Assalamualaikum semua, hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku mempunyai abang yang mempunyai OCD dan Anx1ety Dis0rder.
Kalau ada sesiapa tak tahu apa itu OCD, Anx1ety Dis0rder boleh google ya.
Secara jujurnya, aku bukanlah pelajar lepasan mana – mana universiti sebab aku memilih untuk bekerja demi menampung ahli keluarga aku yang ramai.
Walaupun mendapat keputusan spm yang cemerlang aku memilih untuk mencari pendapatan terlebih dahulu kerana keadaan ekonomi keluarga yang tidak stabil.
Angah membesar tidak sama macam kami adik beradik yang lain di mana angah membesar sendiri di dalam biliknya. Sejak kecil angah selalu bersendirian di dalam bilik dia dan tidak bercakap dengan kami adik beradik waktu itu saya darjah 1.
Masa saya darjah satu 1 saya agak pelik kenapa angah tidak pernah keluar bilik dan hanya keluar bilik ketika tengah malam sahaja itupun untuk makan. Itu pun hanya sekadar nasi dengan minyak hasil gorengan ikan. Angah tidak pernah merungut.
Angah keluar waktu tengah malam sebab angah tahu ayah aku dah tidur masa tu. Jadi, angah boleh keluar waktu tengah malam sahaja. Masa aku darjah 1-6 aku jarang tengok muka angah sebab dia sangat pemalu dan selalu menutup muka (for real) dia dengan surat khabar lama.
Wallahi, muka angah tidak mempunyai sebarang kec4catan dan malah putih melepak. Tetapi aku tidak faham kenapa angah “ Malu sangat” ataupun angah menpunyai keyakinan diri yang terpaling rendah. Angah tidak pergi sekolah dari darjah 1 sampai tingkatan 5 sebab peny4kit misteri yang beliau ada.
Kemudian, angah tidak pernah keluar dari rumah sehingga 10 tahun. Bayangkan abang aku tidak pernah keluar selama 10 tahun dari rumah KECUALI ketika nak berkhatan kan angah masa darjah 6 (agak lewat sebab angah takut dan bimbang) dan ketika berumur 17 tahun akibat dip4ksa, diugvt oleh ayah aku untuk membuat IC itupun masukkan angah dalam plastik hitam takpun guni, memang kejap. Hanya 2 kali dalam 10 tahun dia keluar.
Selebihnya total lockdown diri dia dalam bilik hujung di rumah kami. Apabila dapat keluar rumah angah seakan seperti rusa masuk kampung. Dia jadi takut akan banyak orang jahat di luar and cakap semua jahat nak tangkap dia.
Angah tidak pernah berpeluang bersekolah disebabkan peny4kit misteri dia. Tetapi angah mempunyai bakat yang amat besar iaitu melukis. Aku teringat angah pernah melukis gambar Queen Elizabeth, Princess Diana, Tun Dr Mahathir sebijik 100% sama.
Hidup beliau hanya ditemani surat khabar dan aku pernah menghadiahkan angah sebuah akuarium yang mempunyai seekor ikan flowerhorn untuk beliau jaga. Aku tahu angah bosan duduk sorang – sorang dalam bilik hujung tu. Oleh sebab itu, aku hadiahkan ikan flowerhorn dekat dia.
Antara perkara yang aku sering tr4uma sehingga kini, Angah dari kecil sering jadi m4ngsa baran ayah aku. Angah menjadi tempat ayah aku memlempiaskan amarah. Cakap lah apa saja yang angah tak pernah kena dari yang biasa hingga yang ekstrem kena cucuh.
Aku pun tidak kurangnya. Sering menjadi m4ngsa seorang ayah yang baran dan ibu yang tidak ambil peduli. Aku sering dengar angah menangis akibat dipukuI dengan teruk oleh ayah. Abah sangat k3jam dekat anak – anak beliau.
Angah selalu menjadi m4ngsa sebab angah lain daripada yang lain. Ayah aku selalu menggunakan kekerasan untuk pulihkan kan angah tapi sebenarnya langsung tidak membantu malah menambah tekanan pada angah. Angah dianggap anak siaI.
Korang boleh bayangkan angah mula dari darjah 1 sampai tingkatan 5 tidak berani keluar seakan – akan mempunyai social ph0bia, anx1ety yang sangat teruk. Tapi Alhamdulillah sekarang angah dah pulih, angah dah bekerjaya walaupun hanya kerja di sebuah kilang.
Angah dibawa ke rawatan alternatif kononnya kerana terdapat gangguan jiin, hasad dengki dari saud4ra dari sebeIah mak yang menghantar sesuatu. Kami agak terk3jut angah pulih dari peny4kit misteri itu dan berani mulai keluar dari rumah dan bekerja. Alhamdulillah.
Walaubagaimanapun, angah sembuh dari peny4kit misteri, tetapi tahun 2019 aku mulai menyedari angah mempunyai abn0rmal behaviour atau perilaku yang tidak seperti biasa iaitu antara kelakuan angah yang tidak normal.
1. Sering bimbang. Angah sering marah aku naik motor sebab dia risau nanti aku eksiden kemudian m4ti, keluar rumah takut aku kena cuIik walhal aku dah 24 tahun, makan makanan tidak berkhasiat sebab dia takut aku kena k4nser, kena jaga diiet, jaga kebersihan, jangan balik lewat, sentiasa mesej tanya dekat mana. Benda ni berulang – ulang sampai aku rasa str3ss.
2. Sering risau pasal kuman – kuman terutamanya dekat dapur, tandas, bilik tidur. Angah pernah sampai kunci bilik sebab tak nak bagi aku tidur bilik sebab dia kata ada bawa kuman, dia pernah campak tilam aku kat luar rumah sebab aku tertinggal plastik roti gardenia jagung tu.
3. Angah tak bagi orang kongsi tandas dengan dia aku kalau nak gi tandas kena pergi bilik lain atau turun bawah. Tandas bilik tu sorang sahaja.
4. Solat – dia selalu tanya pasal solat walhal kita dah solat sampai aku rasa str3ss yang sangat. Kalau dia dalam bilik air mesti lama.
Angah sering jugak diser4ng p4nic att4ck sampai kami bawak dia ke hospitaI. Tetapi tiada apa. Kerisauan angah sampai angah mempunyai steth0scope sendiri, tempat check blood pressure sendiri, thermometer, dan sentiasa risau pasal kesihatan dan jaga makanan.
Wallahi, aku sangat str3ss dan tertekan dengan angah sebab kerisauan dia membuatkan aku tertekan sehingga aku banyak kali berg4duh dengan dia. Kadang – kadang dia marah aku ada kat dapur sebab dia kata kotor, dia tak bagi aku basuh pinggan.
Jadi, semua pinggan kat rumah dia akan basuh, kalau dia nampak aku ambik cawan ke apa dia akan jerit suruh aku basuh terlebih dahulu. Macam hidup dalam ner4ka aku ni aku rasa macam kena kawal. Sejak angah pulih dari peny4kit misteri itu, angah diduga dengan kesihatan mentaI.
Angah mudah tr1ggered dengan orang lain. Jadi angah mudah marah kalau kita tidak dengar cakap dia. Sebagai contoh, aku tersalah letak tempat sesuatu barang akan akan marah walaupun perkara kecil. Angah kadang – kadang sering bertindak agresif seperti sampai naik tangan kalau aku tidak memenuhi pemikiran tidak rasional dia.
Aku pernah buang pinggan dan mangkuk sebab aku malas cuci dan angah asyik ulang marah dan suruh aku pergi cuci padahal nanti pun boleh kan? Sampai aku str3ss aku buang pinggan dengan mangkuk tu dekat tingkap rumah.
Sebenarnya, aku kesian dekat angah, terutamanya bila aku tengok dia tidur Aku selalu tengok muka dia masa tidur, kesian ya Allah. Aku dengan angah berkongsi bilik. Aku tahu angah tak minta begini dan aku faham kenapa angah jadi macam ni sebab aku tau angah ada masa silam yang teruk.
Angah dilayan macam binatang oleh ayah dan ibu aku. Cuma waktu angah diser4ng peny4kit dia sering membuat aku tertekan. Aku mula faham angah macam ni, apabila aku ternampak angah join group whatsapp untuk peny4kit mentaI di Malaysia.
Kemudian, aku terjumpa ubat – ubat psychi4try angah dalam bilik. Aku tahu itu ubat itu pun sebab aku google. Aku terjumpa surat pengesahan peny4kit dia, kad rawatan. Sampai hari ni angah rahsiakan peny4kit dia dari sesiapa.
Angah jarang makan ubat that’s why angah susah nak kawal peny4kit dia. Aku kesian dengan angah sebab aku pernah nampak dia tersedu – sedu menahan nangis selepas berg4duh dengan ayah aku atau sesiapa dalam ahli keluarga aku.
Sebab angah sering bimbang dan komen banyak benda sehingga mencetuskan perg4duhan. Aku harap kalau kalian mempunyai anak nanti, didiklah anak dengan cara baik bukan dengan kekerasan. Kami adik beradik mempunyai tr4uma yang melampau sewaktu kecil kerana sikap ayah dan ibu yang baran.
Angah sebenarnya m4ngsa hasil keg4nasan dan d3raan dari ayah aku sehingga dia mentaI. Doakan angah aku sembuh! Aku sayang dia walalupun dia sering abuuse aku mentaIIy. Aku tahu itu peny4kit dia sebab ada masa dia boleh kawal and ada masa tidak boleh.
Satu yang aku suka tentang angah dia pemurah, cuma sejak musim pandemik ni aku kena tahan sikit angah sering risau dan sentiasa dengan mask dan sanitizer. Yang benar, – Thoriq (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Rosida Yusoff : Pengalaman yang hampir sama. Adik bertahun – tahun tak keluar bilik, hanya keluar waktu maghrib ketika mak ayah ke masjid atau ketika tiada orang di rumah. Akhirnya suatu hari dia keluar dari rumah membawa diri dan hilang entah ke mana. Semoga adikku sihat dan selamat walau di mana beliau berada. Kami merinduimu..
Encik Ahmad Alfonso : Parenting classic. kekerasan. p4in. Ubat semua peny4kit dan per4ngai sebab mak ayah deme idup zaman per4ng. Anyway, semoga terus sabar lah komfessor. Tiada ubat mampu menyembuhkan. Hanya doa dan kasih sayang.