“Dimana silapnya saya, isteri langsung tak boleh kena tegur, tak boleh disuruh langsung, diajak solat pun tak nak”

Oleh DAHLIA MARZUKI

Assalamualaikum Admin. Minta siarkan luahan hati saya sebagai suami dan seorang Ayah. Saya dahulunya seorang penuntut di sebuah kolej swasta.

Dalam tempoh 3 tahun belajar di kolej tersebut, saya berkenalan dengan seorang perempuan.

Dalam perkenalan akhirnya kami bercinta. Umur saya jauh beza dengan perempuan tu. Dalam 5 tahun beza.

"Dimana silapnya saya, isteri langsung tak boleh kena tegur, tak boleh disuruh langsung, diajak solat pun tak nak"

Dalam perkenalan tu sebagai kekasih, saya selalu pert4hankan teman wanita saya. Apa keadaan sekalipun saya mesti pertahankan dia.

Zaman kolej, perempuan ni dah ramai “orang pakai” sebelum saya kenal dengan dia. Dia belajar di kolej tu selama 4 tahun. Jadi masa zaman kenal – kenal dulu, kami pun pernah terlanjur bersama. Ya salah saya. Tapi saya memang berniat untuk jadikan dia isteri.

Bila kami dah bersama, budak – budak lain tak berani kacau dia sebab diorang memang kenal siapa saya sebenarnya di luar. Selepas 3 tahun kami pun kahwin dalam 2013. Sehingga sekarang kami dikurniakan 3 orang anak (semua lelaki). Kisahnya bermula di sini..

Dalam tempoh 10 tahun kami kahwin, pelbagai asam garam telah kami tempohi. Berg4duh kemudian berbaik semula. Naik kes mahkamah. Macam – macam lagi la. Ulang – ulang selama 10 tahun lebih. Sehinggakan suatu ketika dulu disebabkan nak berbaik saya sanggup pindah kerja di Johor (sebab isteri dulu balik kampung dan kerja di sana).

Alasan utama kerana nak berbaik semula dan rindukan anak – anak sebab isteri bawa lari semua anak – anak. Semasa di Johor saya memang tak nak duduk rumah mertua. Sebab saya fikir tak selesa duduk ramai – ramai (termasuk kakak ipar, 2 adik ipar perempuan, 3 adik ipar lelaki dalam satu rumah). Jadi saya cadangkan cari bilik sewa.

Kami dapat bilik sewa di sana. Kami hidup masa tu 4 beranak (yang bongsu belum lahir lagi). Sewaktu kami menyewa di sana, isteri kerja stesen minyak. Dan saya kerja office sebagai HR di sana. Kemudian isteri berhenti kerja masuk kerja kilang bahagian sales di Johor.

Kami hidup macam biasa. Akhir sekali saya dapat panggiIan dari Mak saya suruh balik ke negeri asal sebab mak saya bagi duduk sewa rumah sebeIah (rumah mak dengan rumah sewa kepunyaan mak saya). Jadi kami bincang dan saya balik dulu ke negeri asal.

Waktu tu dalam tempoh 2 minggu saya tinggalkan isteri di Johor bersama anak – anak saya, isteri masa tu pindah rumah family dia. Dalam tempoh tersebut isteri ada kantoi curang belakang saya dengan executive kilang tempat dia kerja (suami orang).

Sebab masa kami duduk menyewa di sana, saya selalu perasan dan nampak phone isteri lock. Dan setiap kali nak parking kereta isteri mesti akan check phone dulu. Jadi sebagai suami, macam biasa saya meng4muk la. Call Manager HR kilang dia kerja. Buat report polis.

Sebab memang terang – terang kantoi (isteri pun mengaku) buat benda tak senonoh dalam kereta lelaki tu. Saya p4ksa isteri balik ikut saya. Dan kami pun anak beranak menetap di negeri saya. 2021 hingga 2023 banyak c4baran kami sebagai suami isteri.

Berg4duh, bertekak, baik semula. Apa yang buat saya terfikir dan termenung kenapa nasib saya jadi macam ni. Di mana silapnya saya. Isteri langsung tak boleh ditegur. Tak boleh diarahkan. Tak boleh disuruh. Solat pun tak.

Mengaji memang dia tak tau pun. Dia sentiasa tak puas hati dengan saya. Suruh buatkan air satu gelas pun jadi isu. Kadang – kadang hal anak pun boleh g4duh. Untuk pengetahuan semua, buat masa ni isteri bekerja dalam bahagian sale juga.

Sebab dia mula – mula minta nak kerja. Saya cakap kalau nak kerja jangan buat hal. First 3 bulan kerja dah kantoi masuk karaoke (katanya ramai – ramai dengan rakan – rakan sekerja di KL) memang saya marah. Waktu tu dia ada kursus di KL.

Kemudian macam biasa dia pergi kerja balik kerja. Untuk pengetahuan semua saya pun kerja sendiri buat sales sekarang. Segala urusan rumah, anak – anak sekolah, ajar anak -anak buat kerja sekolah, semua saya uruskan sendiri.

Dari bangun tido sampai tido semua saya uruskan. Kecuali bab memasak dan melipat baju itu isteri yang buat. Lain – lain semua saya uruskan. Bagi saya tak ada istilah penat pun sebab saya dari kecik dah biasa buat benda – bend macam tu.

Layanan isteri terhadap saya sangat dingin. Bila bercakap dengan saya mesti nak marah – marah. Tak tau nak hormat saya sebagai suami. Tak tau cakap lemah lembut depan suami. Tapi kalau dengan kawan – kawan dia bukan main lembut lagi bercakap.

Bab layanan batin, boleh dik4takan dia memang tak nak layan dah. Kadang – kadang sampai kami berg4duh sebab saya minta untuk bersama. Bab nafkah zahir takda isu. Sebab semua saya bagi macam biasa. Kadang – kadang ada la terlupa sebulan dua macam tu.

Biasalah manusia kan. Banyak benda saya kena uruskan sendiri dan uruskan hal – hal kerja. Dia nak kereta saya bagi, kereta siap tukarkan nama terus atas nama dia. Saya takde halangan dia nak keluar ke sana sini atas urusan kerja atau urusan buat business.

Cuma saya pesan, sekurangnya bagitau lah saya kalau nak pergi mana itu saja. Tapi macam biasa tak bagitau pun. Bila saya tanya pergi mana terus kena marah. Kalau ikutkan baran saya sebagai lelaki memang dah lama kena makan tangan dari saya.

Cuma saya tak nak sampai tahap macam tu nanti dia bawak lari anak – anak saya lagi. Sebab anak – anak pun dah sekolah. Saya pun dah buntu tak tau nak buat apa sekarang. Sampai waktu ni dah dekat 5 bulan kami tak bersama.

Macam saya cakap tiap kali saya nak bersama mesti akan berg4duh. Saya ada terfikir untuk poligami. Cuma saya takut anak – anak tak boleh terima sebab diorg masih kecik lagi.

Dari segi kemampuan duit, nafkah, harta – harta fizikal tak ada masalah bagi saya. Saya pun tak tau dekat mana salah saya. Suami dan Ayah yang buntu…

Komen W4rganet :

Babah Azhraf : Susah tu kalau tak hormat suami, tuhan pun dia tak hormat. Perbaiki solat, jangan tinggal solat. Lebihkan solat sunat. Banyakkan berdoa. Nak tinggal, kesian anak – anak.

Tapi baik tinggal je. Pergi mahkamah, dapatkan hak penjagaan anak – anak. Perempuan tu tak layak jaga anak. Not a good mother. Poligami tak selesaikan masalah.

BACA: “Aku nampak suami masuk dapur tegur isteri baru dia dengan penuh manja, lepas dia perasan aku ada di dapur, dia pun tiba-tiba diam”