Semalam tular di aplikasi X video sekumpulan lelaki berperwatakan wanita mengamuk di hadapan sebuah butik kerana berang tidak dibenarkan masuk.
Menurut individu yang memuat naik video itu, kejadian berlaku di butik H&M di Lot 10, Bukit Bintang.
“Kau buka pintu sekarang! Open! Buka!” kata salah seorang daripada mereka, tetapi tidak diendahkan oleh kakitangan premis berkenaan.
Turut kelihatan banyak wang kertas yang bertaburan di lantai dipercayai dilempar pada pintu butik tersebut.
Dalam pada itu, salah seorang lelaki itu menjerit mengatakan mereka adalah ‘pondan oversea’.
“I pondan oversea tau!”
Semakan di X mendapati, tiga lelaki terbabit didakwa pernah mencuri dan menjadi punca mereka bertiga tidak dibenarkan masuk.
“Pondan ini mencuri ye, sebab itu diorang tak bagi masuk. Dah banyak tempat diorang mencuri, ada bukti CCTV semua. Last-last (staff) kena bayar balik, beribu jugalah. Bagi malu je.
“Dapat tahu dari member pondan juga. Diorang ni pergi TRX, mencuri. Lepas tu masuk Charles & Keith mencuri lagi. Itu yang tak dapat masuk H&M tu. Ada orang inform kot, then tunjuk bukti. Nah, kedapatan sudah,” kata sumber.