Sebelum ini, isteri penyanyi rap juga pernah menimbulkan kontroversi dengan penampilannya di hadapan orang ramai
Dengan tanpa memakai baju, hanya menutup bahagian payudaranya dengan sehelai bantal.
Isteri kepada penyanyi rap Kanye West sekali lagi menjadi tumpuan netizen selepas gambar yang menunjukkan dia hanya mengenakan ponco lutsinar menjadi viral.
Bianca Censori, 29 tahun, tidak memakai sebarang pakaian di bawah ponco plastik tersebut, hanya melengkapkan penampilannya dengan sepasang but hitam yang menutupi lututnya.
Sementara itu, Kanye pula menutupi seluruh wajahnya dengan topeng hitam dan mengenakan ponco berwarna hijau.
Netizen meminta agar Bianca diselamatkan sebelum terlambat.
Walaupun begitu, peminat juga berkongsi kebimbangan mereka mengenai Bianca berhubung pemilihan pakaian yang eksploitif baru-baru ini.
Selain itu, terdapat kebimbangan terhadap kesihatan mental Bianca, dengan beberapa netizen berpendapat bahawa wanita tersebut perlu diselamatkan daripada keterlaluan Kanye.
“Seseorang, tolong selamatkan wanita ini yang sedang hilang! Adakah sesiapa yang boleh membantunya?
“Di mana keluarganya? Dia perlu diselamatkan sebelum terlambat,” tulis seorang netizen.
Sebelum ini, Bianca juga telah menimbulkan kontroversi dengan penampilannya di hadapan orang ramai tanpa memakai baju, hanya menutup bahagian payudaranya dengan sehelai bantal