Patutlah kebanyakan orang Vietnam nama ‘nguyen’, ini sejarahnya

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Istilah “Nguyen” adalah amat popular di Vietnam, dan tidaklah menghairankan jika banyak pemain bola sepak di negara tersebut mempunyai nama keluarga yang bermula dengan “Nguyen”.

Tahukah anda, nama penuh orang Vietnam sedikit berbeza dalam struktur berbanding dengan nama Korea atau China,

kerana biasanya nama orang di kedua-dua negara tersebut terdiri daripada tiga bahagian iaitu nama keluarga, nama tengah, dan nama sebenar.

Patutlah kebanyakan orang Vietnam nama 'nguyen', ini sejarahnya

Selain daripada “Nguyen”, beberapa nama belakang lain yang biasa digunakan di Vietnam termasuklah Huyh/Hoang, Bui, Tran, Phan, Do, Le, Ve/Vo, Pham, dan Dang.

Menurut Local Insider, lebih daripada 40 peratus atau satu pertiga daripada keseluruhan penduduk Vietnam mempunyai nama keluarga “Nguyen”, yang merupakan kira-kira 38 juta orang.

Asal-usul dari China

Dikatakan bahawa nama “Nguyen” berasal dari perpindahan beberapa penduduk dari China ke Vietnam pada suatu ketika dahulu, yang kemudiannya menubuhkan sebuah pertubuhan nama keluarga yang dikenali sebagai Nguyen.

Malah, “Nguyen” sendiri berasal dari China yang bermaksud “Ruan”. Difahamkan nama tersebut digunakan untuk menunjukkan status sosial.

Profesor pengajian Vietnam di Universiti Hawaii, Stephen O’Harrow menjelaskan bahawa penggunaan nama keluarga di Vietnam dikaitkan dengan faktor cukai.

“Di bawah penjajah China, orang China akan menunjukkan nama keluarga mereka secara khusus untuk melindungi rekod. Mereka akan menggunakan bilangan nama pada keluarga yang terhad kepada rakyat di bawah pemerintahan mereka,” jelasnya.

Selain itu, semasa pemerintahan Dinasti Ly oleh Tran Thu Do, dia mengarahkan semua orang yang mempunyai nama keluarga bermula dengan “Ly” untuk menukar nama keluarga mereka kepada “Nguyen”. Peristiwa ini berlaku semasa zaman terakhir Dinasti Mac pada tahun 1592.

“Penukaran nama tersebut menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin, dan itulah sebabnya penggunaan nama “Nguyen” begitu meluas di Vietnam,” tambah O’Harrow.

Menurut Atlas Obscura, keberadaan nama-nama keluarga di Vietnam boleh dikesan sejak tahun 111 SM, semasa pendudukan yang berterusan oleh Dinasti Han di Tiongkok.

Pada abad ke-19, semasa Vietnam masih di bawah penjajahan Perancis, orang Perancis mendapati bahawa rakyat Vietnam tidak mempunyai nama keluarga yang sah.

Oleh itu, mereka memutuskan untuk memberikan nama keluarga kepada mereka, dan pilihan jatuh kepada “Nguyen” kerana ia adalah monarki terakhir di Vietnam.

Oleh itu, nama “Nguyen” bukan sahaja melambangkan negara asal penduduk Vietnam, tetapi juga merupakan sejarah penting bagi nama keluarga mereka.

Seperti di negara lain, Vietnam juga mempunyai beberapa dialek yang berbeza disebabkan oleh faktor geografi, iaitu dari utara ke selatan.

Bahasa di Vietnam Selatan cenderung untuk menyebutnya secara pendek, maka “Nguyen” akan diucapkan seperti “Win” atau “Wen”.

Manakala orang Vietnam Utara pula cenderung untuk memanggilnya dengan sebutan seperti “N’Win” atau “Nuh’Win”, semuanya disebut dalam satu suku kata.

BACA: “Tanpa menjawab soalan aku, suami tengok aku tepat pada mata aku, pegang tangan dan peluk aku, ada benda tak kena ni, rupanya dia..”