Assalammualaikum. Ini kisah aku. Aku Seri, dah berumur 40 tahun. Konflik antara aku dengan ibu berlanjutan sehingga ke usia ini.
Akhirnya aku menyerah dengan menjauhkan diri walaupun ini bukanlah pilihan yang aku suka dan atas arahan ibuku jua yang meminta, aku turut kan.
Aku bukanlah anak favourite. Dari kecil aku tak ‘rasa’ kasih sayang ibu. Disuap makan pun, ditonyoh – tonyoh mulut.
Diejek tu takyah cakap lah. Ibu seronok bila adik beradik mengejek aku, tak dilarangya. Aku tak rasa dilindungi walau dalam keluarga sendiri.
Bila aku bantu ibu, diherdik – herdik. Semua aku buat serba tak kena. Pernah dibaling selipar atas kepala aku. Dicurah air waktu tidur. Di jerit – jerit, dipukuI, dicubit. Apa saja aku tolong ibu, pasti ibu komen tak puas hati. Ini salah, itu salah.
Aku bukan anak yang nakal. Tapi sering adik beradik mengata aku buat per4ngai. Mengejek mengata aku. Sedang aku bukanlah seorang yang mudah atau simply nak mengata orang tanpa sebab. Nak membaIas percakapan buruk mereka, bukanlah sesuatu yang aku suka pun. Tak baIas, kena. BaIas pun, kena.
Akibat tak rasa dilindungi, aku dalam flight mode sepanjang masa, sebagai m4ngsa yang surviv0r dalam rumah sendiri. Dihimpit, diser4ng kiri kanan atas bawah. Aku tak boleh tanggung rasa ini, rasa sesak nafas, akibatnya aku sering menangis sampai hitam mataku.
Kadang – kadang aku menjerit kerana tak terluah isi hati. Bagai tersangkut di tenggorok. Aku hidup, tapi jiwa aku m4ti di rumah sendiri. Sampai sekarang flight mode tu bagi aku kesan kepada kesihatan, pemikiran dan tindakan. Aku mengalami kepenatan yang melampau.
Badan aku tak response, mungkin jiwa, pemikiran, hati aku yang terlampau letih bekerja. Arw4h ayah aku sebaliknya walaupun garang, aku dapat ‘rasa’ kasih sayangnya. Menyisir rambut aku, memandi kan aku. Waktu aku s4kit, diberinya aku ubat. Menyuap aku makan. Sungguh aku hanya rasa dilindungi bila arw4h ayah aku ada.
Ya arw4h ayah pernah pukuI waktu tercetus perbaIahan antara adik beradik. Biasa lah, aku boleh terima itu biasa seorang ayah mendidik anak. Kalau dengan arw4h ayah, jika ada yang berg4duh semuanya berakhir dengan semua akan kena dengan ayah aku tak kira salah siapa. Arw4h ayah tak menang kan sesiapa.
Lepas arw4h ayah tiada, ibu aku m4kin menjadi – jadi. Aku dah tak ada pelindung. Hari – hari aku down. Exhausted. Masa sekolah dulu aku sering tak bermaya. Rasa tak nak hidup. Faham tak beza orang yang mendidik dengan orang yang berdendam dan membenci?
Aku sering takut, sering rasa bersalah. Sering rasa tak dihargai. Sering rasa dituduh menjadi orang yang jahat. Bawa SiaI. Jika keluar dengan ibu aku, tak sah, kalau aku tak kena marah. Aku sering takut – takut. Rasa berdebar sentiasa dengan ibu.
Sering tak mampu puas kan hati ibu. Rasa gagal sebagai anak, sebagai manusia, sepanjang masa. Seolah ibu ada berd3ndam sesuatu dengan aku. Ibu akan s4kit hati bila waktu aku gembira. Tapi ibu akan bercakap sesuatu yang lain daripada perbuatan dia.
Katanya dia sayang aku, sayangkan semua anak sama rata. Biasanya depan adik beradik yang lain. Ibu juga mengata aku depan saud4ra – saud4ra yang lain. Ibu kelihatan puas gelak dan s4kitkan hati aku. Aku keliru inikah sayang?
Kenapa s4kit rasa sayang yang aku terima ni? Naifnya aku waktu tu apa aku buat hanya untuk ibu. Mungkin kerana ibu selalu ulang supaya baIas jasanya bagi aku makan dan pakai. Aku pun berniat untuk buat ibu gembira. Untuk ibu tak susah hati.
Matlamat hidup aku hanya untuk ibu waktu tu. Aku membesar dalam suasana begitu. Namun aku silap percaturan, meletakkan niat untuk membahagiakan ibu takkan aku mampu capai sampai bila – bila. Kerana ibu senantiasa bersikap tidak puas hati dengan aku.
Di usia tua ini, aku masih lagi cuba betulkan pemikiran aku supaya tak ambil hati atau kisah dengan perbuatan ibu. Supaya aku lebih tenang. Tapi aku tak mampu. Struggle. Ada sahaja ibu meny4kitkan hati aku. Ibu masih bercakap kasar, tak menghorm4ti aku, yang sudah punya suami dan anak – anak.
Katanya hidup aku takkan aman jika ibu tak redha. Itulah dia ugvtan dari aku kecil yang aku terima. Di sumpah sebagai anak derh4ka. Syukur aku punya suami yang sangat memahami. Betul lah dalam ujian, ada rahmat. Aku tak pernah dimarahi suami.
Kadang – kadang aku puzzle. Aku yang tak normal ke atau ini lah sebenarnya yang normal. Aku ambil contoh, jika dengan ibu, aku sering dimarahi kerana lambat padahal menurut aku, aku tidak lah terlampau lambat sampai nak kena tengking, jerit, marah – marah.
Hairan suami tak marah aku walaupun aku lambat. Kadang – kadang biasa lah manusia ada waktu terlupa sesuatu. Contohnya tutup suis. Kalau 10 kali aku tutup, tapi ada 1 kali aku tak tutup, siaplah dengan ibu aku. Jadi 4angsa sumpah seranah lama nak henti.
Tapi tidak dengan suami aku. Aku pernah terlupa tutup air cond, waktu tu sampai 3 hari 3 malam. Aku memang takut sangat sebab aku jenis berhati – hati, sebab selalu kena marah dengan ibu, jantung aku macam nak berhenti bila suami cakap aku tak tutup suis. Aircond pulak tu.
Aku ingat aku akan dimarahi sepertimana ibu memarahi aku. Sebaliknya suami kata, tak apa. Benda dah jadi. Aku punyalah kecewa tak tau nak cakap masa tau aku tak tutup suis tu sebab aku ni jenis cek dan berhati – hati. Kecewa dengan diri sendiri.
Seram sejuk kaki aku, jantung berdebar – debar. Teringat waktu kena marah dengan ibu dulu. Ajaib nya rasa bila suami berkata sesuatu yang menyenangkan aku, tanpa menyalahkan aku sedikitpun. Aku ingat aku bermimpi.
Mungkin suami tau, aku dah buat yang terbaik tapi tetap juga terjadi dan dia terima. Lagi pula, keadaan aircond itu di balut dengan plastik, jadi kemungkinan juga aku tak perasan yang sebenarnya aircond itu belum dim4tikan.
Kami pula waktu tu nak keluar rumah selama 3 hari. Suami tak salahkan aku. Aku tak dim4ki, tak diherdik – herdik, tak di benci. Aku lemah tak boleh bangun dari katil sebab kecewa dengan diri aku itu tadi. Suami tak tahu apa sebenarnya berlaku kat aku. Ibu sebaliknya jarang tunjuk wajah ceria dengan aku.
Sering kali yang terjadi dan akan terjadi, adalah jelingan, juihan mulut, kasar. Ibu tunggu saja masa, untuk cari kesalahan aku. Segala perlakuan, tindakan aku di perhatikan. Untuk dicari salah. Sebab tu kemungkinan aku alami str3ss yang melampau dari aku kecil. Aku konfius dengan suami aku.
Suami aku tak normalkah? Atau aku yang tak normal? Seringkali juga aku bangun lambat, suami tak pernah jerkah aku, mengejutkan aku tidur dengan kasar. Seperti ibu yang naik kaki dan tangan, mencurah air, mencubit.
Sebaliknya suami akan tunggu sampai aku tersedar. Sungguh ketenangan apa yang tuhan bagi pada aku bila dapat suami begini. Bila dah dewasa, aku ada duit dan kend3raan sendiri, aku boleh pergi berjumpa doktor. Tahu lah aku, bukan aku sengaja bermalasan di katil, tetapi adalah peny4kit yang menyebabkan aku jadi lesu, mudah letih. Penat tubuh aku bukan macam orang normal.
Bagi orang lain mungkin biasa, tapi aku merasa kepenatan luar biasa. Nampak aku macam ok, tapi penatnya macam orang berlari dan angkat berat. Mungkin mudah bagi orang lain, tapi tidak bagi aku. Aku pernah cuba bagitau ibu tentang keadaan diri aku.
Tapi di usia tua aku ni, masih lagi ibu tak percaya dan ibu masih memarahi aku, tanpa cuba memahami apa – apa. Sampai satu tahap di umur ini apa yang kita nak adalah ketenangan hidup. 40 tahun aku hadap sikap ibu yang negatif.
Ujian orang lain mungkin lagi teruk. Ujian untuk aku adalah ibu aku. Bila ibu tak bagi aku balik rumah kecuali hal penting sahaja. Bukan main ibu kata hidup aku takkan tenang. Ketahuilah, aku merasa sangat – sangat tenang.
Apa yang aku rasa adalah juga sedih sekali sekala. Siapa tak sedih, bila niat kita untuk bahagia kan ibu tapi tak dipandang, disilap tafsir, difitnah. Sebagai manusia biasa aku sedih kerana tak mampu bahagia kan ibu. Sedangkan, itulah doa – doa lazim aku amalkan untuk ibu.
Mendoakan kebahagiaan dan ketenangan buat ibu dunia dan akhir4t. Pada saat ni bila ibu buat aku ‘rasa’ ibu tak perIukan aku dan ibu merasa cukup dengan anak – anak yang lain. Aku redha. Aku tak mampu dan layak menjadi anak ibu. Aku tak kisah dah ibu nak cakap apa.
Aku tak duduk dalam mode surviv0r atau flight mode lagi dah. Aku dah lepaskan diri aku sebagai anak yang berusaha jadi solehah. Sebab aku takkan mampu capai tahap yang ibu nak. Aku lah yang kena lindungi diri aku. Jika tiada sesiapa menjaga hati dan fikiran aku, Akulah yang kena jaga hati dan fikiran aku.
Sekali ibu atau sesiapa mengata aku, seribu kali aku akan mengata ibu dan orang yang mengata aku. Sekali suami dan anak – anak aku dijentik, aku akan baIas seribu kali. Aku nak ibu tau, sebagaimana aku tak sempurna untuk menjadi anak ibu, ibu juga tidak sempurna sebagai ibu. Tak ada manusia yang sempurna.
Aku nak ibu rasa apa yang aku rasa. Aku nak ibu tahu apa dia buat tu juga adalah satu kesalahan dan berd0sa. Tiada manusia yang maksum dan bebas dari d0sa. Kemuliaan seorang ibu bukan bermakna boleh buat sesuka hati kat anak.
Kekasaran, benci, itu semua bukan sayang. Menggunakan kedudukan sebagai ibu untuk mengugut, mengongkong anak bukanlah cara yang betul. Berd3ndam? Aku takkan kacau orang selagi aku tidak di kacau. Kata lah apa pun, aku adalah manusia juga.
Buruk baik aku, hati aku, akan aku betulkan. Apabila terjadi begini, ada adik beradik yang mencemuh pakaian aku. Sedih kan? Pakaian aku adalah urusan aku dengan Tuhan. Aku menutup aurat untuk Tuhanku. Penilaian manusia pada pakaian aku takkan meluntur semangat aku sampai aku perlu membuka aurat.
Tidak. Dan tidak akan sekali. Buat masa sekarang, biarlah masa merawat hati, jiwa dan fikiran aku. Rasanya kalau boleh nampak, dah penuh t0rehan, tusvkan, yang kelihatan. Yang memberi aku Cahaya kehangatan untuk hidup, adalah kasih sayang dari suami dan anak-anak.
Andai dengan doa buruk adik beradik aku yang sampai berdoa aku berpisah dengan suami katanya, didoakan mendapat anak – anak yang jahat. Berkata lah dengan mencermin ke diri sendiri. Seperti mana meludah ke langit, hukvm alam akan jatuh ke tanah juga, hati – hati jangan sampai terkena ke muka sendiri.
D0mestic abvse bukan dengan pend3raan fizikaI semata – mata. Apa aku alami sebagai m4ngsa, bukan mudah untuk keluar dari flight mode. Aku masih belajar untuk meneruskan hidup, adjust pemikiran, hati aku. Menanggalkan belenggu hidup dan kebuntuan aku selama ini.
Teringat masa umrah ku, aku berdoa di hadapan Kaabah semoga aku dapat kembali lagi ke situ dengan ‘senyuman’ yang sebenar. Aku rindu kan diriku yang ceria seperti 28 tahun dahulu. Aku seperti telah m4ti 28 tahun dahulu. Menjadi yatim piatu 28 tahun dahulu. Doakan aku menjadi orang yang sentiasa positif. – Seri (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
RaRa Razzmann : TT, you have a narc1ssist mom, dan awak adalah the black sheep in the family. Narc1ssist mom / dad akan ada satu ‘black sheep’ yang dia akan selalu blame dan menjadi scapegoat dalam semua hal. Dan semestinya ada satu golden child yang akan disanjung walaupun sering screw up.
Alhamdulillah awak ada suami yang supportive dan keluarga sendiri. Syukur. Tindakan awal jauhkan diri tu memang betul. Awak tak perlu nak hadap semua tr4uma masa lampau. Your p4in, your tr4uma semua valid, tapi awak tak perlu tempuh semua tr4uma dan s4kit tu. Heal, sister.
WatymiqhaeilSuci : Move on walau family sendiri. Dah ade idop berfamily kan? So bahagia lah dengan family yang dicipta bserama suami. No fon tukar, segala socmed off dari family sendiri. Tak perlu jenguk, takyah balik raya umah family sendiri.x
Tak kira la 5 tahun pun. Tenangkan diri dulu seberapa lama yang awak suka TAPI doa kan segala yang baik – baik supaya hati family sendiri lembut. Ingat! Kena wat keputvsan drastik camni supaya awak tu tenang dulu.
Bincang dengan suami. Bukan untuk memusvhi family sendiri tapi nak AJAR sket sebab adik beradik pun sama sekepala. Jangan terpedaya hasutan berd0sa tak balik jenguk mak la, ape la padahal niat berIawanan.
Keras hati sket. Dah umur banyak ni nk idop tenang – tenang je takyah serabut dalam kepala.
BACA: Ramai tidak tahu banyak khasiat kesihatan teh bunga kertas, ini cara penyediaannya