Assalamualaikum, mohon hide profil saya ya admin. Saya tak tahu nak mula dari mana, tapi saya hanya nak meluah, nak kan kata – kata semangat dari semua.
Semoga saya sentiasa kuat dan tenang untuk teruskan hidup ni.Saya ni pun bukanlah seorang isteri yang baik pun.
Cuma nak berkongsi cerita agar lepas sikit semua rasa berat beban di d4da ni.
Perkahwinan kami dah hampir nak masuk ke tahun yang ke-10. Bahagia tu ya, bahagia dengan cara tersendiri, bahagia dengan anak 3.
Tapi jauh di sudut hati aku, aku selalu tertanya – tanya sampai bila titik terakhir perkahwinan kami ni? Bahagia? ya bahagia tapi entah, tak pasti. Aku sendiri dilema dengan perasaan aku ni. Suami aku kakitangan kerajaan, orang – orang kenal dia sebagai seorang ustaz seorang imam, seorang yang dipandang mulia.
Pada pandangan orang, dia baik, ya memang baik. Di pandangan mata semua orang memang dia baik. Dia penceramah, dia imam, dia ustaz, segala bidang kerja dia ke arah keagamaan.
Aku tak pernah tahu gaji dia setiap bulan berapa, aku tak pernah tengok slip gaji dia tapi aku rasa mungkin anggaran gaji tetap dia dalam 6500++ sebulan.
Tak termasuk lagi kerja – kerja luar yang dia buat macam ceramah dan sebagainya setiap hari. Mungkin boleh cecah 2 – 3k sebulan atau lebih. Ya aku tak pernah tahu
. Aku tak pernah tahu pasal kewangan dia. Aku tak tahu duit dia ada berapa, aku tak tahu no pin kad bank dia, aku tak tahu password online banking dia dan sebagainya.
Aku tak pernah tahu dari awal kahwin sampai sekarang dah hampir 10 tahun perkahwinan. Kadang – kadang aku rasa apa maksud perkahwinan bagi kami ni? Jauh di sudut hati ni rasa banyak sangat rahsia di antara kami.
Aku selalu terbayang perkahwinan ni tiada rahsia antara suami dan isteri. Saling berkongsi kesemuanya tapi selepas aku masuk dalam dunia perkahwinan ni, yang aku tahu perkahwinan ni hanya TANGGUNGJAWAB semata – mata.
Tanggungjawab jaga makan pakai suami, tanggungjawab urus semua anak, tanggungjawab jadi seorang isteri. Suami aku memang jenis kuat bekerja, boleh dik4takan balik rumah hanya untuk tidur sahaja. Boleh bayangkan maksudnya macam mana tu?
Jadinya aku yang uruskan semuanya dari A to Z. Kalau aku tengah tidur, dia tengah santai main fon, anak ber4k pun dia p4ksa aku lah bangun basuh ber4k anak. Sampai berg4duh lah ceritanya. Bak kata orang orang kini, ustaz ni milik masyarakat, jadinya isteri kena berk0rban.
Suami aku ustaz tapi susah untuk berikan aku nafkah duit. Selalu jadi perg4duhan sekiranya aku soalkan isu ini. Bila aku minta, perg4duhan yang akan terjadi. Dia selalu kata, dah sediakan rumah, dah sediakan beras. Nak apa lagi? Semua dah cukup.
Ayat yang selalu keluar dari mulut dia, tak ada duit, tak ada duit. Duit tak cukup. Aku pun tak tahu betul ataupun saja dia cakap macam tu malas nak panjang cerita.
Aku dapat hint – hint yang suami aku ni banyak saving, beratus – ratus ribu tapi aku tak pernah tahu jumlah yang sebenarnya berapa dan aku tak pernah tahu betul atau tak.
Tapi bila minta nafkah duit, tak pernahnya di bagi kat aku dengan alasan dia tak ada duit, duit dia habis. Komitmen dia paling besar setiap bulan hanyalah kereta dia dan rumah dia RM3k macam tu. Dia bukan jenis kaki berhutang sana sini. Urusan kewangan memang sangat tiptop.
Aku hanya seorang isteri yang berniaga sepenuh masa, secara online. Berniaga ni kan income tak tetap, ada masa dapat lebih, ada masa kurang.
Tapi alhamdulillah tetap ada juga rezeki setiap bulan Allah bagi untuk aku. 3k ke atas tu insha Allah ada setiap bulan dan kadang – kadang tu lebih dari tu. Mungkin Allah gantikan dengan cara macam ni.
Kadang – kadang aku rasa apa guna perkahwinan ni, kalau aku sendiri kena surv1ve untuk diri sendiri. Nak apa semua kena cari sendiri, nak kena tanggung anak – anak lagi. Nak beli baju sehelai untuk anak pun aku sendiri kena cari, nak keluar berjalan cuti – cuti?
Aku nak keluar, aku sendiri lah kena keluarkan duit. Nak harapkan suami aku yang bawa kami keluar jalan – jalan dengan duit dia? Mimpilah. Tunggu dia bawa family dia berjalan, insha Allah dapatlah kami tumpang merasa keluar berjalan dengan duit suami.
Tapi itu lah dipandangan orang lain, suami aku lah yang kaya, yang senang, yang paling senang antara adik beradiknya. Hakik4tnya bini dia lah yang menanggung semua rasa tu. Sepanjang berkahwin, dalam erti kata mudah, dia tak perlu pun untuk menanggung aku.
Bestkan, mesti idaman para suami di luar sana. Berkahwin, ada orang jaga makan pakai semuanya tapi kita tak perlu tanggung bini kita. Kadang – kadang kita sebagai isteri, bila kita nampak baju lawa – lawa, kita cakap la pada suami, lawanya baju tu, nakk boleh?
Sebagai suami, kita pun belanja la isteri kita kan takat baju puluh ringgit tu tapi bukan pada aku. Kena herdik lagi ada la, ada duit sendiri beli la sendiri. Sedih memang sedih. Aku jenis seorang yang bukan mudah menangis depan orang. S4kit aku, aku tanggung sendiri.
Untuk menangis depan suami, memang bukan aku. Sambil taip ni pun menitis air mata aku tanpa sedar bila ingat kembali. Jangan pernah bermimpi nak rasa dapat hadiah dari suami walau coklat sebijik. Komitmen diri aku, aku surv1ve sendiri.
Kereta aku, aku sendiri bayar, bil fon aku sendiri bayar, hantar anak – anak mengaji, aku sendiri keluarkan duit yuran, support duit sekolah anak – anak lagi. Belum lagi kalau anak ada majlis apa – apa dekat sekolah, aku keluarkan duit semua itu ini.
Bantu lagi suami bayar bil api, bil parking kereta setiap bulan. Makan pakai anak – anak aku yang support. Budak – budakkan, setiap hari makan beras pun jemu jugak. Ada hari nak juga makan aiskrim, makan biskut, itu ini.
Aku nak beli tudung sehelai untuk diri aku pun, aku sendiri kena cari untuk diri sendiri. Servis keta aku, aku sendiri. Kereta aku rosak, pandai – pandai la pikir cari duit repair sendiri. Roadtax semua aku sendiri. Senang cerita memang best jadi laki aku, tak perlu langsung tanggung masalah isteri.
Tak perlu risau nak kena habiskan duit walau 1 sen untuk bini. Semua aku usaha cari sendiri. Kadang – kadang sampai rasa lagi best kalau aku hidup menjanda dari ada suami. Sebabnya sama je, aku tetap kena usaha semuanya sendiri.
Mungkin lagi best jadi janda, kurang sikit kerja aku tak perlu urus makan pakai suami. Lepas tu best jugak boleh dapat nafkah untuk anak – anak setiap bulan sebab dalam perkahwinan tak dapat pun nafkah untuk anak – anak.
Dia dah bagi beras, maknanya tanggungjawab dia dah lepas kata dia. Dia bagi je duit sekolah anak RM50 untuk 2 minggu untuk 2 orang anak, tapi mana lah cukup kan. Selebihnya aku support. Komitmen anak – anak aku pun tak tinggi, 2 orang anak duit sekolah dia bagi hanya RM100 sebulan, yuran tadika anak RM50 sebulan, pampers anak sebulan tak sampai 2 pek pakai, kiralah sendiri berapa je.
Itupun kadang – kadang aku yang tanggung belikan pampers anak, kadang – kadang aku yang bayarkan yuran tadika anak. Aku pun tak tahu duit asyik tak ada habis ke mana. Itu untuk anak – anak. Yang selebihnya semua aku tanggung untuk anak – anak.
Duit jajan anak, duit baju anak, duit mengaji anak, hantar ambil anak sekolah setiap hari bertrip – trip, minyak kereta tu semua aku yang sediakan. Berani mintak kat dia? Kena bising je nanti. Nak harap dia belikan baju anak, kena tunggu masa raya la.
Dapat la merasa sorang anak dapat RM200 untuk beli baju raya. Panjang confession aku ni. aku rasa dah berterabur sangat dah, caca merba dah cerita aku ni. Termenangis tanpa sedar sambil tulis ni. Terus jadi loss rasa. Aku tak tahu la, kadang – kadang dalam diri aku ni ada perasaan tak redha atas semua perbuatan dia tu.
Dia ustaz takkan dia tak tahu tanggungjawab dia. Tak kan nak bagi sebulan RM50 kat isteri pun tak boleh konon duit untuk isteri nak beli apa – apa ke. RM50 isi minyak untuk sebulan pun tak lepas untuk hantar ambil anak sekolah setiap hari tu. Asyik alasan duit dah habis, duit dah habis.
Kadang – kadang sampai aku rasa aku tak halalkan duit yang aku keluarkan sepatutnya tanggungjawab dia, tapi aku yang kena buat semua tu. Bukan berharap sangat pun tapi tak ada ke perasaan dalam hati tu sebagai penghargaan pada isteri untuk semua yang isteri dah buat.
Dia tak perlu fikir apa – apa, hanya keluar bekerja setiap hari tanpa buat benda lain. Takkan la tak boleh pikir isteri bergerak semua tu free saja ke, tak perlu keluarkan duit untuk hidup ni. Bila berg4duh, yang dia tanya apa je sumbangan aku dalam rumahtangga.
Ya, aku kena sedar diri aku takda apa – apa sumbangan dalam rumah tangga macam dia katakan tu. Laki aku tak berjoli, dia bukan jenis tu. Yang aku tahu mungkin dia seorang yang memang kedekut tapi kedekut pun berpada lah. Tahu la tanggungjawab diri.
Boleh simpan duit sampai beratus – ratus K sampai abaikan tanggungjawab. Macam tu ke ? Berkat ke macam tu? Wallahualam, hanya Allah yang mengetahui. Aku pun bukannya baik mana pun untuk aku judge dia. Boleh bayangkan?
Dia seorang yang bekerja tetap, gaji tetap setiap bulan, seorang yang kuat bekerja, tak perlu pikir urusan rumah urusan anak. Aku seorang suri rumah yang 24 jam dengan anak – anak, urus anak – anak sambil bekerja bisnes online usung anak sana sini.
Buat kerja sambil usung anak – anak, uruskan ambil hantar anak sekolah. Semua akuuuu dan aku sendiri juga yang kena cari duit untuk tanggung diri sendiri dan anak – anak. Satu sen tak diberi oleh suami tanda menghargai.
Kadang – kadang aku tak mampu nak ikhlaskan hati ni. Aku sedar aku bukannya baik sangat. Di mata orang, dia yang mulia, dia yang baik, dia ustaz. Ceramah sana sini bagi ilmu agama pada orang. Bukan macam aku, hanya perempuan biasa yang bukanlah dari aliran agama dan tak ada ilmu agama langsung pun.
Ini baru isu pasal ni, tak masuk lagi isu – isu lain. Isu hati dan perasaan. Banyaknya makan hati selama perkahwinan ini. Mungkin aku ni hanya tempat persinggahan saja bagi dia selepas dia kem4tian isteri yang dia cintai. Aku berkahwin dengan duda anak satu kem4tian isteri sebab tu kot aku ni tetap dianggap sebagai orang luar di hati dia.
Aku tak mintak apa – apa pun, aku hanya nak meluahkan segala beban di hati aku ni supaya dapat kurangkan sikit apa aku rasa ni dan moga aku sentiasa kuat untuk harungi semua ni. Sehingga ke saat ini juga aku masih lagi berfikir sampai bilakah penghujung perkahwinan aku ni. Doakan aku kuat ya semua.
Komen W4rganet :
فاتن نورول أميرة : Sedihnye dengar. Mesti dia kuat demi anak. Harap urusan sis dipermudahkan. Sebenarnya paling takut dapat suami macam tu. Bersyukur sangat aku diberikan suami yang baik, bertanggujawab, bab duit dan nafkah isteri yang utama.
Kadang – kadang tu kesian tengok suami sendiri, barang apa yang dia nak kadang – kadang tak dapat lebih utamakan kemahuan isteri. Saya doakan semoga isteri di dunia ni, dipermudahkan setiap urusan baik di dunia atau akhirat. Sentiasa kuat dan tabah setiap ujian yang diberi.
Faizal Noraini : Begitu la nasib kalau kita terlalu memanjakan suami sebab tu dari awal – awal kahwin, kita dah kena bincang dan urus betul – betul. Bertahan 10 tahun bukan mudah tapi hari – hari tak tenang buat apa. Bila kita m4kin berusia, kita nak ketenangan, hidup happy dengan suami dan anak – anak.
10 tahun kawin sepatutnya kita dah stabil dari segi ekonomi. Hanya fokus kat anak – anak dah tapi bila suami kedekut, bila suami berahsia, sampai bila kita nak hidup dalam keadaan tertanya – tanya. Mungkin awal – awal kahwin sis dah tak ambil port pasal, mungkin beranggapan masa tu komitmen sikit, sis boleh hidup.
Tapi bila anak dah ramai, kita akan terasa bila beban semua atas kita. Jadi, fikirlah sis, bincang. Kalu perlu g4duh, berg4duh la. Yang penting bincang dan keluarkan semua apa yang membelenggu diri. Kadang – kadang orang laki ni dia tak tahu dan ambil mudah selagi kita tak bagitahu.