Ini satu-satunya negara yang hanya benarkan 8 juruterbang mendaratkan pesawat

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Terletak di kawasan Himalaya antara China dan India, Bhutan adalah sebuah negara kecil yang dikelilingi oleh misteri dan keajaiban.

Banyak yang masih tidak diketahui tentang Bhutan, yang menjadi punca mengapa tidak ramai yang ingin melancong ke sana.

Berikut adalah 10 fakta paling menarik tentang Bhutan yang mungkin akan mencetuskan minat para pengembara:

Ini satu-satunya negara yang hanya benarkan 8 juruterbang mendaratkan pesawat

Bhutan telah mengharamkan rokok. Produk tembakau tidak dibenarkan dijual atau dihasilkan di negara ini. Merokok di tempat awam adalah dilarang dan boleh dihukum dengan berat.

Bhutan merupakan negara terakhir di dunia yang memperkenalkan televisyen. Televisyen dan internet hanya diperkenalkan pada tahun 1990. Sebelum itu, ia adalah dilarang. Hanya ada dua saluran TV yang beroperasi dari jam 11 pagi hingga 6 petang.

Satu-satunya lapangan terbang, Lapangan Terbang Paro, terletak di lembah yang dalam dan dikelilingi oleh puncak-puncak gunung. Hanya lapan penerbangan sahaja yang dibenarkan mendarat di lapangan terbang ini. Penerbangan hanya dibenarkan pada siang hari dan cuaca yang baik.

Haiwan tidak dibenarkan disembelih di Bhutan. Bekalan daging dan ikan harus diimport dari India.

Penduduk Bhutan tidak menyambut hari lahir. Tiada undang-undang yang mewajibkan mereka merekodkan tarikh lahir. Oleh itu, mereka menganggap pertambahan usia pada 1 Januari setiap tahun.

Walau bagaimanapun, hari lahir raja mereka, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck, diraikan sebagai cuti umum pada 21 Februari setiap tahun.

Bhutan adalah salah satu negara yang paling hijau di dunia. Lebih daripada 70% daripada negara itu adalah hutan. Perlembagaan mereka memerlukan sekurang-kurangnya 60% daripada tanah kekal sebagai hutan untuk generasi akan datang. Bhutan telah mencapai tahap neutral dan negatif karbon.

Mengikut adat Bhutan, seseorang perlu menolak makanan yang ditawarkan pada kali pertama dengan menutup mulut dan mengucapkan ‘meshu’. Hanya apabila ditawarkan kali kedua, makanan tersebut boleh diterima.

Harta, sama ada tanah, rumah, atau haiwan, secara amnya diserahkan kepada anak perempuan sulung, bukan anak lelaki sulung. Apabila berkahwin, suami perlu berpindah ke rumah isterinya.

Bhutan sengaja tidak mempromosikan pelancongan antarabangsa secara besar-besaran untuk melindungi budaya dan alam semula jadi mereka.

Ini dicapai dengan menetapkan bayaran minimum yang perlu ditanggung oleh pelancong antarabangsa. Oleh itu, Bhutan adalah destinasi pelancongan yang agak mahal, menjelaskan mengapa negara itu tidak menerima banyak pelancong dari luar.

BACA: “Sekali ibu mengata aku, seribu kalu aku akan mengutuk ibu, aku nak ibu tau, dia tak sempurna sebagai ibu, bagi dia rasa apa aku rasa”