Kenapa perlu umum calon PM lain? Muhyiddin masih Pengerusi PN – Hamzah

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin masih layak untuk dinamakan sebagai calon perdana menteri, kata Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Perkara tersebut ditegaskan Hamzah ketika mengulas tentang desas-desus gabungan tersebut

Mereka mempunyai calon lain untuk dinamakan sebagai perdana menteri menggantikan Muhyiddin.

Kenapa perlu umum calon PM lain? Muhyiddin masih Pengerusi PN – Hamzah

“Tan Sri Muhyiddin adalah presiden saya, beliau tidak ada apa-apa salah, beliau pernah menjadi perdana menteri, beliau turun hanya kerana sebilangan dari UMNO atau Barisan Nasional menarik sokongan kepadanya.

“Adakah adil untuk mengatakan beliau meletak jawatan? Tidak. Beliau masih ada peluang. Tidak ada salah untuk kami menawarkan beliau sekali lagi sebagai perdana menteri.

“Kenapa perlu kami tiba-tiba mahu umum kami ada calon lain sedangkan beliau adalah pengerusi Perikatan Nasional buat masa ini?” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PN pada Khamis.

Beliau turut menafikan wujudnya situasi “tidak gembira” dalam kalangan ahli parti dalam gabungan itu berhubung isu calon perdana menteri dari PN.

Dalam sidang media itu juga, Hamzah menafikan dakwaan terdapat pemimpin dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk dirinya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merisik jawatan tertentu.

“Yang orang kata itu fake (palsu), saya nak maklumkan saya tak pernah berjumpa Anwar Ibrahim semenjak dia jadi perdana menteri, terjumpa di Parlimen tu adalah.

“Mana ada, saya nak bagitahu baru-baru ini ada mesyuarat MPT Bersatu, semua yang dituduh itu bersumpah, “Wallahi tak pernah jumpa Anwar Ibrahim”, jadi tak ada lah kot,” katanya lagi.

Beliau juga menafikan terdapat lapan lagi Ahli Parlimen pembangkang akan menyatakan sokongan kepada Anwar.

Mengulas mengenai demonstrasi yang akan dilakukan oleh Bersih bagi membantah pengurangan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, Hamzah menjelaskan, Perikatan Nasional perlu berbincang dengan gabungan tersebut terlebih dahulu.

Menurut Hamzah, kedua-dua pihak perlu sepakat mengenai matlamat untuk mengadakan perhimpunan.

BACA: Rupanya ini sebab bola sepak dapat dana lebih besar dari sukan lain ramai tak tahu