Isu kesihatan mental semakin menjadi masalah yang meluas di kalangan penduduk Malaysia.
Pada tahun 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan bahawa 2.3 peratus daripada orang dewasa
Dan 9.5 peratus daripada kanak-kanak berusia 10 hingga 15 tahun mengalami masalah kesihatan mental.
Peratusan ini dijangka terus meningkat.
Keadaan ini disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk tekanan ekonomi dan cabaran persekitaran yang semakin meningkat setiap hari.
Berbagai usaha seperti penubuhan talian bantuan kesihatan mental diteruskan bagi mengelakkan keadaan ini daripada menjadi lebih teruk.
Selain daripada itu, bagi sesiapa yang potensi mengalami masalah mental, pemakanan yang berkhasiat juga amat penting untuk memastikan keadaan mental yang baik.
Ini disebabkan kesihatan otak berkait rapat dengan sistem penghadaman manusia.
Usus sebagai “otak kedua”
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kumpulan Penyelidik GUT di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, minuman probiotik VITAGEN yang mengandungi Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei telah terbukti secara klinikal dapat membantu meningkatkan tahap serotonin dalam tubuh manusia.
Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa selepas mengambil dua botol VITAGEN setiap hari selama 12 minggu, terdapat peningkatan hampir 47 peratus dalam tahap serotonin serta peningkatan sebanyak 7.1 peratus dalam skor kualiti hidup.
Tahukah anda, kira-kira 95 peratus daripada hormon serotonin, yang membantu meningkatkan ‘mood’ anda dan mengurangkan tekanan yang dihasilkan di dalam usus.
Serotonin ialah bahan kimia semula jadi dalam otak yang memainkan peranan penting dalam mengawal perasaan dan menyumbang kepada keseimbangan emosi, kebahagiaan, dan ketenangan pada tahap yang normal.
Oleh itu, jika seseorang mengalami kekurangan serotonin, ia sering dikaitkan dengan keadaan kemurungan dan mungkin memerlukan ubatan dalam rawatan masalah mental seperti kemurungan dan gangguan mood.
Walaupun terdapat pelbagai neurotransmiter yang hampir sama dari segi biokimia di dalam otak, namun bahan kimia ini secara tidak langsung memasuki otak tetapi memberi isyarat kepada sistem saraf pusat melalui probiotik.
Para saintis mengklasifikasikan usus sebagai “otak kedua” kerana ia tidak hanya berhubung dengan otak melalui sistem saraf, tetapi juga melepaskan neurotransmiter seperti serotonin yang penting untuk kesejahteraan mental manusia dan mempengaruhi emosi mereka.
Oleh itu, tidak menghairankan jika sesetengah orang berpendapat bahawa usus merupakan “otak kedua” manusia.
Walau bagaimanapun, tidak semua makanan mengandungi kadar probiotik yang mencukupi untuk tubuh manusia.
Biasanya, kita sering dengar tentang kebaikan probiotik dalam minuman susu kultur seperti VITAGEN.
Satu botol Vitagen mengandungi berbilion bakteria baik seperti Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei yang telah terbukti secara klinikal dapat meningkatkan sistem penghadaman dan memperkuatkan sistem imun.
Gabungan kedua-dua jenis bakteria ini dapat mengekalkan keseimbangan bakteria dalam badan dan melindungi sistem penghadaman daripada masalah seperti cirit-birit dan sembelit.
Selain itu, pengambilan Vitagen juga dapat meningkatkan pengeluaran hormon Serotonin yang membantu dalam kesejahteraan mental.
Menurut Pengurus Besar VITAGEN, Poh Eng Lip, hasil kajian klinikal ini menunjukkan Vitagen sebagai jenama terkemuka dalam minuman susu kultur di Malaysia.
Mari jaga kesihatan usus dan nikmati manfaat probiotik dengan minum Susu Kultur Vitagen setiap hari.
Baca :Pelanggan terkejut kena caj ‘tempat duduk’ RM20, baru duduk belum order dah kena caj