Ini cara mak – mak hilangkan rasa pahit mee kuning padanya

Oleh DAHLIA MARZUKI

Biasanya apabila memasak mi kuning, biasanya akan ada rasa kapur kan?

Dengan cara ini, dapat mengurangkan selera makan kerana rasa kapur pada mi kuning tersebut tidak enak.

Jika masak mi goreng, mungkin akan sedikit kurang rasa kapurnya, tetapi jika dimasak mi kuah atau mi kari, rasa kapurnya akan terasa lebih kuat.

Ini cara mak – mak hilangkan rasa pahit mee kuning padanya

Oleh itu, ramai orang rendam dahulu mi tersebut untuk menghilangkan rasa kapur.

Untuk lebih mudah, boleh ikut cara yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok di akaunnya.

Cara mudah hilangkan kapur pada mi kuning:

1. Letakkan mi kuning ke dalam periuk atau bekas yang sesuai.

2. Kacau-kacau mi kuning itu supaya air meresap ke semua bahagian mi.

3. Tuangkan air sehingga mi tenggelam sepenuhnya.

4. Kemudian, tambah sedikit gula merah atau gula putih. Gaul hingga semuanya bercampur rata.

5. Rendam mi tersebut selama kira-kira 15 hingga 30 minit untuk menghilangkan rasa kapur.

6. Lepas itu, basuh mi sekali lagi dan toskan.

Mi ini siap untuk digunakan dalam pelbagai resepi mi kegemaran anda.

Selamat Mencuba!

Baca:“Aku ingat aku paling disayangi oleh mak mertua, rupanya tidak, dia jadi batu api kepada sekalian umat manusia dalam family mertua”