Ini kronologi pesawat terhempas boleh terbenam sampai 2 meter ramai nak tahu

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Pada hari Selasa (13 Februari 2023), sebuah tragedi pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang pada awal petang telah menggemparkan rakyat.

Kejadian ini melibatkan pesawat jenis BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-P00C milik Air Adventure Flying Club,

Dan mengakibatkan dua mangsa maut, termasuk juruterbang.

Ini kronologi pesawat terhempas boleh terbenam sampai 2 meter ramai nak tahu

Diketahui bahawa dua individu yang menjadi mangsa, termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang,

telah kehilangan nyawa mereka. Kedua-dua individu itu dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat dalam tanah lebih dari dua meter, di kawasan ladang kelapa sawit.

Berikut adalah kronologi kejadian sebelum tragedi berlaku untuk makluman lebih lanjut.

Pada jam 1.28 tengah hari, pesawat ringan BK 160 Gabriel dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Walau bagaimanapun, pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara tujuh minit selepas berlepas daripada lapangan berkenaan. Tiada panggilan kecemasan daripada juruterbang pesawat diterima.

Susulan itu, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur diaktifkan serta-merta bagi mengenal pasti lokasi pesawat.

Pada jam 1.45 petang, pesawat itu dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat sedalam lebih dua meter, di kawasan tersebut.

Pada jam 1.56 petang, Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan mengenai pesawat itu terhempas di sebuah kawasan ladang sawit.

Pada petang tadi, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan dua mangsa maut dalam nahas terbabit.

Mangsa pertama, Daniel Yee Hsiang Khoon (juruterbang), 30, dan Roshaan Singh Raina (pembantu juruterbang), 42.

Kedua-dua mangsa berasal dari Johor dan Pulau Pinang, namun dipercayai menetap di Selangor

Siasatan awal mendapati, pesawat dipercayai melakukan penerbangan rekreasi sebelum terjunam di kawasan ladang kelapa sawit dengan 45 peratus badan pesawat terbenam ke dalam tanah.

Operasi membawa ke luar mangsa terpaksa menggunakan jengkaut dari pihak berkuasa tempatan.

Seramai 150 anggota dari pelbagai agensi, terlibat dalam usaha mengeluarkan mayat dengan pencarian serpihan bangkai pesawat dilakukan dalam lingkungan 50 meter radius.

Kedua-dua mayat berjaya di bawa keluar dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

BACA: “Suami balik kerja, makan minum sedia terhidang, baju dia bersepah, aku macam bibik kutip, dia masih rasa rumah ini macam neraka?”