Guna 4 bahan ni saja, memang licin anak makan

Oleh INFORAKYAT

Hanya guna 4 bahan ini saja, anak berselera makan. Kaum ibu pun tak perlu ‘bersilat’ di dapur menyediakan hidangan.

Perkongsian daripada Facebook Dapur Hamizah ini mungkin dapat memberi idea kepada anda untuk masak apa nanti:

Antara menu kesukaan anak-anak ialah ayam rebus bersama shitake mushroom.

Guna 4 bahan ni saja, memang licin anak makan

Maknya makan waktu hujan hari tu. Msa sejuk makan panas-panas hirup kuah… pergh syahdu.

Anak-anak cuba terus jadi kegemaran mereka sekarang.

Sekarang, mereka asyik minta menu ni je memanjang.

Maknya lagi suka sebab menu ini sangat ringkas dan memang malas nak masak yang renyah-renyah.

Rebus sampai mendidih iaitu sampai ayam masak. Memang licin mereka makan. Ratah begitu je..

Guna 4 bahan sahaja:

Ayam (mesti whole leg)
Bawang putih
Cendawan shitake
Serbuk lada hitam

BACA: Ini resipi kepak ayam pedas manis anda patut cuba!