Ini cara orang dulu-dulu halau semut tanpa guna bahan kimia

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Anda mungkin sering menghadapi masalah semut merayau di rumah, dan ingin tahu cara menghalau mereka tanpa perlu menggunakan bahan kimia yang berbahaya.

Dalam artikel ini akan berkongsi 10 petua mudah untuk menghalau semut dari rumah anda dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah.

Dengan langkah-langkah ini, anda boleh menangani masalah semut tanpa menjejaskan tahap kesihatan anda dan keluarga.

Ini cara orang dulu-dulu halau semut tanpa guna bahan kimia

Timun:
Semut tidak suka bau timun. Hiris halus atau kisar timun, kemudian letakkan di sekitar sarang semut untuk menghalang mereka.

Garam atau Lada:
Taburkan garam atau lada di kawasan yang sering dilalui semut atau campurkan dalam air dan sembur ke sarang semut. Bau garam atau lada akan menghalau mereka.

Sabun dan Air:
Campurkan sabun dalam air dan gunakan botol spray untuk menyembur kawasan yang selalu dilalui semut. Cara menyembur ini sesuai jika semut membuat sarangnya di celahan dinding.

Jika ia tidak mati, pasti semut akan meninggalkan kawasan yang disembur itu kerana tidak tahan dengan bahan kimia sabun.

Serbuk Kopi:
Taburkan serbuk kopi di tempat berkumpul semut. Serbuk kopi juga sesuai untuk tanaman yang dijangkiti semut.

Bedak atau Tepung:
Semut tidak suka bau wangi bedak. Taburkan bedak atau tepung untuk menghalang mereka. Cara ini juga memudahkan untuk anda membersihkan kawasan yang ditabur tadi.

Minyak Wangi:
Meskipun agak mahal, menyembur minyak wangi dapat bantu menghalau semut kerana baunya yang kuat dan tahan lama. Berhati-hatilah agar tidak terkena pada makanan.

Air Limau Nipis:
Air limau nipis yang masam boleh menghalang semut yang suka gula. Bau limau juga akan membuat rumah wangi. Bau aroma limau ini juga boleh membuatkan rumah anda berbau segar dan wangi.

Daun Sirih:
Daun sireh ini mempunyai banyak manfaat salah satunya sering dipakai oleh wanita untuk penjagaan organ dalaman.
Ramas daun sirih untuk mengeluarkan baunya yang tidak disukai semut. Letakkan daun sirih ini di kawasan sarang atau tempat semut selalu berkumpul.

Kapur Anti Semut:
Gunakan kapur anti semut yang boleh didapati di kedai. Contengkan pada kaki meja atau kerusi yang biasanya dilalui semut. Kapur ini akan membunuh semut yang terkena. . Semut yang terkena kapur ini akan mati dalam beberapa minit dan tidak akan melalui jalan yang sama lagi.

Selalu tutup rapat makanan:
Cara terakhir menjaga makanan ialah dengan menyimpannya dalam tempat yang bertutup dan selamat. Jika makanan kering anda boleh menyimpannya di dalam bekas balang.

Dengan cara ini anda akan berasa lebih selamat dan makanan akan dapat bertahan dengan lebih lama tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya.

Walau bagaimanapun, yang paling utama ialah menjaga kebersihan.

Pastikan tiada sisa makanan terbuka dan jika terdapat makanan yang tumpah di lantai, segera kemas. Dengan keadaan yang sentiasa bersih, semut akan mencari makanan di tempat lain yang lebih mudah untuk mereka jumpa.

Sumber : infosihat2uu.com

Baca :“Arwah ayah ada tinggalkan rumah dan pencen, sepatutnya aku dan adik-beradik tak hidup susah tapi lain pula jadi bola mak kahwin lagi”