejak kejadian itu, saya dan isteri kembali berbaik tetapi hubungan kami sering dibayangi episod hitam saya pkul isteri saya itu.

Sekiranya bergaduh, isteri saya akan mengungkit saya pernah pkul dia, suruh cerraikan dia. Saya sangat benci perkataan cerrai!

Sehingga kini, apa yang isteri saya lafazkan, perkara ini terjadi. Kami dalam proses bercerrai kerana isteri memfailkan cerrai dimahkamah kerana saya mengamuk lagi.

Saya mengamuk kerana isteri bila memarahi saya, dia memarahi saya sepenuh hati. Seolah olah saya buat silap yang teruk sangat padahal saya lupa basuh cawan lepas guna.

Kebetulan ada panggilan telefon waktu itu jadi saya lupa nak basuh cawan. Isteri saya melempar ke dalam tong sampah.

Cawan itu cawan kegemaran saya tetapi sudah kotor terkena sisa sampah, saya jadi geli nak gunakannya semula.

Saya hilang sabar dengan isteri saya dan pkul isteri saya lagi. Saya sangat geram dengan isteri kenapa perkara kecil dia besar besarkan dan mencabar kesabaran saya.

Saya sudah cuba bersabar sehabis boleh, saya pernah melutut merayu pada isteri saya ketika dia marah.

Saya peluk dia tetapi dia meronta ronta macam orang kena rasuk. Dia marah tak ingat dunia. Dia ungkit segala kesalahan saya yang lepas.

Saya berlari menyorok dalam stor dan kunci pintu supaya isteri saya reda. Tetapi dia buka kunci pintu dan sambung memarahi saya.

Akhirnya sekali lagi saya hilang sabar dan pkul isteri saya lagi.

Saya rasakan saya gagal jadi suami. Saya seorang penyabar tetapi apabila diberi tekanan yang sangat berat, saya akan hilang sabar.

Saya terkilan kenapa saya sudah beri apa yang terbaik.

Isteri saya sayang saya, tetapi jika tersilap isteri saya akan mendengus dan memarahi saya semahu-mahunya.

Isteri saya paling kuat marah bila dia baru pulang kerja, pantang ada silap pasti akan dimarah teruk teruk.

Isteri saya sudah failkan pencerraian beserta rekod rekod dia kena pkul dengan saya. Kemungkinan saya boleh dipenjarakan.

Saya mohon pada para isteri, kawallah kemarahan awak semua. Tolonglah sayang pada suami, jangan mengharapkan suami sentiasa faham anda.

Suami pun manusia biasa ada perasaan dan perlu difahami juga.

Jangan dicabar kesabaran suami, tak ada kebaikan langsung malah makin memburuk.

Akhir kata kami para suami jaga akan dipersalahkan contohnya saya.

Nasi sudah jadi bubur, isteri saya dah benci pada saya. Kalau saya sudah jadi duda, saya tak nak berkahwin lagi sebab saya pernah buat silap paling teruk.

Para suami tolong jangan sesekali naik tangan pada isteri.

Jangan jadi macam saya, manusia tak berguna dan tak pernah berguna bak kata isteri saya.

BACA :“Aku tak boleh pertahan isteri bila kena kondem dengan mak aku, bila mak aku buka mulut je, isteri aku tak nak kalah, ada je nak menjawab”