Minta baiki masalah pendawaian elektrik, pemilik rumah terkejut kena bayar RM12,000!

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Seorang pemilik rumah terkejut apabila dikenakan caj sebanyak RM12,715 oleh seorang juruelektrik bagi membaiki peranti suis

mekanikal pada hari pertama sambutan Tahun Baharu Cina, menurut laporan The New Paper hari ini.

Lelaki yang dikenali sebagai Andy itu kemudian mengemukakan soalan di laman sembang Facebook ‘Home DIY’

Minta baiki masalah pendawaian elektrik, pemilik rumah terkejut kena bayar RM12,000!

Singapura untuk mencari jawapan sama ada harga yang dikenakan pada waktu malam itu adalah normal.

Menurut Andy, dia memilih untuk menggunakan khidmat juruelektrik tersebut selepas mencari maklumat di enjin carian Google setelah gagal memulihkan bekalan tenaga elektrik di rumahnya pada pukul 11 malam (waktu tempatan), Sabtu lalu.

Andy kemudiannya berkongsi di Facebook pada keesokan harinya: “Tiada resit atau invois tetapi dia (juruelektrik) membuat perincian harga untuk saya selepas saya memintanya.”

Butiran harga tersebut merangkumi panggilan pada waktu malam dan penyelesaian masalahnya

BACA: “Suami balik kerja, makan minum sedia terhidang, baju dia bersepah, aku macam bibik kutip, dia masih rasa rumah ini macam neraka?”