Jangan cuba untuk menggunakan dapur kaca, kerana ia boleh menyebabkan bahaya kepada diri sendiri.
Terdapat pelbagai jenis dapur gas, termasuk yang diperbuat daripada keluli tahan karat,
Tetapi yang paling popular adalah dapur gas kaca yang dipasang ke dalam meja dapur.
Banyak ibu rumah tangga yang memilih dapur jenis ini kerana ia kelihatan halus dan bergaya.
Walaupun dapur ini kelihatan cantik, ia sebenarnya agak berisiko.
Ada beberapa kejadian di mana dapur gas kaca telah meletup dan pecah.
Memang rugi jika membeli dapur yang mahal tetapi lebih rugi lagi jika mengabaikan keselamatan diri sendiri.
Oleh itu, dalam artikel ini akan memberikan beberapa tips untuk menjaga dapur kaca, kerana kebanyakan kejadian yang berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian kita sendiri.
Jadi, berhati-hatilah!
1. Berhati-hati dengan berat periuk
Penting untuk memahami bahawa dapur gas jenis ini tidak boleh menanggung beban yang terlalu berat.
Elakkan dari menggunakan periuk besar untuk memasak makanan dalam jumlah yang banyak dan berat.
Jangan hanya meletakkan periuk berat di atasnya.
Dapur gas jenis kaca biasanya tertanam dalam kabinet, oleh itu tidak mampu menanggung beban yang terlalu berat.
2. Jangan menggunakan kain basah untuk menyapu dapur
Selepas memasak, biasanya terdapat sisa-sisa makanan yang terjatuh di atas dapur.
Bagi mereka yang menggunakan dapur gas kaca, elakkan menyapu dapur dengan segera terutamanya dengan menggunakan kain basah kerana ia berisiko tinggi. Tunggu sehingga permukaan dapur sejuk sebelum menyapunya.
3. Perhatikan ruang di bawah dapur
Dapur kaca direka khas dengan saiz kabinet untuk memastikan terdapat ruang udara di bahagian bawahnya.
Sangat berbahaya jika dapur kaca diletakkan di atas kabinet tanpa ruang udara yang mencukupi.
Panas yang terkumpul boleh menyebabkan kaca pecah kerana suhu yang tinggi.
4. Jangan masak terlalu lama
Hindari memasak terlalu lama dengan dapur kaca. Terdapat had penggunaan bagi dapur jenis ini. Memasak terlalu lama boleh menyebabkan dapur menjadi terlalu panas dan berisiko meletup.
5. Pastikan dapur kaca berkualiti
Jika ingin membeli dapur kaca, pastikan ia berkualiti dan diiktiraf.
Lebih baik beli yang sedikit mahal tetapi pastikan keselamatan anda, daripada beli yang murah tetapi kualiti rendah yang boleh membahayakan anda.
Semoga bermanfaat.
Baca:Tak perlu beratur berjam-jam di JPJ, kini boleh renew roadtax sepantas kilat di MyJPJ