Semua kakitangan syarikat ini dapat bonus RM20k sempena Tahun Baru Cina

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Semua kakitangan syarikat yang terkenal dengan pembuatan barangan mewah termasuk beg tangan wanita.

Hermes akan mendapat bonus sebanyak 4,000 euro (RM20,546) pada tahun ini, lapor portal berita MSNews hari ini.

Pengumuman bonus itu berlaku selepas syarikat tersebut melaporkan keuntungan besar sebanyak 4.3 bilion euro (RM22.09 bilion) pada 2023.

Semua kakitangan syarikat ini dapat bonus RM20k sempena Tahun Baru Cina

Bonus untuk kakitangan Hermes telah didedahkan dalam laporan hasil jualan tahun lalu yang dikeluarkan semalam dan kebetulan diumumkan menjelang Tahun Baru Cina.

Bonus itu diagih-agihkan di bawah dasar berkongsi hasil pertumbuhan dengan semua kakitangan yang menyumbang kepada keuntungannya.

Dalam laporan itu, Pengerusi Eksekutif Hermes, Axel Dumas berkata, jenama yang beribu pejabat di Paris, Perancis itu mencapai prestasi cemerlang di semua rantau di dunia.

Perolehan yang disatukan syarikat itu adalah berjumlah 13.4 bilion euro (RM68.83 bilion) untuk tahun tersebut, peningkatan sebanyak 16 peratus pada kadar pertukaran semasa dari 2022.

Menjelang akhir Disember tahun lalu, semua kawasan geografi yang menjadi sasaran jualan jenama itu mencatatkan prestasi kukuh dengan pertumbuhan homogen sekitar 20 peratus, kata Hermès.

BACA: “Suami mengamuk tiba-tiba sampai pintu pecah ditumbuknya, puncanya anak terhantuk masa bermain dengan dia”