Rupanya ini rupa sebenar kupu-kupu sebelum boleh terbang!

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Serangga yang dikenali sebagai kamitetep, atau secara saintifiknya dikenali sebagai Phereoeca Uterella, merupakan ancaman yang serius jika ia berbiak di dalam rumah.

Walaupun ia berada dalam kepompong, ulat yang terdapat di dalamnya mampu menggigit dan menyebabkan kesakitan yang teruk.

Gigitan ini juga boleh menyebabkan gatal-gatal, lebam, lepuhan, dan parut pada kulit.

Rupanya ini rupa sebenar kupu-kupu sebelum boleh terbang!

Sebenarnya, serangga ini merupakan perosak yang akan berubah menjadi kupu-kupu apabila dewasa.

Mereka memakan fabrik untuk menyokong kehidupan mereka, dan juga akan merosakkan kain dan pakaian dalam almari.

Gigitan mereka boleh menyebabkan bengkak dan lebam yang berlarutan selama beberapa hari.

Terdapat pelbagai cara untuk mencegah dan menghapuskan serangga ini agar tidak berbiak di dalam rumah.

Cara atasi masalah serangga kamitetep
1. Pastikan ruang simpanan baju atau almari pakaian tidak lembap.

2. Jaga kebersihan kawasan rumah terutamanya habuk yang banyak dan barang-barang tidak digunakan lagi.

3. Pastikan pakaian yang dibasuh betul-betul kering sebelum disimpan di dalam almari atau tempat simpanan pakaian.

4. Jika terdapat kehadiran kamitetep, lakukan pembersihan dan penyelenggaraan di seluruh ruang dan hapuskan segera serangga itu.

5. Pastikan sarang labah-labah atau sawang dibersihkan kerana ia adalah tempat disukai oleh serangga unik ini.

6. Ketika mahu membasmi serangga kamitetep ini, disarankan menggunakan alatan pembersihan bagi mengelak berlakunya gigitan.

Apa yang penting adalah anda perlu menjaga kebersihan rumah, sapu debu dan sawang untuk mencegahnya daripada terus membiak.

BACA: “Andai kau ambil nyawaku, beri aku sedikir rasa bahagia di akhir usiaku, 20 tahun kahwin aku tak pernah rasa sekelumit bahagia”