Pengambilan oat mampu mengenyangkan dalam tempoh lama, kaya dengan serat, karbohidrat dan zat besi mampu diserap balik dalam tubuh.
Namun, tarikan bahan semula jadi ini, oat bermanfaat untuk kecantikan diri sekiranya disapu terus pada kulit.
Oat mengandungi khasiat antiinflamasi dan antioksidan sangat baik untuk kulit sensitif serta mengatasi pelbagai masalah kulit.
Bagi si manja pula, kulit mereka sangat sensitif sehingga mereka cenderung untuk mendapat sakit ekzema ini.
Tidak sanggup untuk melihat anak meraung kesakitan hingga menyebabkan segelintir ibu bapa sanggup berhabis ratusan ringgit untuk membeli produk bagi merawatnya
Tahukah anda, ada dua petua untuk merawat sakit ini. Jom ikuti perkongsian ini.
Oat dikatakan menjadi antara bahan penjagaan kulit semula jadi terbaik kerana kemewahan kandungan protein, vitamin B dan Omega 3 baik untuk kesihatan kulit.
Cara pertama: Mandian oat
Bahan-Bahan:
1 cawan oat
Kain lampin bayi atau stoking bersih
Air suam diisi separuh dalam besen mandian bayi
Cara-caranya:
1. Masukkan oat ke dalam kain dan ikat seperti bentuk bunjut. Boleh juga guna stoking dan ikat jadikan seperti bunjut.
2. Rendam bunjut oat di dalam besen mandian selama 15 minit. Biarkan sehingga air bertukar warna seperti susu sepenuhnya.
3. Rendam bayi di dalam besen mandian selama 10 minit.
4. Ratakan air oat tadi ke seluruh badan termasuk kepalanya. Cukup masa, keluarkan bayi tanpa perlu dibilas, dan keringkan saja seperti biasa.
Kalau ada minyak kelapa dara, sapu minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara mampu menyejukkan kulit dan buatkan kulit cepat sembuh dari luka dan kuping-kuping luka.
Oat boleh dijadikan sebagai bahan pembersih kulit wajah kerana ia berupaya melembapkan secara semula jadi.
Cara kedua: Bedak sejuk oat
Bahan-Bahan:
1 cawan oat (kisar halus)
1/4 cawan susu segar
2 sudu besar madu asli (bukan madu dibeli di pasar raya)
Cara-caranya:
1. Gaulkan kesemua bahan dan jadikan bancuhan likat. Boleh tambah madu untuk melikatkan lagi bancuhan supaya melekat pada kulit.
2. Sapu je ke seluruh badan bayi. Biarkan kering dalam 15 minit.
3. Gosok dengan kain sampai jatuh berderai.
Kandungan polisakarida dalam oat dapat menangani masalah kulit kering dan kusam.
Baca:.Jangan tertipu disebalik wajah ayu, wanita ini sebenarnya pakar pemusnah bahan letupan