Buaya dah rosak! 70 tahun hidup tak reti makan daging hanya makan nasi

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Apabila menyebut mengenai buaya, kebanyakan orang mungkin terbayangkan haiwan pemangsa yang ganas dan berpotensi membahayakan manusia.

Namun, di India, terdapat seorang buaya yang berbeza dari anggapan umum tersebut.

Di Kuil Danau Swamy Sri Ananthapura di utara Kerala, India, terdapat seekor buaya yang dikenali sebagai Babiya yang mesra dengan pengunjung dan orang ramai.

Buaya dah rosak! 70 tahun hidup tak reti makan daging hanya makan nasi

Babiya ini dikenali sebagai ‘vegetarian’ kerana hanya memakan nasi.

Setiap hari, Babiya akan masuk ke kawasan kuil dan menunggu pendeta membawa prasad (campuran nasi dan jaggery) sebagai makanannya. Ia telah berada di kuil tersebut selama hampir 70 tahun dan selama tempoh itu, Babiya hanya memakan nasi.

Asal usul Babiya yang berada di kuil tersebut tidak diketahui dengan pasti. Ia telah berada di sana untuk jangka masa yang sangat lama sehingga dianggap sebagai pengunjung biasa dan tidak menimbulkan ketakutan kepada orang ramai.

Selain itu, Babiya tidak pernah menunjukkan tindakan ganas atau bahaya kepada orang ramai. Ia dianggap sebagai haiwan suci oleh pendeta kuil dan tidak pernah menyerang ikan yang hidup di kolam bersamanya.

Menurut seorang petugas kuil, Babiya diberi makan sebanyak 1 kg beras setiap hari dan tidak pernah diberi daging. Legenda di sekitar kuil menyatakan bahawa pada tahun 1945,

buaya yang dikenali sebagai Babiya muncul di kolam kuil selepas seorang pegawai tentera British dibunuh secara misteri oleh haiwan yang tidak dikenali.

Pegawai tersebut dikatakan telah menembak buaya yang berada di kuil pada masa itu, dan diyakini bahawa buaya itu adalah Babiya.

BACA: ‘Leceh bawa orang tua mai mall’ respon Che Ta diusik Zain Saidin buat netizen ketawa