Nak pencen awal, tapi tak tahu macam mana prosedurnya, ramai penjawat awam nak tahu caranya

Oleh AHMAD SULAIMAN

Bekerja dalam sektor kerajaan merupakan impian banyak individu disebabkan peluang untuk mendapat peningkatan gaji dan pelbagai elaun yang ditawarkan.

Oleh itu, banyak yang membuat permohonan pekerjaan dalam sektor kerajaan menerusi platform SPA9 secara dalam talian.

Namun, selepas bekerja untuk tempoh yang agak lama di tempat yang sama, ramai individu mungkin merasa stagnan

Nak pencen awal, tapi tak tahu macam mana prosedurnya, ramai penjawat awam nak tahu caranya

Dan mahu mencari pengalaman baru seperti berpindah ke sektor swasta, menceburi bidang perniagaan sepenuh masa, dan sebagainya.

Terdapat juga golongan yang mungkin ingin bersara lebih awal disebabkan faktor-faktor peribadi seperti keperluan keluarga seperti berpindah ke luar negara atau pertukaran kerjaya seperti menjadi suri rumah sepenuh masa.

Bagi penjawat awam yang ingin bersara lebih awal dari tarikh yang ditetapkan, mereka sebenarnya boleh memohon untuk bersara secara pilihan.

Menurut laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Persaraan Pilihan ditetapkan di bawah Seksyen 12 Akta 227/239.

Syarat-syarat untuk memohon persaraan pilihan termasuklah menjadi anggota tetap yang telah disahkan dalam jawatan dan berstatus berpencen, berumur 40 tahun ke atas, dan memiliki tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun.

Ganjaran dan wang gantian cuti rehat khas akan dibayar pada tarikh persaraan pemohon, tidak mengira tarikh lantikan.

Bagi penjawat awam yang dilantik sebelum 12 April 1991, wang pencen akan dibayar pada umur 45 tahun bagi anggota perempuan.

Anggota lelaki pula akan mula mendapat bayaran pencen ketika berusia 50 tahun. Perkara ini termaktub bagi semua jenis penjawat awam kecuali:

1. Pegawai Perkhidmatan Bomba (Gred KB11/KB10)

2. Pegawai Polis (dari Gred Y14 hingga Y7) atau

3. Pegawai Penjara (dari Gred KX12 hingga KX6)

4. Jururawat Hospital Mental

Manakala, penjawat awam yang dilantik selepas 12 April 1991, pencen akan mula dibayar apabila pemohon mencapai umur 55 tahun bagi pegawai lelaki dan perempuan.

Untuk makluman, permohonan persaraan pilihan perlu mendapat sokongan dari Ketua Jabatan dan dikemukakan tiga bulan dari tarikh diperakukan untuk bersara oleh jabatan

Selain itu, pemohon juga perlu mengemukakan laporan tapisan keutuhan Badan Pencegah Rasuah bagi penjawat awam Gred 27 dan ke atas sahaja.

BACA: Mila Jirin dedah pendapatannya cecah RM50 juta setahun, jadi jutawan hasil berniaga katering