Jualan produk Nestle di negara ini dilapor menjunam susulan boikot ke atas jenama makanan itu

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Kempen boikot ekoran keganasan di Palestin yang sudah menjangkau empat bulan itu menyaksikan minuman Milo dijual jauh lebih murah.

“Dasyatlah boikotnya.. sekarang lagi murah dari jenama Lotus!,” kata Ihsan Zainal sambil berkongsikan foto perbandingan harga antara kedua-duanya.

Menerusi gambar itu, minuman kotak Milo dijual RM4.48 manakala minuman coklat dari jenama Lotus dijual pada harga RM4.98.

Jualan produk Nestle di negara ini dilapor menjunam susulan boikot ke atas jenama makanan itu

Rata-rata warga maya menggesa supaya kempen boikot diteruskan memandangkan genosid di Palestin masih berlaku malah semakin ganas.

“Jangan beli… teruskan sampai expired semua ni.

“Teruskan biar sampai basi.

“10 sen jual pun tak beli aih,” antara kata warganet.

Dalam masa sama, ada menyarankan supaya gerakan boikot diperluas kepada barangan mahal.

“Kuasa boikot boleh menurunkan harga barang. Jom boikot barang-barang yang mahal selain barang-barang Israel. Pasti boleh turunkan harga,” kata pengguna Facebook,
Nor Syuhada.

Walau bagaimanapun, tawaran harga rendah untuk minuman Milo itu dikatakan hanya terdapat di pasaraya Lotus manakala tempat lain harga masih kekal lagi.

Untuk rekod, produk Nestle di Malaysia turut menerima kesan boikot walaupun mempunyai sijil pengesahan Halal dan 90 peratusnya dihasilkan di Malaysia.

Masyarakat Malaysia juga dilihat beralih kepada jenama lain sebagai alternatif sekaligus membantu perkembangan perniagaan tempatan.

Baca: “Adik dari kecil sakit, ayah anggap adik anak sial, adik dilayan macam binatang, sepanjang hidup dia 2 kali je adik keluar rumah”